"perencanaan ini perlu jelas dan lengkap.
ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri.
memang benar, ia hanya perancangan diri.
dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki.
tetapi sekurang-kurangnya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai.
malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik.
tidak salah jika kita belajar dari kesilapan.
kerana itulah konsep muhasabah diri.
agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama. - Lakaran Musim Bunga 2009"
bila melihat semula tulisanku merencana diri pada akhir tahun 2009, aku rasa semacam tidak percaya, siapakah yang menulis ini? zaman silamku berkata-kata dan mengingatku kembali. aku rasa aku tulis ini sempena Awal Muharram. dan tulisanku kerana aku pernah menjadi adik pada awal 2010. aku masih ingat, inilah tajuk yang paling menyentuh hati aku. sampai sekarang aku terkesan dengan tajuk ini... biarlah aku simpan rahsia ini. dalam pos ini aku menulis juga kepada umum perancangan aku. aku tak berjaya melaksanakan azam 2011 dan 2012. secara automatik ia memberi kesan kepada tahun yang akan datang. aku rasa rencana dua tahun ini gagal kerana aku telah lari fokus. cuba lihat kembali rekod awal tahun 2011 dan 2012 aku tak tulis apa-apa berkaitan azam. teruk sungguh!
InsyaAllah, dengan nama Allah yang Maha Bijaksana, dalam keadaan sedar dan tenang, aku akan merencana perubahan diri!
p/s: aku tulis ini bukan untuk menunjuk, tetapi untuk kalian mengingatkan aku jika aku tersasar dari rencana ini.
1. aku seringkali ditanya tentang tarikh tamat pengajian sarjana. "bila habis?"
dua tahun aku menadah telinga, aku tak pasti kenapa soalan ini lazim ditanya. aku ambil positif. mereka mendoakan aku untuk habiskan segera.
Jun 2010 - daftar semester 1 sebagai pelajar sarjana dan berkerja sebagai Graduate Research Assistant.
Januari 2011 - daftar semester 2 dan mendapat biasiswa Zamalah UKM
Mac 2011 - kemalangan yang menyebabkan aku tidak masuk makmal selama 8 bulan.
Ogos 2011 - daftar semester 3 tanpa buat penangguhan (satu kesilapan besar) dan masih mencari semangat yang hilang
Februari 2012 - daftar semester 4 (sepatutnya semester akhir) mulai bersemangat.
September 2012 - daftar semester 5 dan biasiswa Zamalah UKM telah ditamatkan.
November 2012 - semangat meningkat dan taraf menganggur (menumpang kasih ibu bapa)
... Disember 2012 - selesaikan kerja makmal
... Januari 2013 - siapkan penulisan bab 4,5 dan 6.
... Februari 2013 - hantar tesis kepada pemeriksa.
... Mac - Julai 2013 - viva tesis sarjana dan fikirkan pengajian doktor falsafah (tajuk, kertas cadangan, tempat)
... Ogos 2013 - konvokesyen sarjana.
2. berjumpa dengan seorang kenalan hafiz AlQuran.
berdasarkan rencanaku 2010 lalu, aku berhasrat untuk menjadi hafiz pada tahun 2018. alhamdulillah, Allah buka jalan untukku belajar dengan kenalanku ini.
... November 2012 - belajar makhraj atau sebutan setiap huruf dengan betul dan tajwid.
... Disember 2012 - belajar cara bacaan AlQuran dengan betul dan bahasa Arab
... Januari - Disember 2013 - berusaha menghafaz dan tasmi'
... 2014 - akhir hayat - fahamkan terjemahan dan tafsir.
3. menjadi pensyarah di UKM.
2015 adalah tahun untuk aku memulakan kerjayaku mengikut rencana 2010. disebabkan aku sekarang masih belum menyiapkan sarjana, jadi aku perlu anjak tahun ini. PhD sekurang-kurang tiga tahun untuk disiapkan pengajian.
... Julai 2013 - permohonan PhD diluluskan dan tamat pengajian MSc.
... Ogos 2013 - fokus kajian selama 3 tahun.
... Ogos 2016 - konvokesyen PhD
... September 2016 - bekerjaya sebagai pensyarah Botani
4. hmm... insyaAllah.
kita hanya merancang, Allah yang menentukan. aku tak dapat tulis di sini. hanya dalam UBi.
5. diketepikan buat masa ini.
aku meletakkan cita-cita menjadi penulis, usahawan dan Profesor dalam rencana 2010 adalah kerana aku yakin aku mampu buat semua itu. ye, masa mendidik kita berdasarkan pengalaman dan cabaran. jadi aku merasakan rencana kali ini aku ketepikan dulu tiga cita-cita murni ini.
6. langsai bayaran hutang.
... 2020 - langsai pinjaman PTPTN - istiqamah bulanan dengan potongan 10%
... 2020 - langsai bayaran kereta - istiqamah bulanan. kena jaga elok kereta ini. tak nak habis duit dekat aksesori dan baiki kereta akibat remuk dan enjin rosak.
7. Kelab Rakan Taman UKM
... Februari 2013 - dapat menyediakan satu projek tetap buat Kelab Rakan Taman UKM dalam urusan alam sekitar.
... Mac 2013 - melantik pengganti Yang Di-pertua yang lebih baik.
8. LakaranMusimBunga
... 16 Oktober 2013 - komersilkan dalam bentuk web sendiri. www.lakaranmusimbunga.com
2013 - selesai sarjana dengan baik
- lepaskan RakanTaman dalam keadaan yang baik
- web Lakaran Musim Bunga
- mendaftar PhD
2014 - ikhtiar menjadi hafiz
2016 - selesai doktor falsafah dengan cemerlang
2017 - kerjaya sebagai pensyarah
2020 - hidup bebas tanpa hutang
p/s: perancangan takkan berjaya tanpa usaha! moga Allah berkati dan kalian menyokong diri ini. terima kasih. kalau ada cadangan yang baik, beritahulah saya.

1 ulasan:
Assalamualaikum...
Maaf kalau komen ni mengganggu saudara. Namun, saya sebenarnya terkesan dengan perancangan hidup saudara ni, lebih-lebih lagi untuk menjadi tahfiz. Jujur saya katakan hati saya terdetik dan sedar yang saya tak cuba untuk menjadi yang lebih baik, sekadar patuh yang wajib.
Terima kasih kerana sekurang-kurangnya memberi saya kesedaran(walau tanpa saudara sedar)...
p/s: teruslah menulis, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi mungkin akan dapat membantu orang lain- dengan izin ALLAH..^^
Catat Ulasan