"ini hanya cadanganku, tapi aku tak mampu untuk melaksanakan"
aku baca semula komen sahabat2.
ada pendapat yang aku kurang bersetuju.
tapi perbezaan pendapat tidak patut menyebabkan perkelahian antara aku dan 'dia'.
sebab perbezaan pendapatlah yang menyebabkan kita mampu membuka minda.
oleh itu, sahabat2ku.
aku menyuarakan suara hatiku lagi.
mungkin berbeza lagi dengan kalian.
tapi kita terima dan fikirkan bersama.
dan tegurlah bersama untuk ke arah yang lebih baik.
situasi politik seperti biasa masih membimbangkan.
sejak pembebasan anwar dan peletakan jawatan abdullah.
bagai bertemu buku dan ruas.
antara najib dan anwar (agaknya lah)
bagi aku, kalau buku bertemu ruas, pasti persaingan yang amat sengit.
pelbagai strategi akan diatur.
tup tup, timbul pulak unsur2 ke arah perpaduan.
macam ada harapan yang cerah.
tapi, seolah2 dipermainkan isu itu.
peluang yang cerah, makin tertutup kembali.
kerna, pandangan yang negatif yang terlalu banyak.
dan ditakuti juga, ada muslihat tertentu.
masing2 tak mahu mengalah.
ada sebab bagi setiap orang untuk pertahan hujah.
aku pun tak pasti, wajarkah bersatu?
tapi itu yang aku harapkan, islam sesama islam bersatu.
tapi kalau persatuan ini ada muslihat?
makin teruk kah?
wallahua'lam. hanya Allah yang tahu.
kita ni hanya mampu solat istiharah untuk keputusan yang lebih baik dariNYA.
penyudah politik kepartian...
apakah kesudahannya?
aku terpanggil dengan komen seorang lagi sahabat.
apakah ulama senyap?
golongan2 ini tidak boleh bersuara wahai sahabat.
andai mereka bersuara, mereka akan dilabel sebagai puak parti ini.
dan pandangannya akan dipandang serong oleh setengah puak yang menentang.
mereka berhak bersuara, akan tetapi pemikiran rakyatlah yang menyebabkan mereka berhati2 dalam bersuara.
suatu tindakan yang berani oleh dr asri (mufti perlis yang dulu) menegur pimpinan politik.
meskipun pelbagai orang yang mempersoal tentangnya.
meskipun ada puak yang cuba menarik dia untuk terjebak politik.
hakikatnya dia tidak mahu.
ss harussaini (mufti perak) juga ada bersuara, tetapi, beliau dilabel menyebelahi mana2 pihak.
malah dihina dikritik dengan sebegitu teruk.
maka, kesudahan buruklah imej mereka sebagai golongan berugama dan ulama'.
mentaliti masyarakat sudah terpengaruh dengan kepartian.
penyudah politik kepartian...
perlu disudahkan dan diganti dengan politik kewarasan.
berdasarkan akal yang waras, kita mampu menerima pelbagai pandangan yang berbeza.
dan akhirnya membina sesuatu hala tuju yang lebih baik.
aku banyak kali mendengar cerita zaman dulu.
betapa bijaknya orang melayu zaman dulu, bila banyak kapal mendarat di suatu tempat (rasa pantai timur kot).
orang melayu melihat pelbagai bentuk rekaan yang berbeza2 dari setiap pedagang.
maka, orang melayu ini, mengambil mana yang baik dan bermanfaat dari setiap rekaan kapal dan membuat satu kapal yang amat baik mutunya.
meskipun begitu, orang putih menuduh kita sebagai bangsa yang suka meniru.
tuduhan ini nyata kesilapan yang amat silap.
mana mungkin kita meniru, apakah kita bina kapal yang sama dengannya?
tidak sama sekali!
kita hanya meniru sedikit darinya dan dari kapal yang lain.
maksudnya, kita ambil yang baik sahaja.
maka terhasillah sesuatu yang gah dan hebat.
begitulah hendaknya dengan politik kewarasan.
kita gabungkan segala pandangan, dan pilih yang baik sahaja.
maka terhasillah satu keputusan yang terbaik.
bukan dengan pemisahan pandangan antara pembangkang dan kerajaan.
kita perlulah mengubah pemisahan ini.
jangan terlalu politik kepartian. waraskan minda.
bagi aku, penyudah politik kepartian dengan....(hmm..)
ni hanya cadangan.
tapi aku tak tahu nak bagi idea ni kat sapa.
sebab aku takde sahabat dari kalangan orang berpangkat besar.
tapi takpelah, kita berkongsi.
moga Allah membuka minda kita bersama.
dalam institusi kehakiman, pasti ada seorang hakim.
si luar negara sering ada 3 hakim atau ganjil.
tak pernah genap.
parti yang dominan di malaysia ada 2 sahaja.
genap.
dan bila saling bertelagah, rakyat suka mengambil jalan tengah.
iaitu dengan tidak pergi mengundi.
meskipun ada calon bebas, tetapi, calon itu kurang diyakini boleh.
buang masa je dia diundi.
apabila hanya 2 yang dominan, maka pertentangan idea tidak dapat diselesaikan.
macam akhbar.
dulu ada akhbar kerajaan dan akhbar pembangkang.
dan ada akhbar tentang hal masyarakat (no politic)
jadi orang yang minat politik, tak beli akhbar masyarakat.
malah sanggup dibeli dua2 akhbar.
tapi kedua2 akhbar bias.
takde penyudah. saling menghentam dan menuduh.
tapi, bila ada akhbar tengah (SH), ramai orang beli akhbar tu.
meskipun kecil, tapi bila ada pihak ketiga dalam menyuarakan berita, pasti ia menjadi pengendur ketegangan.
sama juga hal dalam politik semasa.
betapa perlunya parti ketiga yang dominan sebagai pengendur ketegangan.
dan sebagai pilihan untuk rakyat yang pening dan atas batu.
dan sepatutnyalah parti ketiga ini tidak berbelah pihak kepada mana2.
bukan menghentam dan menyokong semata2.
tapi seharusnya parti yang berfikiran sewajarnya.
tapi, apakah parti ini akan wujud?
atau... ada jalan lain?
[Allah lebih mengetahui, kita berusaha untuk bertindak secara rasional dan bukan dengan mengkritik semata2]
4 ulasan:
di samping kita berdoa kepada ALlah.
janganlah kita menjadi negara yang bergolak.
satukanlah hati2 kami.
assalamualaikum bos..
:D
komen pertama dari ku..
sbb negeri beta yang tuan hamba postkan..
:D
mcm ni la ye..
yang kita kena ada dlm kepala kita adalah politik tu tak kotor.. Sbb nya jgn kita lupa zaman Nabi muhammad pun berpolitik..
dan nabi pn berpolitik..
jadi adakah nabi melakukan perkara yang kotor?
ahli politik yang mengotorkan politik...
bkan sahaja isu perak malah isu2 lain yang tak pernah selesai juga kita kena fikir...
aku ckp unutk isu perak ni dlu..
perak ni secara jelas kita tgk mcmane Pm kita merancang dgn begitu teliti..
adakah kita fikir mengapa perak?
mengapa tidak negeri lain...
sbbnya perbezaan kerusi amat sedikit dan jika pm kita dapat menarik kerusi dari pakatan rakyat masuk ke Bn maka perak milik BN..
tapi dengan cara yg amat terburu2 dan ghairah itu lah yang menyebabkan perak kucar kacir..
dan sampai skrg tidak selesai..
Perkara ini tidak akan selesai sehingga Pilihan raya umum (PRU) akan datang...
persoalan sekarang sebelum tiba pru akan datang pihak mana yang akan menunjukkan wajah sebenar..
sehingga skrg kita lihat pihak BN mula menunjuk bahawa dia mempunyai kuasa yang besar, dan PR mula menunjukkan bahwa mereka tidak akan mengalah dengan tindakan terbaru menfailkan rayuan untuk kes ini didengar 11 hakim..
bagi pendapat ak bubarkan dun takkan berlaku.. ini kerana pihak BN akan melakukan ap yang termampu untuk perkara itu terjadi.. Dan jika PR skrg di tempat BN pun akan berbuat demikian..
jadi isu di perak jika tiada penyelesaian isu RAKYAT di perak yang sepatutnya jadi bahan perbincangan akan di tolak ketepi sehingga PRU akan datang....
Ap yang pihak kita sebagai rakyat yang mampu lakukan adalah cuba fikir sedalam2 nya pihak mane yang ptt kita ikut..
Jangan butakan mata hati anda untuk melihat sedalam2 nya..
jangan terlalu menyokong sehingga tidak dapat berfikir waras..
ingatlah..
'hidup akan terkongkong jika selalu menyokong'
lagi satu nk tambah untuk perti ketiga yang pemilik blog ni cadangkan mmg ptt ada namun jika timbul parti ketiga pun ia akan diatarik oleh parti dominan ini lalu kekal la 2 parti dominan akhirnya...
Tapi ingatlah kata2 ini..
'tidakkan miskin membela islam'
'hidup pasti selamat dengan ISLAM'
'amalkan islam di setiap urusan hidup kita'
coretan hambanya....
Sy kurang bersetuju dgn pandangan HambaNYA dengan komen diatas..
apabila menilai politik yang dibawakan oleh Rasulullah dan politik di negara kita ni amatlah berbeza. Adakah anda menyatakan politik yang dibawa Rasulullah itu demokrasi?
Tidak sama sekali, rasulullah berpolitik mengikut syariat Agama dengan agama menetapka berpandukan majlis syura bukannya dengan kehendak manusia. Demokrasi melihat jika sesuatu kawasan itu penduduknya sukakan maksiat, maka maksiat lah yang akan menang.
Adakah kita ingin mengiyakan demokrasi yang diperkenalkan penjajah dan orang kafir itu benar dan syumul sedangkan kita tidak mengamalkan politik yang disuruh oleh Islam.
Fikirkanlah saudaraku.
kenapa ada politik?
kerana perlu ada pemimpin
kenapa ada pemimpin?
sebab ramai orang nak jadi pengikut je
kenapa ada parti?
manusia tak suka berjuang sorang2
teruk sangat ke pemimpin yang kita ada skarang, atau keburukan mereka diperbesar-besarkan
jangan hebahkan apa keburukan orang, tapi hebahkan kenapa kita lebih baik daripada mereka
buktikan kelebihan yg kita ada nescaya orang akan percaya dengan kita..
Catat Ulasan