Jumaat, Jun 12, 2009

mistake again

"terlajak perahu boleh diundur"

terlajak kata, susah nak tarik balik.
setiap orang akan mempunyai prasangka.
dan akan memikirkan yang bukan2 tentang orang lain.
sikap ni amat tak patut.
memang patut kita jauhi.

kadang apabila berkata,
kita tersalah tanya.
pasti akan ada orang terasa dan salah faham.
memang benar.aku pun banyak kali terasa.
dan ramai yang terasa ngan aku.
ntahla. mungkin masa tu aku tak fikir apa aku nak cakap.

apabila kita mengikut emosi.
pasti kita akan terumbang ambing.
dikawal oleh syaitan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik.
memang kita akan tewas.
malah membuat orang benci kat kita.
hilang respek kat kita.

mungkin selaras dengan "setiap orang tak perfect".
pasti akan melakukan kesilapan.
begitu juga dengan aku.
setiap kata aku tak semua benar.
kita belajar dari kesilapan.
kerana kesilapan inilah yang membaiki hidup kita ke arah yang lebih baik.

dalam pada kita menjaga hati orang, hati orang lain kita tak jaga.
hmm...
maaflah sahabat2, andai ada yang terasa denganku.
aku tak sebegitu sempurna.
aku juga melakukan kesilapan.
cuma, tegurlah aku.
mungkin kadang aku dikawal oleh syaitan. sedarkan aku segera.
maaf sekali lagi.
meskipun maaf ni sukar untuk dimaafkan.
pertimbangkanlah.

"lidah tu tajam..berhati2lah"

1 ulasan:

Unknown berkata...

kesilapan ini kita perlu baiki segera sebelum melarat