"apa perasaan anda apabila baca status di bawah ini?"
terkejut aku baca status seorang kawan di Facebook. bagi aku seorang guru (ustazah) ini tidak berlapik dalam pengajarannya. sangat terbuka kepada murid sekolah rendah. aku terbayang pada masa akan datang, perkara seks ini akan menjadi perkara biasa dan umum.
atau adakah aku tergolong dalam cikgu tua yang tertutup dan sangat sensitif? tak pandai dalam menjawab isu ini. memang payah seorang cikgu agama (ustazah) untuk mendepani anak muda zaman kini. apatah lagi bab pembiakan dalam pelajaran sains dan biologi.
aku rasa cikgu lelaki agak terbuka berbanding cikgu perempuan dan pelajar lelaki agak bersemangat dalam hal-hal begini. bagaimana jika ada subjek pendidikan seks di sekolah? hmm... aku tak dapat nak fikir bagaimana hendak mengajar bab sebegini.
apabila baca semula status ni, aku rasa (jika aku ustazah ini) aku akan sentuh tentang tanggungjawab setelah baligh. sentuh tentang dosa dan pahala. mungkin sesi ini akan jadi panjang tetapi kita kena terangkan pada mereka bahawa menjadi baligh (keluar air mani) bukan untuk keseronokan semata-mata. ia sangatlah berkait rapat dengan dosa pahala. daripada situ, segala dosa pahala ini akan ditimbang dan menentukan kita masuk ke syurga atau neraka. tempat kita yang kekal abadi.
semoga Allah berkati kita dan jauhkan kita dari belenggu dosa. semoga kita terlepas juga dari kesilapan dalam mendidik seseorang.
p/s: aku takut murid ini akan fikir keseronokan semata-mata. lama-lama akan ketagih dan terjebak dalam dosa. semoga murid ini mendapat perlindungan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan