Jumaat, November 27, 2009

cuti hari jumaat


seronok hari ni. almaklumlah, cuti.

penuh solat jumaat tadi, jemaah pun tak rushing balik lepas salam solat jumaat.

ramai yang datang awal dan pulang lewat. subhanallah.

kan best kalau seluruh malaysia cuti hari jumaat dan sabtu macam kat kedah dan kelantan.

tenang nak beribadah dengan ramai jemaah.


ilham daripada:
lepas solat jumaat, ada takbir.
bergema solat jumaat tuh, wah, syahdunya.
aku toleh ke belakang. subhanallah..
masih penuh, dan hanya sedikit yang bangun

kerana:
aku teringat waktu sekolah dulu, aku tak sempat nak mandi dan bersiap.
balik sekolah terus pegi ke surau solat jumaat.
kadang masa dulu, aku tertidur dan berpeluh.
sangat tak selesa solat.

oleh itu:
mohonlah kepada sultan2 dan kerajaan.
plzzz... cutikanlah malaysia pada hari jumaat dan sabtu.
biarkan ahad hingga khamis berkerja.
seperti di kedah dan kelantan.
ini dapat memberi keselesaan untuk beribadah secara berjemaah dengan tenang.
tak perlu rushing.
jika faktor ekonomi dan masalah kebiasaan, itu hal kecil.
tiada masalah untuk mengubahnya.
mungkin faktor perdagangan dan perniagaan, mungkin sedikit rugi awalnya, tapi lama2 ok la.
insyaallah.
mari sama2 kita angkat hari jumaat hari yang mulia (penghulu segala hari)

koleksi ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

3 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Inilah akibatnya jika semua orang memandang enteng khutbah jumaat.

Bayangkan betapa ramai yang tak pernah nak datang dengar ceramah, tapi paling tidak dapat dengar perkembangan semasa umat islam, tazkirah dll semasa khutbah jumaat.

Inilah fenomena di terengganu yang ana harungi. Mana ada orang tidur (tak perasan pula), berbanding bila di Perak dan KL, ana tak rasa khutbah jumaat berguna untuk ummat lansung (huh, ekstrimnya)

Patutlah masyrakat di KL semakin lama semakin tak faham islam, walhal 'dengar' khutbah setiap minggu.

Pelik kan, hari ahad pula yang cuti...

aLiaFar berkata...

cuti hari jumaat sgt byk kelebihannya..

nim berkata...

aku sokong cuti hari jumaat!