Khamis, Jun 18, 2009

pedas yang menyakitkan

"orang yang suka pedas, tak perlulah baca"

aku terpanggil dan tercabar untuk menulis pos ni.
ramai orang pelik tengok aku.
"tak leh makan pedas ke?"
memang aku dah terkebil2 mata, menahan kepedasan.
nak berair pun ada mata ni.
"wah, pedassnya.."
teringat aku semasa di matrikulasi negri sembilan.
menderita aku hidup di pilah.
setiap kali nak makan, PEDAS2 belaka!
almaklumlah, orang nogori, kegilaan mereka, cili api..
"maaf... aku bukan orang nogori"
setahun aku menahan kepedasan.

ada sekali aku makan di sebuah restoran.
semua kuah nampak merah menyala.
macam api yang menyala2.
aku was2.
dalam hati, yakin dengan kuah ni amat pedas.
syukur alhamdulillah.
aku ternampak kuah yang agak cair.
warna kuning.
(aku tak mahir pasal masakan, tahu makan je)
lauk ayam. aku pun curah dalam pinggan nasi.
sesuap... mataku berair.
lidah ku macam dibakar.
tangan mengibas2 (tak tahan kepedasan).
pedas gila... baru ku tahu ni kuah ... (tempoyak ke lemak cili api??)
abi aku kenakan aku "tulah... jangan disangka yang merah itu pedas, dan yang lain tak pedas"
wah, macam ada sesuatu yang menusuk hati aku. pedih je!

terus aku order, air suam.
pelayan datang bawak gelas yang berasap.
aku tahu, ia pasti menyakitkan.
tapi kalau aku minta air sejuk, lagi teruk lidah aku.
terpaksa aku memilih "minum atau tak?"
aku gagahkan diri minum air suam yang berasap (bukan yang mendidih tau).
sakitnye lidah aku...
pedas vs panas menghasilkan suatu kelegaan yang hanya Allah yang tahu.
subhanallah. kepuasan jelas terpamer di wajahku.

pedas yang menyakitkan.
pasti anda terbayang, bagaimana muka aku.
tapi bukan ini yang aku nak kongsi bersama.
seringkali kita menganggap sesuatu yang pahit itu pahit.
sesuatu yang manis itu manis.
hakikatnya, pahit itulah yang sebenarnya memberi kemanisan.
sama juga dengan konsep ini.
pedas yang menyakitkan tu, memberikan kepuasan yang teramat.
dalam kehidupan kita pun begitu.
pedas itu sesuatu yang kita amat tak suka.
pedas juga sebagai cabaran untuk kita.
pedas juga dianggap sebagai dugaan kita.
nak taknak kita terpaksa hadapi.
macam situasi aku tadi.
aku cuba elak kepedasan ni.
tetapi aku terpedaya juga.
nak tak nak, aku kena hadapinya.

dalam keadaan kita seharian.
anggaplah pedas itu sebagai dugaan.
misalnya, gagal dalam peperiksaan.
kita tak boleh elak, ia tetap terjadi.
kita tak boleh lari, ia tetap mengekori.
nak taknak kita kena hadapi pedas ni.
antara air suam dan air sejuk, mana patut aku pilih?
andai anda nak teruskan sifat malas berusaha, pilihlah air sejuk.
dengan harapan ia akan menyedapkan lidah anda.
teruskanlah dengan sikap sambil lewa anda.
tapi, jangan salahkan orang jika anda terus gagal dan rendah pointer.
jangan salahkan orang akibat kegagalan anda ini.
kerana ini adalah pilihan anda.
anda yang takut untuk mengambil risiko menahan kesakitan minum air suam. terimalah ia.

tetapi, andai anda nak berusaha lebih untuk berjaya, pilihlah air suam.
meskipun sakit untuk lidah anda menanggungnya.
tapi anda tahu inilah saja jalan yang ada.
anda terpaksa berusaha gigih.
korban masa main game, relax dan enjoy ngan kawan.
anda korbankan kemanisan ini.
anda korbankan nafsu enjoy anda.
kerana anda yakin, hanya dengan usaha yang gigih.
dengan air suam inilah, yang mampu memberi kelegaan yang menakjubkan.
satu kepuasan dari titik peluh anda.

begitu juga dalam ibadah.
susah untuk menjadi baik.
susah untuk menjadi alim.
tapi anda tahu, sifat yang baik ini yang akan membawa kepada syurga.
dengan melakukan kebaikan dan suruhan Allah, pasti akan mendapat ganjarannya.
tapi apakah aku mampu menghadapinya?
syaitan dan nafsu sentiasa melemahkan aku.
aku tak mampu untuk menjadi baik.
boleh ke aku jadi baik?
layak ke aku jadi baik?
inilah pedas yang menyakitkan.
kita tahu hanya dengan air suam lah yang dapat memberi kelegaan.
kita tahu hanya dengan taat kepada perintah Allah lah yang dapat menjanjikan syurga Allah.
mampukah kita?
mampukah kita menghadapi air suam yang menyakitkan ini?

sahabat2ku...
percayalah, anda mampu untuk menjadi baik.
semua orang dalam situasi pedas.
semua orang hendak menjadi baik.
pilihan kita ada 2, air suam atau air sejuk.
pilihan kita ada 2, melawan hawa nafsu, meskipun susah atau ikut je hawa nafsu.
terpulanglah kepada diri anda hendak membuat pilihan.
tetapi ingatlah, dengan air suamlah, anda akan mendapat suatu kelegaan dan ketenangan yang tak ternilai.
tetapi ingatlah, dengan melawan hawa nafsu, anda akan mendapat suatu kepuasan dalam melakukan ibadah dan berasa tenang kerana Allah sentiasa merahmati kita.
fikirkanlah.

kawallah diri anda dari melakukan kejahatan dan maksiat.
janganlah enjoy yang berlebihan.
kerna syaitan tidak akan berhenti mempengaruhi kita.
mempengaruhi untuk melakukan kejahatan dan maksiat.
awas.
sesungguhnya Allah itu maha pengampun.
sekalipun kita jahat dan banyak dosa, bertaubatlah.
Allah sentiasa bersama kita.
cubalah untuk menjadi baik.
moga Allah merahmati kita.
amin.

[pedas yang menyakitkan adalah disiplin diri kita. bagaimana untuk mendisiplinkan diri agar menjadi insan yang berguna]

9 ulasan:

Unknown berkata...

disiplin diri tu penting.
untuk kita melawan hasutan nafsu dan syaitan...

walker berkata...

rindu masak lemak cili api KMNS

Tanpa Nama berkata...

1)kmns memg pure org minang yg masak,jgn hairan kalau makan kuah biasa pun nk mengalir air mata+idung bersungai-sungai.*exaggerate*hehe...

2)memg penting lawan nafsu etc.gudjob for u cos samekan 'pedas' and 'ujian' sume2 ni..sy impress..:)

Bazzstary berkata...

siyes,memula bcer x terfikir pon kaitan pedas tuh ngn khidupan..

tahniah dan mkasey krana mbuatkn diri ni berfikir~

anamunawwarah berkata...

salaam...
robe',analogi yg bgs.ak suka makan pedas dan setakat mana2 tpt belajar aku pegi kafe kmns yg plg best.hehe

neway,betul sgt apa yg ko ckp.hidup ada mcm2 perisa kan?=)

Siti Nurbaya berkata...

salam arrabe',
entri penuh falsafah yang mengetuk.. :) teruskan usaha!

LiYAnA sYAmiMy ♥ berkata...

assalamualaikum.. lame dh tak menjenguk blog nih.. as usuall.. post abg arrabe' mmg best2.. suke wat cerita dr sudut2 yg berbeza.. anak penulis lah kate kan..

bile bace pasal pedas dlm kehidupan.. terasa sungguh.. ye la. skrg kat sy kat usim.. saye ni dikategorikan xpandai la kan.. so.. mcm mane la boleh sesat masuk tamhidi perubatan. padan muka.. gatal meng'apply'. ponin kepala.. yg lain tu sume pandai2.. haiyaa..
tp.. xpe la.. akan berusaha jugak..
man jadda wajada...
tp.. kalau xberjaya jugak w/pun dh usaha.. doa.. tawakkal.. mungkin xde rezeki masuk fakulti perubatan kut.. hihi..

salam.. ~~

NAM berkata...

terima kasih ya abg robe'

nice words!
"Pedas Yang Menyakitkan"

Unknown berkata...

terima kasih sahabat2.
alhamdulillah kalian dapat fahami.
yup, tanpa nama correct.
punya lah cari istilah untuk pedas ni apa. pedas = ujian.
hehe..
perlu bina kekuatan diri untuk hadapi segala kepedasan.dan pilihlah jalan untuk menghilangkan pedas ni.
jalan yang lambat atau jalan yang cepat yang menyakitkan.