Jumaat, Jun 05, 2009

Layakkah dia bergelar ustaz?

"siapa yang menggelarkan dia?"

Ustaz tu suatu gelaran yang amat tinggi dalam kehidupan seharian kita.
Kenapa? Tak tinggi?
Ok, memanglah dato’, datin, tun, tan sri, DYMM tu lebih tinggi.
Dan "mulia" tapi hakikatnya….
Yang banyak membimbing dan menyampaikan kepada manusia ialah ustaz.
Kalau nak dibuat ranking, ulama adalah yang pertama.
Mungkin ustaz tangga ke 3.
Mungkinlah, ustaz sama fungsi dengan cikgu.
Tapi ustaz mengajar tentang islam dan ilmu akhirat.
Jadi bagi aku ia lebih tinggi darjatnya dari cikgu duniawi.

Kes akhil hay…
Ramai orang bercerita dan bertanya.
Aku tak tahu sangat cerita sebenar.

Lagi malas nak komen.
Dah la ustaz tu.
Memang aku sanjung dia.
Dan aku taknak ini semua fitnah terhadap orang baik dan alim.
Wallahua’lam.
Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku.
Hanya Allah yang tahu mana fitnah dan mana benar.
Dan aku yang kerdil ni, tidak tahu apa-apa.
Tak berani aku nak menuduh mana2.

Kak FM tanya aku pendapat tentang isu ni.
FM kata surat khabar tulis, layak ke dia digelar ustaz.
Aku tak tahu nak kata apa.
Berfikir sejenak.
Aku cuba cari analogi atau perumpamaan.
Hmm..
YB. Yang berhormat.
Kalau YB buat jahat, layak ke dia dipanggil YB lagi?
Semestinya tak layak!


Akhil hay…
Memang asalnya penyanyi rock.
(aku pun tak kenal dulu)
Pastu dia insaf dan berubah ke arah yang lebih baik.
Salah kah?
Lepas tu dia menggunakan segala ilmu dan pengalaman dia untuk berdakwah.
Salah kah?
Jadi, siapa yang menggelarkan dia ustaz?
Siapa??
Bukan dia yang nak kan?
Dia tak paksa orang panggil dia ustaz.

Jadi, buat pe nak fikir pasal layak ke tak?
kita pun mampu berfikirkan.
Ustaz tu siapa?
Orang yang mulia.
Lindunglah kemuliaan gelaran ni.
Kita yang berhak melabel orang ni, dah tahu dia ada masalah.
Dan masalah tu tak baik, jangan label dia ustaz.
Tapi bila masalah tu dah selesai dan dia pun dah tenang dan mula
berdakwah.
Panggillah semula ustaz.

Kenapalah penjenayah yang kejam dan hina, kita cukup jaga maruah dia.
Kita tutup gambar muka dia dalam kaca tv.
Tapi ustaz yang mulia ni sedap2 je heboh2 nama dalam akhbar dan tv.
Nampak sangat, ada orang yang cuba memburuk2kan ustaz2.
Dah tahu ustaz tu baik, janganlah guna istilah ustaz.
Macam akhbar tulis, ustaz mencuri duit.
Ustaz merogol pelajar.
Perlu ke label ustaz digunakan!!!
Keji orang yang melabel sesuatu gelaran yang mulia dengan hina
.
Berhati2lah kalian..


[Meskipun tak semua orang baik, tapi diri kamu tu nilailah dulu]

5 ulasan:

Unknown berkata...

gelarkan orang dengan sesuatu yang baik, merupakan sikap yang terpuji.
tapi apabila gelaran itu disalahgunakan dan diburuk2kan, memang keji.

mahkota yang tingi darjatnya di letak di atas kepala, dan simbol kekuasaan.
tapi kalau dah jatuh ke lubang tahi, hinanya mahkota dah tak terkira.
awaslah apabila menggelarkan orang.

Suhaila S. berkata...

melabel sesuatu gelaran yang mulia dengan hina.. memang x patut,.. entry ni watkan kita banyak berfikir..

cubalah muliakan orang, apalagi bertitle ustaz.. doakan kesejahteraan semua. paling penting, kenapa kecoh dgn title org, sedangkn diri sendiri?? dlm kes ustaz akhil, hmm.. semua yg terlibat, ayuh cermin diri sendiri sebelum menilai org lain.. =)

matgeo berkata...

kalau nak citer pasal benda baik guna la gelran ustaz..kalau nak citer benda buruk try la guna panggilan lain..jagalah nama baik orang lain, nescaya orag akan jaga nama baik kita

Tanpa Nama berkata...

yupss..sy sukung entry awk...
tingat kata2 sorang ustaz...di akhir zaman ni...segala yg sunnah...mjdi fitnah...

lalalala~~`

Unknown berkata...

syukran sahabat2..