Sabtu, Disember 15, 2012

melancong Melaka

"melancong di Melaka, bandar warisan dunia"

hajat hati memang nak melancong ke Melaka untuk dua hari, tetapi atas kekangan masa dan duit, aku telah memilih hari Ahad dan Isnin pagi balik semula ke UKM. tak puas, tetapi memadailah daripada tiada langsung. aku bersyukur kepada Allah, meskipun umi aku orang Melaka, tetapi sejak nenek meninggal dunia, kami dah jarang balik Melaka (kecuali waktu raya untuk melawat saudara-mara). bila balik Melaka dan lalu di hadapan tanah rumah nenek di Ayer Molek, kerap kali aku berazam nak beli balik tanah ni dan nak bina semula rumah nenek yang berwarna hijau. sebab bila balik Melaka, umi mesti nak lalu kawasan ni, meskipun tanah dah dijual, tapi aku percaya umi sangat rindu dengan tanah tu. semoga tanah ini menunggu aku untuk aku beli. sedih pulak...


berbalik kepada melancong ni, aku memilih dua tempat iaitu Menara Taming Sari dan River Cruise Melaka. aku sampai petang jam 3 petang, pusing-pusing cari hotel kat Plaza Mahkota (memang banyak) tetapi aku nak sangat cari yang melayu dan murah. aku dah google dan call semalam, cuma masa yang aku pergi Disember (super peak). antara yang aku tinjau:

  1. Hotel deMawardah - nama memang islamik. sebab deMawardah ni ada juga buat Umrah pakej. Telefon: 06 - 2883232. Alamat : G-25, Jalan PM14, Plaza Mahkota, Banda Hilir. harga untuk 2 orang dalam RM129.
  2.  Hotel Mesra Mutiara - aku cari tapi tak jumpa dekat PM14. bila aku call rupanya dekat dengan PM4. telefon: 06 - 2826520. harga untuk 3 orang RM100. aku tak pilih sebab kami dapat offer hotel lain.
  3. Hotel Syahbandar - agak jauh dari Menara Taming Sari, tapi okay la. aku pilih ni sebab nama dia unik, Syahbandar. hehe.. harga 2 orang dalam RM90. Alamat: Jalan Melaka Raya 25, Taman Melaka Raya 1, 75000 Melaka.
setelah berehat, aku sempat solat magrib di Masjid Selat Melaka. kelihatan kapal mewah (tak ingat nama apa) sedang melalui selat melaka. sangat bercahaya atas kapal tuh. dengan berlatar langit membiru jingga. sangat indah. masyaAllah. selepas solat aku ke tepi laut, kelihatan rumah api di sebelah sana. al-maklumlah, Melaka adalah paling hampir dengan Sumatera. laluan tersempit di Selat Melaka.


setelah tu, aku terus ke Menara Taming Sari. sebab nak elak ramai orang alhamdulillah aku tiba jam 8 malam. dalam 10 minit aku dah boleh naik. bayaran mahal jugak lah. sorang RM20. tapi malam tu dia bagi diskaun (entah kenapa) dan siap diberi cupcake dan air kotak percuma. masa naik tu, seram jugak tapi takde pape pun. tinggi dia lebih kurang 100 meter kot. nampaklah bandar Melaka bercahaya. aku berada di atas tu lebih kurang 15 minit. siap berputar 5 kali kot.. hehe..

aku terus nak ke River Cruise, masa ni dah jam 9 malam. penuh, kenalah aku beratur panjang. hampir 30 minit beratur. yang ni RM20 seorang. mahal memang mahal. dah niat nak peroleh pengalaman di waktu malam menyelusuri sungai. 45 minit sehingga ke Parit Jawa (ye ke? tapi ada Jawa). pemandu bot tu kata pada masa akan datang akan dibawa sehingga ke Melaka Sentral. wah... mesti lagi mahal. masa kat Parit Jawa, ada monorel baru buat kot. tengok dah ada monorel yang berfungsi. RM10 sekali naik. hehe.. aku tak naik lah. kering duit dah ni. lagipun kat KL lagi murah. jarak monorel ni dalam 2 km. dan mungkin akan dipanjangkan lagi. 

malam tu terus rehat, bermimpi naik beca. tadi nak naik, tapi sebab dia kata sekali naik RM20. dia bawa ronda Bandar. huhu... kering-kering. teringat juga masa kami balik dari River Cruise, singgah sekejap kat kedai cenderamata jam 10.30 malam kot. kedai hampir tutup. tetapi yang menarik, semua pekedai duduk menghadap tv melihat perlawanan bola separuh akhir 1 Piala AFF 2012 - Malaysia lawan Thailand. dengar kata 1-1. 

balik esok pagi jam 7. tengah bergegas ke UKM, tayar pancit kat R&R Ayer Keroh. hehe.... selamat dah berhenti dan dekat dengan Petronas. tahniah... duit kering lagi. yang pasti alhamdulillah, sedikit sebanyak melepaskan tekanan di dalam minda ni. bila balik UKM, berserabut semula.

p/s: alhamdulillah terima banyak pengalaman dalam masa yang singkat.

Jumaat, Disember 14, 2012

serius tak mampu layan

"serius, aku tak mampu layan semua"

terlalu banyak laman sosial aku sertai dan aku merasakan aku dah mula tak mampu nak kawal ke semuanya. bayangkan bila kita terlalu aktif dalam facebook (FB), aku seringkali malas untuk menulis blog, twitter pun turut terabai. bagaimana anda menguruskan semua ini?

aku ambil inisiatif malam ni, aku cuba nak perbaiki balik diri ini supaya lebih istiqamah untuk memanfaatkan laman-lama sosial yang aku sertai. dan aku perlu aktifkan blog ini setiap hari (aku rasa dah banyak kali aku berjanji sebegini). serius, aku sangat ingin menulis dalam blog. tetapi facebook jahat sangat. FB cuba memonopoli semua. malah, FB telah menjadi tempat aku menabur segala idea-idea secara pantas dan pendek. sehinggakan, buat apa nak tulis dalam blog?

insyaAllah, azam baru di bulan safar. huhu...facebook akan menjadi saluran utama untuk aku menabur segala idea-idea dan perkongsian ilmu secara ringkas dan padat. twitter akan menjadi tempat untuk aku membiasakan bercakap dalam bahasa inggeris. blog aku akan cuba setiap malam untuk mengulas setiap status FB dengan lebih baik. blog adalah penting, sebab ia umpama buku untuk aku melihat kembali di mana aku dulu, kini dan sekarang. insyaAllah aku perlu manfaatkan semua ini!

vitamin iman

bersyukur jadi Muslim. kita kuat pabila iman kita kuat. kita boleh tolak keinginan LGBT/ arak/ babi/ zina/ rokok/ dadah daripada meresap masuk dalam diri kita sebab kita ada iman! jom tingkatkan  iman dan ilmu kita untuk lebih dekat kepada Allah.

Nabi Muhammad berjaya haramkan arak dalam tempoh 10 tahun tetapi Amerika gagal dalam percubaan untuk mengharamkan arak. kenapa mereka tidak berjaya? "sebab mereka tiada iman." 
[Quote Ust Danial Tanyalah Ustaz: Vitamin Iman TV9]


Sabtu, Disember 08, 2012

duta rakan taman

"I'm so exciting today!"

sekarang sedang menghadiri Konvensyen Kampus Lestari 2012 di Bilik Senat aras 5 canselori.
bermula hari ini 8 Disember dan 9 Disember 2012. 

aku dijemput untuk menghadiri konvensyen mewakili kelab rakan taman. ada pameran dan pembentangan pelajar tentang projek-projek kelestarian alam. mungkin daripada konvensyen ni kita dapat idea untuk melestarikan alam! waw.

nanti aku akan share kat sini.





Rabu, November 14, 2012

merencana perubahan diri

"perencanaan ini perlu jelas dan lengkap. ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri. memang benar, ia hanya perancangan diri. dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki. tetapi sekurang-kurangnya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai. malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik. tidak salah jika kita belajar dari kesilapan. kerana itulah konsep muhasabah diri. agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama. - Lakaran Musim Bunga 2009"

bila melihat semula tulisanku merencana diri pada akhir tahun 2009, aku rasa semacam tidak percaya, siapakah yang menulis ini? zaman silamku berkata-kata dan mengingatku kembali. aku rasa aku tulis ini sempena Awal Muharram. dan tulisanku kerana aku pernah menjadi adik pada awal 2010. aku masih ingat, inilah tajuk yang paling menyentuh hati aku. sampai sekarang aku terkesan dengan tajuk ini... biarlah aku simpan rahsia ini. dalam pos ini aku menulis juga kepada umum perancangan aku. aku tak berjaya melaksanakan azam 2011 dan 2012. secara automatik ia memberi kesan kepada tahun yang akan datang.  aku rasa rencana dua tahun ini gagal kerana aku telah lari fokus. cuba lihat kembali rekod awal tahun 2011 dan 2012 aku tak tulis apa-apa berkaitan azam. teruk sungguh!

InsyaAllah, dengan nama Allah yang Maha Bijaksana, dalam keadaan sedar dan tenang, aku akan merencana perubahan diri!
p/s: aku tulis ini bukan untuk menunjuk, tetapi untuk kalian mengingatkan aku jika aku tersasar dari rencana ini.

1. aku seringkali ditanya tentang tarikh tamat pengajian sarjana. "bila habis?"
dua tahun aku menadah telinga, aku tak pasti kenapa soalan ini lazim ditanya. aku ambil positif. mereka mendoakan aku untuk habiskan segera.

Jun 2010 - daftar semester 1 sebagai pelajar sarjana dan berkerja sebagai Graduate Research Assistant.
Januari 2011 - daftar semester 2 dan mendapat biasiswa Zamalah UKM
Mac 2011 - kemalangan yang menyebabkan aku tidak masuk makmal selama 8 bulan.
Ogos 2011 - daftar semester 3 tanpa buat penangguhan (satu kesilapan besar) dan masih mencari semangat yang hilang
Februari 2012 - daftar semester 4 (sepatutnya semester akhir) mulai bersemangat.
September 2012 - daftar semester 5 dan biasiswa Zamalah UKM telah ditamatkan.
November 2012 - semangat meningkat dan taraf menganggur (menumpang kasih ibu bapa)
... Disember 2012 - selesaikan kerja makmal
... Januari 2013 - siapkan penulisan bab 4,5 dan 6.
... Februari 2013 - hantar tesis kepada pemeriksa.
... Mac - Julai 2013 - viva tesis sarjana dan fikirkan pengajian doktor falsafah (tajuk, kertas cadangan, tempat)
... Ogos 2013 - konvokesyen sarjana.

2. berjumpa dengan seorang kenalan hafiz AlQuran.
berdasarkan rencanaku 2010 lalu, aku berhasrat untuk menjadi hafiz pada tahun 2018. alhamdulillah, Allah buka jalan untukku belajar dengan kenalanku ini.

... November 2012 - belajar makhraj atau sebutan setiap huruf dengan betul dan tajwid.
... Disember 2012 - belajar cara bacaan AlQuran dengan betul dan bahasa Arab
... Januari - Disember 2013 - berusaha menghafaz dan tasmi'
... 2014 - akhir hayat -  fahamkan terjemahan dan tafsir.

3. menjadi pensyarah di UKM.
2015 adalah tahun untuk aku memulakan kerjayaku mengikut rencana 2010. disebabkan aku sekarang masih belum menyiapkan sarjana, jadi aku perlu anjak tahun ini. PhD sekurang-kurang tiga tahun untuk disiapkan pengajian.

... Julai 2013 - permohonan PhD diluluskan dan tamat pengajian MSc.
... Ogos 2013 - fokus kajian selama 3 tahun.
... Ogos 2016 - konvokesyen PhD
... September 2016 - bekerjaya sebagai pensyarah Botani

4. hmm... insyaAllah.
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. aku tak dapat tulis di sini. hanya dalam UBi.

5. diketepikan buat masa ini.
aku meletakkan cita-cita menjadi penulis, usahawan dan Profesor dalam rencana 2010 adalah kerana aku yakin aku mampu buat semua itu. ye, masa mendidik kita berdasarkan pengalaman dan cabaran. jadi aku merasakan rencana kali ini aku ketepikan dulu tiga cita-cita murni ini.

6. langsai bayaran hutang.
... 2020 - langsai pinjaman PTPTN - istiqamah bulanan dengan potongan 10% 
... 2020 - langsai bayaran kereta - istiqamah bulanan. kena jaga elok kereta ini. tak nak habis duit dekat aksesori dan baiki kereta akibat remuk dan enjin rosak.

7. Kelab Rakan Taman UKM
... Februari 2013 - dapat menyediakan satu projek tetap buat Kelab Rakan Taman UKM dalam urusan alam sekitar.
... Mac 2013 - melantik pengganti Yang Di-pertua yang lebih baik.

8. LakaranMusimBunga
... 16 Oktober 2013 - komersilkan dalam bentuk web sendiri. www.lakaranmusimbunga.com


2013 - selesai sarjana dengan baik
         - lepaskan RakanTaman dalam keadaan yang baik
         - web Lakaran Musim Bunga
         - mendaftar PhD
2014 - ikhtiar menjadi hafiz
2016 - selesai doktor falsafah dengan cemerlang
2017 - kerjaya sebagai pensyarah
2020 - hidup bebas tanpa hutang

p/s: perancangan takkan berjaya tanpa usaha! moga Allah berkati dan kalian menyokong diri ini. terima kasih. kalau ada cadangan yang baik, beritahulah saya.

5 bulan berlalu

"Rejab bulan untuk kita hayati peristiwa Isra' Mikraj dan bermuhasabah diri akan alam akhirat, Syaaban bulan persediaan, Ramadhan bulan untuk memohon pengampunan kepada Allah, Syawal dan Zulkaedah bulan untuk kita mengambil mengekalkan momentum Ramadhan, Zulhijjah bulan untuk kita lakukan pengorbanan untuk lebih beriman kepada Allah dan kini Muharram bulan untuk kita buktikan pengorbanan itu dengan membuat perubahan secara istiqamah."

kalau aku masih ingat semasa Rejab tiba, semangatku menjadi berkobar-kobar dan mulai terasa kerinduan kepada Ramadhan. masa ini juga aku banyak mendengar ceramah tentang perjalanan Nabi Muhammad dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. tahun lepas (2011) aku sempat menulis berkenaan wanita, tahun ini, aku hanya sempat berkongsi di Facebook sahaja.







bila masuk Syaaban, aku masih ingat lagi dengan kegigihan mencari segala buku dan video ceramah persediaan menghadapi Ramadhan. apa yang sering kita lupa dan apa yang kita patut tahu. semua itu mendidik diri untuk meraikan ketibaan bulan yang penuh barakah. masih ingat aku tulis tentang majlis ilmu. terasa seronok sehingga aku sanggup fokus seminggu buat kad Ramadhan.




bila mulai Ramadhan, susah sungguh untuk kita biasakan perkara yang baik. terutama waktu berbuka dan solat terawih. sangat payah untuk istiqamah makan sedikit dan solat terawih sebanyak mungkin. lagi payah bila nak khatamkan satu juzuk satu hari. bila hati lalai, sekejap je sehari itu berlalu, dan esoknya kita terpaksa baca 2 juzuk. begitulah seterusnya. ternyata bulan Ramadhan yang dinanti juga telah berlalu.



masuk Syawal, sedih bercampur duka. sedih sebab nak istiqamahkan sesuatu yang sudah terbiasa kini banyak godaan dan gangguan dari syaitan. duka sebab rasa macam tak cukup sebulan yang berlalu. rasa macam nak lagi. bak kata orang tak puas! ternyata bulan Syawal paling kuat cabarannya, seolah-olah syaitan semua nak balas dendam setelah mereka sebulan dirantai dan diseksa dalam Api Neraka. aku juga terbabit sama, terpaksa berperang dengan syaitan, makan tak ingat dunia, kadangkala hati menjadi alpa. Astagfirullah, bila rasa beza bulan Ramadhan dan Syawal kini, rasa sangat rugi kalau kita balik semula kepada sikap kita sebelum Ramadhan dulu.

Zulkaedah satu bulan yang menjadi penentu kepada diri aku. sama ada aku berjaya mengekalkan momentum Ramadhan ataupun aku telah merugikan diri aku sendiri. ternyata Zulkaedah bulan yang menguji ke-istiqamahan kita. aku cuba renung dan fikir di mana silap aku. masa ini sudah mulai banyak kisah tentang haji dan pengorbanan. mulai rasa diri ini sangat tak layak menjadi seperti Nabi Ismail yang patuh 100% kepada Allah. tetapi bila fikir semula, "memang aku bukan nabi, tetapi kenapa aku tak mencontohinya?". Baginda Nabi Ismail sanggup berkorban nyawa hanya kerana perintah Allah. kita? Allah tak suruh kita bunuh diri atau bunuh orang lain, Allah hanya suruh kita abdikan diri kepada Allah dan jauhi maksiat, kenapa aku tak boleh?

Zulhijjah tiba dan aku perlukan sesuatu untuk buktikan aku ingin berubah. sebelum aku berubah, aku perlukan pengorbanan! pengorbanan adalah bukti aku sanggup ketepikan apa sahaja di dunia ini hanya kepada Allah. tetapi mampukah? "takpe, buat pengorbanan kecil-kecilan dulu" qurbankan harta, qurbankan masa rehatku, qurbankan nafsuku hanya kerana Allah. "sekali lagi ia bukan mudah!"

sejak hari itu, aku tetapkan dalam hati aku, jika sesiapa sahaja yang datang kepadaku meminta pertolongan atau rezeki, itu adalah jalanku untuk aku membantunya. kita adalah khalifah atau pemimpin. kita ada rezeki di tangan kita! menjadi tugas kita sebagai khalifah untuk memberikan rezeki Allah yang pada tangan kita kepada orang lain juga. sebab kita khalifah. ternyata duit bukan segalanya. duit berpuluh ribu habis begitu sahaja dalam masa yang singkat hanya untuk kepentingan peribadi dan bayaran hutang. apalah erti duit yang dicari itu?

nah! Muharram tiba... pengorbanan telah dilakukan. hampir sahaja poket kosong dan masa rehat itu hilang. janji aku untuk berubah sudah tiba. ambil semangat hijrah Nabi Muhammad. dengan keyakinan yang teguh kepada Allah (yakin dengan janji Allah), Baginda sanggup meninggalkan harta dan keluarga di Makkah untuk menyebarkan risalah Islam di Madinah. sangat bersusah payah.


5 bulan berlalu...
aku ingin berubah atas pengorbanan yang telah aku lakukan hanya kerana Allah.
maafkan aku sahabat-sahabat.

Isnin, November 05, 2012

Eksplorasi kenali diri

"aku banyak mengenal diri melalui program-program motivasi dan aktiviti lasak"

banyak perkara yang kadangkala kita sukar nak faham dalam kehidupan kita. cara paling cepat nak faham lik-liku hidup ini melalui menghadapi halangan dan cabaran. eksplorasi yang telah kawan-kawanku laksanakan nampak seperti untuk hiburan dan suka-suka. tetapi sebenarnya ada nilai kenali diri di dalam setiap tugasan. secara tak langsung, bagi mereka yang duduk kembali akan nampak sesuatu daripada aktiviti ini.

kami yang fasi juga belajar banyak daripada mereka. alhamdulillah. terima kasih semua yang menjayakan!



 
 

Sabtu, November 03, 2012

Ya Allah, Tuntunku

Allah, Ya Allah
tuntunku untuk tiba di Jannah Mu
Ya Allah Ya Allah
jangan jauh dariku ku damba cahaya Mu
bersamamu ku ingin dekat
dekat dengan Mu sepanjang usia
Ya Allah, Oh Allah!
dampingi langkahku



versi bahasa melayu sangat menyentuh kalbu bila dihayati lirik.

Selasa, Oktober 30, 2012

kadang rasa nak minta tolong...

"... tapi tak tahu nak minta tolong kat siapa"

ye aku yakin, Allah lah tempat sebaik-baik mengadu. mengadu kepada manusia kadangkala tak tercapai apa yang kita harapkan. bercerita dengan manusia mungkin sahaja akan dikhianati, mungkin sahaja akan dihampakan.

tetapi setiap manusia. pasti perlukan seseorang untuk diluahkan. begitu juga pentingnya seorang atau lebih sahabat yang baik bersama kita. sahabat yang baik ini akan sentiasa menjaga dan menasihati kita. namun, kalau diri sendiri pun masih tak punya sahabat untuk dikongsi bersama? ...

ada kawan cakap ".. sebab tu kena cari seseorang akan sentiasa bersama kita". dengan erti kata lain seorang  isteri. ye.... benar. tetapi aku tutup kehendak beristeri ini dulu. menghormati nasihat ibu bapaku dan soal calon aku serahkan kepada Allah. (kadangkala bila kita kata serah kepada Allah untuk pilihkan untuk kita, tapi kadang diri ni rasa hina sangat. muka tak malu). kita tak pernah nak serah jiwa raga untuk Allah. hmm...

menjadi seorang pemimpin itu seronok, sebab kita dapat mengasah bakat. tapi jika asyik-asyik kita sahaja yang terasah bakat, anak buah macam mana? nampak sangat bakat seorang pemimpin, bukan sekadar buat mesyuarat, suruh buat ini dan itu kepada anak buah. tetapi seorang pemimpin tugasnya adalah untuk menjadi guru (coach) yang akan membentuk dan memandu anak buah nilai berdikari, mampu fikir sendiri, berkerjasama dalam satu kumpulan dan memainkan peranan masing-masing. pernah terpukau dengan kata-kata "seorang yang ingin menjadi pemimpin yang cemerlang, dia akan dengan kehendak sendiri akan menawarkan diri (tanpa perlu dipaksa-paksa). dia yakin akan kemampuan diri dan akan cuba berusaha perbaiki diri." aku rasa aku hanya syok sendiri. semua orang nak join program, best.. best.. best!! tapi persediaannya bukannya mudah... perlulah pengorbanan, pergi sana sini, beli barang, kertas kerja, promosi. hal sibuk urusan belajar, ada assignment, ada labwork, ada tesis.... "haah, saya seorang saja yang free. takpe biar saya buat semua". penat lah kawan. apa guna team kalau tak dapat teamwork. bila sorang buat semua kerja, yang lain cuma sikit-sikit, mana adilnya dalam sekumpulan. "kita segan nak bebankan orang lain. dia tak minta, takkan kita nak paksa." kita offer diri untuk buat semua tu, ingatkan ada yang nak bantu, tetapi hanya diam membatu.. lega...

letak jawatan tengah jalan. kalau manusia boleh letak jawatan tengah jalan, ohai! bestnya jadi manusia sahaja. taknak lah jawatan khalifah ni.

kadang rasa nak minta tolong.... tapi bila semua asyik melarikan diri, siapa lagi aku nak berkongsi?
kepada blog yang usang ni, dengan pengunjungnya yang aku tak kenal siapa...

rindu suasana usrah. hakikat hati meronta untuk sertai dan aktif kembali. tetapi tiada siapa yang bertanya dan ambil tahu. ada yang label futur, ada yang masih mengharap, ada yang malas layan. hakikat aku rindu....terutama rindu usrah bersama seorang naqib di baituna. selepas itu mencari tetapi... tiada sepertinya.

terbang seperti burung bebas kadangkala semakin kita terbang tinggi, kita lihat di bawah kita pasti merindui tanah juga.

mengadu pada manusia. persepsi tetap persepsi. anda sudah baca, anda boleh tahu hati ini sedang meminta pertolongan sesama manusia.

p/s: merindui seorang sahabat jauh di mata, dekat di hati....


... tetapi dia tak tahu hati ini merinduinya. moga doaku sampai untukmu di sana.

Isnin, Oktober 22, 2012

33 Pesan Nabi

"buku biasa tetapi sangat menarik cara penyampaiannya"

aku sejak dua tahun kebelakangan ini, sangat tertarik dengan buku yang menggunakan karikatur dalam tujuan dakwah. lebih-lebih lagi yang menjadikan sebagai komik dakwah.









Buku 33 pesan nabi boleh didapati di booth Pembina Pesta Konvokesyen UKM ke 40 18-23 Oktober 2012.

Rabu, Oktober 17, 2012

erti syukur

seringkali kita terlupa untuk bersyukur. mungkin ada sahaja yang mengucapkan alhamdulillah setiap masa namun, apakah kita merasakan erti syukur itu? syukur itu bagaimana rasanya?


teringat ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

  1. sihat sebelum sakit
  2. muda sebelum tua
  3. kaya sebelum miskin
  4. lapang sebelum sempit
  5. hidup sebelum mati

sungguh mendalam maksud setiap satu. selalunya pabila kita sihat, kita seringkali lupa untuk bersyukur atas kuniaan sihat itu. apabila sakit termasuklah demam atau selsema sehari dua pun, kita dah rasa mengeluh dan penat dengan dugaan ini. sebab itu Allah uji kita adakah kita masih ingat Allah dalam setiap perkara dan setiap keadaan kita.

Allah itu tidak menjadikan setiap sesuatu itu sia-sia. pasti ada sebab dan hikmah untuk kita ambil pelajaran.
Syukur kepadaMu, Allah.

Isnin, Oktober 15, 2012

reflect on the past!


muhasabah diri dan rombakan secara besar-besaran perlu buat diriku setelah hampir masuk ke suku abad. Ini adalah ucapan terawal daripada Abg Nizal Mohammad memberi peringatan dan sokongan buat diriku untuk merenung kembali dan mengatur hidup dengan lebih rapi dan terperinci untuk menghadapi sisa usia di dunia ini. moga Allah berkati kita semua. InsyaAllah tiada apa yang istimewa dengan ulangtahun ini melainkan ingatan dan doa daripada sekalian sahabat dan anda.

  1. lepas - merenung kembali masa yang lalu 
  2. semasa - bersyukur dengan usia yang Allah berikan
  3. akan datang - merancang masa hadapan 


Ahad, Oktober 14, 2012

trans-form-ation

"tugas mendengar adalah berat tetapi penting"

pengalaman berharga telah aku perolehi dalam kursus transformasi kepimpinan eko-relawan. kursus yang dianjurkan oleh Institut Pembangunan & Alam Sekitar (LESTARI) UKM telah disertai 25 orang termasuk aku (bersama dua lagi pimpinan Kelab Rakan Taman), Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA), Perbadanan Putrajaya, Jabatan Perhutanan dan pelajar UKM. Kursus bermula 13 Oktober sehingga 14 Oktober 2012 berlangsung di Kolej Keris Mas UKM.



berikut adalah sedikit ilmu yang diperoleh daripada Dr. Shaker Mustafa:

  1. transformasi. apakah beza in-form-ation dan trans-form-ation
  2. jangan label orang (dont judge people), "orang lain tak tahu, kita sahaja yang serba tahu"
  3. beza data dan pengetahuan.
  4. you not telling about me, but you are telling about yourself.
  5. bahasa menunjukkan identiti kita dan pemikiran kita.
  6. mendengar adalah tugas paling berat
  7. kita sama sebab itu kita berbeza
  8. melihat botol daripada pelbagai perspektif
  9. 4 classes of thought forms capture the world complexity
  10. kalau putus silaturrahim, putus rezeki.
  11. ada limitasi dalam minda kita akan sesuatu.
  12. the power of absence.
  13. kena hormati apa yang orang lain cakap
  14. fokus penyelesaian, the solutions focus. SIMPLE
  15. solution building vs problem solving
  16. action plan



apa yang tertulis di atas sangat bererti. bukan sekadar untuk organisasi eko-relawan tetapi juga penerapan dalam kehidupan seharianku jua. akan dikongsikan kepada kalian sedikit demi sedikit. InsyaAllah.



Isnin, Oktober 08, 2012

turun naik iman

[terkesan dengan nasihat seorang akhi]


turun naik iman itu sentiasa terjadi. sebagai manusia kita tidak lari daripada melakukan dosa. ye! itu bukan alasan untuk menjadikan diri kita lemah dan terus lemah. kita bukan selemah ini, bila memikirkan dosa kita akan rasa sangat putus asa. seolah-olah kita tak layak masuk ke syurga. tidak! Allah itu pengampun dan penyayang. Allah sayang kita, kita pun kena sayang Allah. jom taubat dan berazam untuk kembali berubah sangat perlu setiap hari. muhasabah diri bersama.

Sabtu, Oktober 06, 2012

is it painful?

"apa perasaan anda apabila baca status di bawah ini?"


terkejut aku baca status seorang kawan di Facebook. bagi aku seorang guru (ustazah) ini tidak berlapik dalam pengajarannya. sangat terbuka kepada murid sekolah rendah. aku terbayang pada masa akan datang, perkara seks ini akan menjadi perkara biasa dan umum. 

atau adakah aku tergolong dalam cikgu tua yang tertutup dan sangat sensitif? tak pandai dalam menjawab isu ini. memang payah seorang cikgu agama (ustazah) untuk mendepani anak muda zaman kini. apatah lagi bab pembiakan dalam pelajaran sains dan biologi.

aku rasa cikgu lelaki agak terbuka berbanding cikgu perempuan dan pelajar lelaki agak bersemangat dalam hal-hal begini. bagaimana jika ada subjek pendidikan seks di sekolah? hmm... aku tak dapat nak fikir bagaimana hendak mengajar bab sebegini.

apabila baca semula status ni, aku rasa (jika aku ustazah ini) aku akan sentuh tentang tanggungjawab setelah baligh. sentuh tentang dosa dan pahala. mungkin sesi ini akan jadi panjang tetapi kita kena terangkan pada mereka bahawa menjadi baligh (keluar air mani) bukan untuk keseronokan semata-mata. ia sangatlah berkait rapat dengan dosa pahala. daripada situ, segala dosa pahala ini akan ditimbang dan menentukan kita masuk ke syurga atau neraka. tempat kita yang kekal abadi. 

semoga Allah berkati kita dan jauhkan kita dari belenggu dosa. semoga kita terlepas juga dari kesilapan dalam mendidik seseorang. 

p/s: aku takut murid ini akan fikir keseronokan semata-mata. lama-lama akan ketagih dan terjebak dalam dosa. semoga murid ini mendapat perlindungan Allah.



Isnin, September 24, 2012

tolong saya banyakkan sujud

"pujaan hatiku Muhammad SAW, tiada siapa berhak menghinanya!"

[petikan hadith daripada blog teknikmotivasi:
Seorang sahabat Nabi Muhammad yang bernama Rabi'ah bin Ka'ab melaporkan, katanya: "Saya pernah tidur malam bersama dengan Rasulullah. Maka saya sediakan air untuk berwuduk dan keperluan lain untuk beliau. Lalu Rasulullah berkata kepada saya, 'Mintalah apa yang saudara mahu.' Saya menjawab, 'Saya mahu mendampingi tuan di syurga nanti, wahai Rasul Allah!' Rasulullah berkata lagi, 'Apakah ada yang lain lagi yang saudara mahu?' Aku menjawab, 'Itu sahaja yang saya mahu.' Lalu Rasulullah berkata, 'Bantulah saya memperkenankan hajat saudara itu dengan cara saudara memperbanyakkan sujud.'" -- Hadith ini terdapat dalam koleksi hadith autentik oleh Imam Muslim]

alangkah indahnya hidup bersama Rasulullah dan pastinya tidak sama langsung jika dapat bersama dengan artis K-Pop (dan artis lain). artis hanya cantik dan hensem hanya di kaca TV, skrin laptop dan helaian akhbar, namun, di belakang kita apakah dia baik dan berakhlak mulia? mencari insan yang serupa Rasulullah dengan terserlah keperibadiannya dan akhlaknya itu pasti sukar.


seperti artis K-Pop (dan artis lain), andai tak dapat menjadi hensem dan cantik sepertinya, sekurang-kurangnya ikut gaya rambut, fesyen pakaiannya, cara jalannya. akhbar dikerat-kerat dan disimpan cantik dalam album peribadi. majalah berkaitan dibeli dan album dicari. Rasulullah itu lebih hebat dari mereka, tetapi nak kerat akhbar tak boleh, nak ikut fesyen tak pernah tengok mukanya.

tidak salah kita selawat ke atasnya lebih banyak daripada mengalun lagu-lagu K-pop (dan lagu lain) di bibir merah kita. nak tiru gaya, tiru akhlak Rasulullah? jom baca hadis atau buku tentang perlakuan Rasulullah. Rasulullah kan seperti Al-Quran yang berjalan. boleh juga kalau kita baca AlQuran setiap selepas solat dan ambil penghayatan di dalamnya. buat apa hendak percaya video karut dan tohmahan orang yang tak cinta dan kenal Rasulullah. kalau kita marah artis K-Pop (dan artis lain) yang kita suka dihina dan dikutuk, ini Rasulullah yang lebih agung dihina, bagaimana?

mereka mungkin tak kenal Rasulullah siapa, sebab dalam hati mereka tiada langsung ruang untuk Rasulullah. kita? tunjukkanlah akhlak dan keperibadian seperti Rasulullah kepada mereka.

ye, mereka (penerbit dan pengarah filem) itu di Amerika, tetapi mereka (penonton) ada di sekeliling kita. malah sebab ketidakfahaman mereka kepada Rasulullah, kita pun kutuk dan hina dia. bagaimana dia nak lihat Rasulullah dalam diri dan akhlak kita?

Allahu Rabbi... berbalik kepada hadith tadi, Rasulullah mohon kita untuk banyakkan bersujud (terutama dalam solat), jika kita mahu untuk berdamping dengan pujaan hati kita ini. Jom!

Selasa, September 04, 2012

semua orang punyai masalah

"kadangkala bila kita senang, kita lupa diri"


gambar hiasan tetapi realiti: sumber internet

kita tak pernah beringat dengan apa yang kita telah lakukan kesilapan. bila kena kat batang hidung sendiri, kita baru tersedar. bila kawan kita dalam kesusahan, kita selalu cakap sesuatu yang kita rasa 'penyedap ayat'.

tetapi bagi diri penanggung, 'penyedap ayat' hanya menyakitkan hati. penanggung akan merasa sia-sia mengadukan masalah yang menimpanya. ini berbeza dengan sahabat baik yang memahami diri kita.

beruntung bagi mereka yang sudah ada sahabat baik (ataupun suami/isteri sebagai tempat mengadu), bagi mereka yang tiada tempat mengadu? 

hanya Allah tempat dia bersujud dan menyembah. adukan segala masalahnya. biar Allah bukakan pintu hatinya, selesaikan masalahnya! AlQuran perlu jadi sahabatnya di dunia, peneman diri di mana sahaja.

p/s: nasihat buat diriku yang selalu lupa.

Ahad, Ogos 05, 2012

dST3: kad ramadhan 2012


dST3 ialah singkatan bagi di sebalik tabir ke 3. the making of...
"bagi mereka yang tidak jelas dengan gambar kartun lukisan saya.. inilah versi jelas."


dST1: kesilapan dan kekurangan 
dST2: sejarah 
dST3: lukisan dan tulisan


bagi mereka yang tidak peroleh kad ini, saya mohon maaf, di sini saya lampirkan.


muka depan

sebelum Ramadhan


semasa Ramadhan

muka terakhir



dST2: Kad Ramadhan 2012

dST2 ialah singkatan bagi di sebalik tabir ke 2. the making of...
"hari berlalu, bulan berlalu, tahun pun berlalu...."


dST1: kesilapan dan kekurangan Kad Ramadhan 2012
dST2: sejarah 


sebelum menulis catatan ini, saya telah merujuk sejarah awal kad raya ini pada catatan saya yang terdahulu.


2008: [klik sini]
ketika ini aku di bumi UKM, sedang melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda. membaca tulisanku, tergelak semasa membaca tulisan aku 4 tahun lalu. yela, dulu niat sebab nak balasan kad. tetapi niat itu memang tak patut diamalkan.
bilangan kad: 100
jenis kad: foto saiz 3R menggunakan perisian Adobe Photoshop.
latar belakang: menggunakan 9 design berbeza dan gambar diri sendiri.
harga setem: 20 sen
harga kad: 50 sen








khusus buat umi dan abi
2009: [klik sini]
aku cerita sedikit sejarah aku buat kad ini sejak tahun 2006. masa ini, kemahiran aku guna Adobe Photoshop, alhamdulillah semakin baik dan aku saja melaram dengan gambar diri sendiri yang besar. ish3...
bilangan kad: 200
jenis kad: foto saiz 3R menggunakan perisian Adobe Photoshop.
latar belakang: menggunakan design yang sama dan gambar rama-rama menghisap nektar bunga.
harga setem: 30 sen
harga kad: 50 sen






2010: [klik sini]
aku tak pasti, sebab tiada catatan. tetapi bila saya lihat tulisan sempena raya 2011, baru saya teringat, saya masih menggunakan perisian Adobe Photoshop dan ini adalah yang terakhir. saya letak gambar umi abuya saya sekali. tetapi saya tak pasti saya pos atau tidak. hmm..

2011: [klik sini]
ketika ini, niatku betul dan masih kekal ke tahun ini. untuk mengeratkan kembali dengan semua kenalan sedia ada.
bilangan kad: 400
jenis kad: kertas keras dan A4 lipat dua, menggunakan perisian Microsoft Publisher
latar belakang: 
kad luar - berwarna biru, fotostat hitam putih.
kad dalam - A4 putih.
harga setem: 50 sen
harga kad: 5 sen
isi kandungan: catatan yang pernah ku tulis dalam blog "Bantai raya"



2012:

bilangan kad: ~600
jenis kad: kertas keras dan A4 lipat dua, menggunakan perisian Microsoft Publisher
latar belakang: 
kad luar - berwarna oren, fotostat hitam putih.
kad dalam - berwarna pic.
harga setem: 50 sen
harga kad: 5 sen
isi kandungan:
kad luar - ucapan persahabatan dan perkenalan dalam bahasa inggeris dan tulisan jawi. Ini kerana saya hendak beri kepada non muslim dan kawan di luar negara. tulisan jawi adalah lambang saya suka tulisan jawi. tulisan jawi untuk kenalan dan cikgu adalah berbeza.
kad dalam - khusus buat muslim. dan kali pertama saya belajar lukis kartun. skrip diperoleh berdasarkan pengalaman diri yang teruk dan ingin berubah jadi baik.







p/s: semoga Allah berkati kalian dan ukhuwah kita.