Isnin, Ogos 29, 2011

bantai raya


Pasti tika ini ramai yang sudah berada di kampung halaman. Almaklumlah, menjelang perayaan Lailatul Qadar, Hari Fitrah dan Hari Kemerdekaan. Namun, ada segelintir (harap bukan kita), melihat kedatangan ramadhan itu begitu menyeksakan. Seksaan selama 30 hari untuk tidak makan dan minum. Bagi mereka ini adalah penyeksaan. Sedangkan bukannya 24jam berpuasa, hanya lebih kurang 12 jam sehari.

Namun bila raya, bantai makan di hari raya pertama. Raya kedua, ketiga, keempat sehinggalah raya ke tiga puluh. Raya bukanlah untuk membantai makan. Islam mengajar kita, hidup bukan untuk makan. Islam juga mengajar hidup ini untuk beribadah kepada Allah. Jom kita perhati erti puasa dan raya yang sebenar. Mengapakah masa puasa, kita dibantai dengan rasa lapar dan terawih yang panjang? Mengapa raya bukan masanya untuk membantai makan? Mengapa ya?


Setiap kali bulan ramadhan, pasti banyak drama dan rancangan yang menginsafkan di kaca televisyen. Sangat seronok di bulan ramadhan. Sejuk hati. Trend perubahan tiap2 tahun di bulan ramadhan amat menarik dan menginsafkan. Tetapi bila datang raya, sesi membantai kembali. Ramadhan dibantai dengan drama dan filem gelak tawa yang menyeronokkan dan menyeramkan. Sehinggakan slot2 keagamaan yang tiap-tiap hari ramadhan ada, dah hilang, takde langsung. Pembantaian yang sangat tragis kepada ramadhan.


Bantai raya. Bantai ini secara sedar dan tidak sedar kita turut melakukannya. berAWASlah. Dalam beraya ni bukan untuk kita membalas dendam terhadap kemuliaan ramadhan.
Bukan untuk makan banyak2. Bukan untuk kumpul duit berjuta2. Bukan untuk tengok tv dan filem puas2. Bukan juga untuk gelak tawa tak henti2.

Kita tahu, ramadhan itu bulan penyucian jiwa kita yang selama 11 bulan terleka dek maksiat dan dosa. Alhamdulillah kita telah bersihkan diri kita. Tetapi jangan cemarkan ia semula dengan maksiat dan dosa di bulan selepasnya. Sebab kita tak tahu, apakah kita hidup lama lagi? Adakah kita mampu untuk membersihkan dosa kita lagi di bulan ramadhan yang akan datang? Sempatkah kita?


Ramadhan kan takde syaitan, yang ada cuma nafsu. Tapi bulan lain, syaitan ada, jadi pasti bulan ramadhan lebih senang buat baik. Jadi bila kita dah jadi baik, senang la kita untuk teruskan di bulan2 lain pulak. Sebab bila benda baik yang diteruskan amalannya, pasti kita rasa terbiasa dan mudah. Betul tak?? Cuma di bulan lain itu, kena lawan perasaan malas dan bisikan syaitan je. Tapi kita dah berjaya melawan nafsu di bulan Ramadhan, pasti boleh kuat melawan syaitan di bulan lain. Huhu. Amin.
Apa guna cuci, jika nak dikotorkan semula? Allah bagi peluang kita untuk perbaiki diri, bersihkan ia. Dan jagalah ia sebaiknya. Jadikan raya ini untuk meneruskan kegemilangan ibadah kita di bulan ramadhan. Seperti solat on time, iktikaf di masjid, zikir sentiasa, makan sedikit, qiamulail, kurang makan, jaga mata, jaga mulut dan lain2. Insyaallah, Allah akan pelihara kita sehingga ke bulan ramadhan yang akan datang. Kita pun akan jadi tenang dan tak rasa susah lagi. Sebab kita yakin Allah sentiasa bersama kita. Kan?? Oleh itu sahabat2, aku pesan kat diri aku ni, jom buat baik dan ikut suruhan Allah sentiasa tak kira di mana, sebab kita nak bersama nabi Muhammad SAW di syurga Allah. Mesti seronok di Akhirat. Kita berusaha yok dari sekarang. Kang dah mati tak sempat.

Best ke kat syurga? Mestilah, ada awek/laki cun/hensem giler, kalah miss world/artis korea. Mestilah, ada taman2 indah, lebih indah dari taman Negara, taman titiwangsa, taman botani. Mestilah, ada buah2 yang masak ranum, lebih sedap dari buah2 kat dunia ni yang bermusim. Banding dengan neraka. Tak best langsung! Ada ular yang besar2, mengalahkan besar bangunan KL tower kot. Ada mandi wap dan sauna yang suhu lebih panas daripada lava gunung berapi. Ada minuman nanah dan darah kita sendiri, lebih memualkan dari minum air longkang kat lembah Klang. Huhu, takdapat nak bayangkan.
Nak tau lagi? Baca surah Rahman dalam AlQuran. Jadi jangan bantai raya.

Kita teruskan yang baik!

Tiada ulasan: