Isnin, Jun 29, 2009

tulislah wasiatmu

"malaikat maut sentiasa mengekori kita, menunggu masa"

entahlah, aku terpanggil untuk menyatakan lagi sekali tentang mati.
tapi bukan tentang pengkisahan azab dan nikmat mati.
bukan juga tentang cara2 atau petanda mati.
hmm.. tidak tentang tarikh2 mati.
bukan lagi pasal mati mati hidup semula.
tapi persediaan mati kot.
cewah... macam aku dah ready je.
persediaan mati sama je macam persediaan exam.
sikap kita last minute study untuk exam, patut diubah!
sebab jika kita last minute study for exam.
kita akan terbiasa untuk last minute ibadah for death.
cukuplah hal ibadah..
sahabat2 pasti tahu, apakah ibadah yang menjamin masuk syurga kan.
pastilah ibadah yang Allah suruh, kan??
so, semua tahu.
sendiri mahu ingatlah.

tapi persediaan yang aku maksudkan adalah...
persediaan wasiat.
mesti ada yang gelak dalam hati, "apa nak diwasiatkan?"
hmm..
pernah tak anda kehilangan orang tersayang?
pasti anda akan terasa gila, bila anda tidak bersama di sisinya.
kan??
kalaulah aku boleh bercakap dengan burung tu sebelum dia mati.
pasti ada amanatnya untuk aku.
pastinya si burung tu, banyak kata dan nasihat untuk ku.
tapi malang, dia tak tinggal wasiat untuk ku.
sepatutnya aku bagi laptop pada dia.
dan bukak microsoft word kat burung tu.
pasti dia akan tekan keyboard dan menulis wasiat untukku.
sebelum mati.
hehe... ngarut je aku ni.

berbalik kepada topik asal.
pernahkah kalian kehilangan orang yang tersayang?
pasti anda sedih sebab dia pergi tanpa anda di sisi.
tapi, kenapa anda perlu ada di sisi si tersayang tu di saat terakhir?
kenapa anda perlu sedih sangat2 sebab anda tak bersamanya?
apakah si mati mengharapkan kita di sisinya?
apakah si mati terseksa, bila kita tiada di saat terakhirnya?
apakah ketiadaan kita menyebabkan dia sakit menghadapi mati?
apakah penyebab kita sedih sangat bila dia mati tanpa kita?
tanya naluri hati kalian?
kenapa perlu disedihkan?
pasti, bukan sebab kita di mata si mati ketika mati.
tetapi kesedihan kita datang, pabila kita tak dapat berbicara dengan si mati sebelum dia pergi.
kita tak dapat tahu, apakah amanat terakhir beliau untuk kita.
kita tak dapat berkongsi luahan hati dengannya.
kita tak tahu apakah kesalahan kita dengannya.
kita tak tahu kesudahan segalanya tentang si mati.
sebab inilah kita kecewa dan sedih teramat bila kita tidak dapat bertemunya.
kita tidak sempat nak mendengar isihati si mati sebelum ia pergi.

mungkin ada sebab lain kesedihan kita.
mungkin sebab kenangan manis dengannya.
mungkin sebab tak sempat nak minta maaf dengannya.
tapi aku pasti, setiap naluri hati kita mahu mendengar naluri hati si mati.
pasti banyak yang ingin dikatakan sepanjang ia hidup kepada kita.
pasti banyak cabaran yang ingin dikongsi olehnya.
pasti ada permintaan maaf darinya untuk kita.
tapi, si mati tak sempat nak mengatakan semua ni pada setiap orang yang ada di sisinya bila mati.
andai Si A nazak di atas katil, ada ibu, ayah, 3 adik, 2 kakak, 2 sahabat.
jumlah ada 9 orang di samping A ketika dia nazak.
camne la agaknya dia nak cakap dengan 9 orang ni dalam masa yang singkat?
dah lah nak bertarung dan berdebat dengan syaitan yang nak menyesatkan kita sebelum roh tercabut!
nak menghadap muka malaikat maut yang gerun (macam pembunuh bersiri macam dalam movie) lagi!!
nak menahan kesakitan lagi...
sempat ke nak sampaikan kata2 terakhir kat mak ayah?
nak mengucap lagi! aduhai.. camne ni??

tapi kalau tengok drama melayu, senang je..
sempat minta maaf ngan mak ayah dan adik2.
pastu baru mati. "sempat la robe'!"
anda yakin sempat??
9 orang di samping anda?
anda nak sampaikan kata2 terakhir, nasihat, cabaran, dan amanat?
sempat ke?
kang jadi macam bapa 3 abdul (movie p.ramlee) yang mati.
sempat panggil abdul wahab, abdul wahib..
abdul wahub? tak sempat nak panggil.
tu baru nama. belum ucapan nak serah harta.
lalu, macam2 tafsiran abg2 si abdul wahib.
hmm.....

sedarlah sahabat2ku.
anda kecewa dan sedih melihat orang tersayang anda pergi menghadap Ilahi.
jangan biarkan orang tersayang anda menangis dan kecewa tak dapat bersama anda bila anda mati.
cukuplah, anda menghadap malaikat maut, dengan berbekalkan amal dan iman. masa tu, ingat je, nak menghadap Allah.
dan sebagai persediaan tambahan, sekarang inilah!
anda tulislah amanat2 dan nasihat untuk seluruh orang yang anda sayangi.
meskipun anda takde harta untuk diberi.
tapi, kata2 anda untuk mereka pun, umpama harta yang tidak ternilai.
tulislah di mana2, laptop atau buku.
tapi rahsiakanlah!
jangan sampai orang lain terbaca.
karang tak suprise, malah digelak lagi.
wasiat itu biarlah tulus dari hati.
semasa menulis wasiat tu, andaikan anda akan mati kejap lagi.
rasakan kedatangan malaikat maut.
luahkan segala isi hati anda.
dan seboleh mungkin, setiap minggu, anda baca balik wasiat tu.
jika perlu diubah, ubahlah.
jika perlu ditambah, tambahlah.
wasiat itu, biarlah menjadi nasihat untuk orang tersayang sebagai inspirasi untuk dia terus beribadah kepada Allah.
jangan pula wasiat itu, penuh dendam dan kejam.
wasiat itu perlu murni. agar wasiat itu dapat dimanfaatkan oleh semua.

mohonlah kepada Allah sentiasa, agar diberi ilham untuk wasiat ni.
dan bila tiba masanya, letakkan wasiat itu ditempat yang boleh orang ketahui.
mungkin sukar, tapi, cubalah.
sebab mati itu bila2.
wasiat itu perlu ada.
tapi amal ibadah jangan lupa.

Ya Allah, seram sejuk, aku menulis artikel ni.
persiapkan aku dengan amal.
matikanlah kami dengan iman dan taqwa kepadaMU.

[maaf kalau pos ni, pedih dan menyeramkan.]

2 ulasan:

Unknown berkata...

aku dah buat setahun lepas.
pastu aku baru jumpa semula folder tu.
skrang aku nak update semula.
sebab wasiat dulu cam tak relevan dah skang. hehe

[Ana] Farhana.... berkata...

aci tak kalu tulis wasiat kita kat diary blog kite.. hehe.....