amatlah perit dan seksa nak menyambut kedatangan seorang sultan.
perit dan seksa bukan kerana di dera, atau disumpah.
tetapi, perit dan seksanya kerana terlalu banyak benda remeh perlu dijaga.
ini tak boleh, itu tak boleh....
bukan setakat sultan, malahan semua orang yang berjawatan tinggi di dunia ini
ada pantang larangnya.
dengan kata lain, berprotokol.
aku amat gemarkan protokol sewaktu sekolah dan matriks.
entahlah..
mungkin sebab aku berjawatan tinggi dulu.
sebab tu aku amat pentingkan protokol agaknya.
entahlah, bagi aku protokol sesuatu yang unik.
ketelitian dalam protokol itu amat menakjubkan aku.
hidup berprotokol menunjukkan kita amat beretika dan beradab.
manakan tidak,
dalam ucapan, ada kata2 aluannya.
ada kata panggilan yang sesuai dan perlu.
dalam bersalam pun ada etikanya.
dalam berpakaian juga, ada pantang larang.
kuning tak boleh bagi majlis diraja.
hijau tak boleh bagi majlis kerajaan (huhu.. yeke?)
merah pekat, tak boleh, terlalu garang.
dalam kata2, kena manis, dan lembut budi bahasa.
dalam gerak langkah, ada cara dan gaya.
dalam menjamah, ada tangan pegang pisau dan sudu.
dalam minum air, ada cara memegang cawan.
dalam memakan sup, ada caranya.
pasti anda pening...
tapi bagi aku, wah, sangat sweeet..
teringat aku masa di matrikulasi, kami membuat dinner yang penuh protokol.
nampak sangat majlis dinner amat tersusun dan kemas.
sebab semua penuh adab dan etika.
tapi, semenjak aku menjadi orang bawahan.
aku barau rasa, peritnya protokol.
ini tak boleh, itu tak boleh.
terlalu banyak sekatan.
canselor UKM akan datang esok pagi.
terpaksa kami, dalam masa yang singkat membersihkan satu taman.
nak sapu sana, sapu sini.
tanam pokok, buang daun kering.
penatnya, hanya Allah yang tahu.
hari yang dijanjikan tiba.
sultan tiba jam 1.15 petang.
menunggu suatu penyeksaan dari pagi.
melanguk, berborak, bersenda..
akhirnya, sepi....
kebosanan menunggu.
tiba masa jam 1.15 petang.
sultan diiringi dengan polis UKM dihadapan.
sekatan jalan dibelakangnya. banyak kenderaan terpaksa menunggu.
berderetlah kenderaan terpaksa menunggu.
alahai...
lawatannya hanya 10 minit.
suatu kelegaan pabila, semuanya berakhir dengan baik.
semua tersenyum kelegaan.
meskipun badan2 kesengalan.
jelas tergambar senyum riang si sultan dan pengiringnya.
syukur alhamdulillah.
tapi... perlukah sebegitu teliti?
perlukah sebegitu hebat sambutan untuknya?
sememangnya aku akui kedudukan mereka.
aku amat hormati mereka. aku takkan menentang mereka.
kehidupan yang begitu mewah di istana, sehinggakan kemewahan itu perlu bersamanya sentiasa.
tak boleh nampak kecacatan atau kekurangan di matanya.
mesti semuanya baik dan terbaik.
hebatnya sultan. tapi...
seronokkah jadi sultan dan orang besar?
hidup dalam mewah sentiasa?
disanjung2 sehingga di gelar DYMM.
duli yang maha mulia.
apakah maha itu perlu di situ?
apakah maha itu sama dengan maha untuk Allah?
dari dulu aku musykil.
dan aku sering mengubah kepada DYTM.
duli yang termulia.
tapi sekarang, aku ingin tukar DYTM kepada DYMPB.
duli yang mulia pun berdosa.
mereka pun manusia biasa.
cuma darjat mereka mulia sedikit.
tapi perlu diingat mereka pun ada dosa pahala.
setiap manusia pun berdosa.
bukan setakat penjenayah, malah aku, imam, ustaz, ulama, dan sultan pun ada dosa.
cuma bagaimana usaha kita untuk bertaubat dan memohon keampunan dari dosa itu.
DYMPB perlu bersama rakyat sentiasa.
tapi bukan dengan permintaan keadaan kami mewah seperti sultan.
kami adalah kami.
kalau tuanku nak datang melawat kami, lawatlah dalam keadaan tak protokol.
tuanku akan rasa nikmat hidup sebagai rakyat.
supaya kami tak berpura2 di hadapan tuanku.
dan tidak banyak wang dibelanja untuk menyambut
kedatangan tuanku.
kita bersederhana tuanku.
kerana kita ni manusia biasa.
lebih indah dan lunak, jika wang ini untuk rakyat yang dhaif lagi memerlukan.
harap tuanku faham kenapa DYMPB.
agar kita saling beringat, yang kita pun bersama dalam tanah juga nanti.
meskipun kubur tuanku bersimen dan berbumbung.
ampunkan patik tuanku.
patik, hanya rakyat biasa.
"ampunkan aku ya Allah.
aku tak mempersiapkan diri kepadaMu seperti aku mempersiapkan diri kepada DYMPB.
engkaulah DYMM tapi aku lebih mengagungkan DYMPB.
ampunkan dosaku ya Allah.
akan ku bersiap dengan harta dan ilmu di dalam diriku untukMu seorang.
daulat DYMM Allah azza wajalla."
[ampun tuhanku]
7 ulasan:
apakah pos aku keterlaluan?
khuatir jugak ni.
kang tak pasal2 dianggap menghasut.
hehe.menarik.;)
wow. takut nye aku baca. berani ko tulis. well done.
tapi kan. bagi aku. even though die sultan or diraja, NANTI, mereka dulu akan disoal oleh allah cuz dorang kan pemimpin kite kan.
memang la life dorang penuh dengan adat, protokol, etc, etc, etc. tapi byk gak beban yang dorang kne pikul. tu sume kite tak tahu.
maka, segala nye akan dihitung juga nanti.
jgn takut.kamu hanya menyuarakan apa yg btol..mereka juga manusia bese.
assalamualaikum...
terima kasih kembali kerana komen kat post kembali...
dympb?
aku baca pn nk tglak bila ko tukar title tu..
tapi dalam gelak aku terpikir gak..
kenapa kita guna title dymm...
ni pandangan aku la..
adat spatutnya mengikut agama dan bukan agama mengikut adat..
adat kita kebanyakkannya tidak mengendah agama..
sbgai contoh bersanding dlm agama tidak perlu dan ada ulama mengatakan haram.. tapi kebanyakkan org melayu ttp bersanding jugak..
dalam kes dymm ni plak mmg dah lama di gunakan.. mungkin semasa pelaksanaan tu ulama tidak dirujuk..
sehingga skrg kepimpinan kita tidak diterajui oleh ulama.. dan sbb itu la bnyak yang tak stabil..
ni ditujukan kepada meaberry mmg la diaorg bnyak beban nak ditanggung sbb itu mmg tanggungjawab dia.. tapi jika dia sememangnya orang yang paling atas maka buatlah perkara yang berlandaskan islam dan jgn hanya duduk diam mendengar penasihat mereka.. biarlah kita jadi pemimpin yanga adil sbb setiap saat kita hidup di dunia ni akan ditanya oleh allah s.w.t...
itu je pandangan aku arrabe'..
:D
p/s: ko ckp ak berubah?? kat mane ek.. hehe.. mane ad ak cuma kambali ke jalan allah..
Setahu saya memang sudah ada yang menyuarakan perkara ini, tetapi sampai sekarang senyap saja. Gelaran dan sebutan itu sudah ada sejak zaman dahulu memang payah hendak mengubahnya. Jika ada yang cuba mengubah pasti timbul masalah pula.
Apatah lagi bila Tok Imam atau Katib membaca khutbah di atas mimbar pun menyebut perkara yang sama.
Meremang bulu roma bila mendengarnya.
syukran atas pandangan semua.
kalau kita tak berani, siapa yang nak tampil ke hadapan?
meskipun aku masih gentar untuk menjerit dan melaung tukar DYMM.
tapi bagi aku, cukuplah aku bersuara di blog.
mungkin ada di antara kalian yang lebih bernai untuk menyuarakan.
aku akan menyokong!
kadang benda yang biasa (adat) tak perlulah diikut semua.
meskipun melayu kaya dengan adat, tapi, yang bertentang dengan islam, kita tolak lah tepi.
selagi mampu kita elakkan.
paklatip, terima kasih singgah.
mohon pandangan paklatip juga dari semasa ke semasa.
yup, pernah dengar dulu tentangan tapi cam senyap. mungkin takde yang berani lagi.
cukuplah sekadar kita panggil DYM je.
Catat Ulasan