Selasa, Julai 12, 2011

paling laju baca: takdir

nak cerita buku paling laju aku baca ialah:
Novel Takdir: Cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf


aku dalam tempoh pemulihan patah kaki ni yang mengambil tempoh 6 bulan untuk baik, mencari-cari buku yang baik untuk dibaca.
habis RM300 aku beli (hampir 20 buku aku kaut).
buku yang dibeli pelbagai genre.
tetapi aku memilih untuk baca Novel.
sebelum aku membeli sekaligus buku...
aku lihat dalam katalog galeri ilmu, aku nampak karya terbaru Hilal Asyraf.
berkira-kira juga nak beli ke tak.
namun, aku puas membaca Novel Sinergi tahun lepas.
aku membaca dengan kesungguhan, hanya 2 setengah hari aku baca.
terbaik!
mengimbau kenangan semasa membaca Sinergi, aku beli lagi novel2 persahabatan seperti Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.
namun, kedua-2 novel tu tidak mudah untuk aku baca dalam masa yang singkat. kurang melekat.

tetapi percayalah, setelah novel pertama yang aku baca dalam hidup iaitu Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, hanya sehari setengah.
siap aku highlight warna kuning ayat2 yang buat aku kagum.
terus aku lekat dengan novel bercorak islami.
aku belum jumpa lagi Novel Islami selain Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dan Habiburrahman.
anda ada cadangan tak penulis yang buat novel islami?
teringin nak kembangkan pembacaan penulis2 lain.

Oh, berbalik kepada Novel Takdir:cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf.
mula-mula aku baca sinopsis belakang, hmmm...
tengok gambar pedang sebagai muka depan, pun aku hmm...
macam kurang menarik. aku letak tepi dulu.
aku capai novel Hero - Hilal Asyraf.
sinopsis dan muka depan sangat menarik.
namun, penilaian aku tidak tepat.
selera pembacaan aku tidak buat Hero, aku baca sedikit2 (sehari 1 bab).
aku tak rasa ketagih baca macam Sinergi atau Ayat-Ayat Cinta (AAC).
semasa aku pergi ke Melaka, selepas 4 bulan kaki aku dalam pemulihan kaki patah.
perjalanan yang memakan masa 2 jam, memberi aku kejutan.
novel apa ni, terbayang seperti baca Novel Harry Potter versi Bahasa Melayu yang pernah aku baca.
ketagih gila, sampai tak sabar nak tahu ending.
kisah Angkasa dalam pengembaraannya.
wah.... sangat terharu membaca novel ni.
penuh dengan nilai Islami. lagi2 dalam bab2 takdir.
meskipun karut ada kuasa2 sakti, tetapi ia adalah terbaik.
macam kisah Naruto yang aku tulis (komen) sebelum ni {klik sini}

apa lagi? tak caye?
ikut selera la, tapi memang aku teruja nak tunggu Takdir 2.

p/s: sinopsis - oh aku malas nak cerita, kang tak feel {klik sini kalau degil nak tahu}
penilaian aku novel best ni berdasarkan kelajuan aku membaca dan penghayatan.
kelajuan - sehari habis baca tu maksudnya aku baca dalam masa 2 hari. yang jadi sehari sebab aku dah tolak tidur, makan, solat, mandi, tengok TV dll.
penghayatan - aku boleh menitik air mata, atau banyak ayat2 yang memukau hati...

9 ulasan:

Nadiah Abdah berkata...

salam,

terima kasih datang ke blog saya..

novel takdir agak berat sikit bagi sy..tp masih enjoy dgn jln ceritanya...

saya tetap gemarkan novel hilal asyraf yg btajuk VT..koleksi cerpen 'matahari' oleh hilal pun best gak..

sinergi xsempat baca lagi wpun dh hmpir 3 bulan beli :)

Unknown berkata...

VT - cam tak best je? cerita pasal apa tuh? saya tengok macam sukan je.

sinergi penuh suspens ~

Nadiah Abdah berkata...

aah..pasal volley ball..xtau la..sy ske cite VT tu..ingtkan xbest tp best sgt..mb citarasa sy cm2 kot..hehe

Nurhaziqahmz berkata...

Nice..novel Hilal Asyraf semua best2..x ade yang x best..Alhamdulillah

Sakinah berkata...

@Dr. Nurhaziqah.Mz betul2. novel2 hilal bernafas baru.....unik

Nurhaziqahmz berkata...

KiN...hehehe..Yeah, walaupun berbentuk islamik, tapi tidak membosankan..Gelombang Baru!!~

nor amira berkata...

salam, syukran dtg ke blog saya. da baca, yup Takdir ni yang paling best bagi saya selain dari Sinergi.
Semua karya Hilal Asyraf hidup.
Tak sabar nak tunggu sambungan takdir. Penuh aksi dan suspen ^_^

ini ulasan dari saya. jemput ziarah
http://noramira91.blogspot.com/2011/07/takdir-hilal-asyraf.html

nor amira berkata...

oh ya, kalau nak cuba penulis novel islami yg lain, bole try baca novel2 Hlovate. Santai dan kreatif gaya penulisan beliau ^_^

Unknown berkata...

salam..n0vel takdir 2 dh launching.