Jumaat, November 20, 2009

perempuan itu menyapu sampah


"pepagi sudah menyapu"

perempuan itu menyapu sampah.
hampir setiap pagi aku nampak dia.
orang yang sama, cuma pakaian yang berbeza.
tekun menyapu, dan terus menyapu.
orang lalu lalang, tidak dipeduli.
tekun menyapu, dan terus menyapu.
tidak ada satu sampah yang ditinggalkan.
matanya peka mencari sampah di sekelilingnya.

perempuan itu menyapu sampah.
umi aku menyapu sampah di rumah.
dengan bertopengkan topeng mulut dan hidung.
menyapu dengan tekun. "kenapa pakai topeng, umi?"
aku tengok gelagat umi menyapu.
berpeluh2 umi.
debu-debu berterbangan naik ke udara.
aku cepat2 tutup hidung dan sambung kerja mencuci tingkap.

perempuan itu menyapu sampah.
setiap pagi aku pergi ke sekolah umi.
menumpangkan umi ke sekolah.
pasti perempuan itu masih ada.
kadang aku nak tegur, dia asyik tunduk.
kadang aku senyum, dia memaling muka.
kadang aku senyum, dia buat dek.
kadang aku beri salam, dia menjawab.
dan terus menyapu dan menyapu.

perempuan itu menyapu sampah.
umi pernah berkata... "menyapu ni bukan kerja perempuan je"
"termasuklah memasak, membasuh, seterika dan lain2 kerja rumah"
aku bersetuju dan mengangguk.
aku tidak kekok membersih rumah.
cuma kadang cepat letih dan penat.
tapi umi, terus gigih menyapu dan buat kerja rumah.
sangat penat bagiku.
tatkala malam, pasti umi tidur awal perempuan itu menyapu sampah.
perempuan itu menyapu pula di blok lain.
kelibat sana sini, orang pergi kerja.
dia terus tetap menyapu.
menjelang tengah hari, dia hilang, sepi tanpa berita.
esoknya, dia membuat kerja yang sama. sampah tidak pernah kurang, setiap hari pasti ada.

perempuan itu menyapu sampah.
tengah hari berlalu, kanak2 bermain.
ibu bapa memantau, sambil bersembang dengan jiran.
kanak2 mengunyah dan bermain perang2.
opss... sarung gula2 terlepas dari tangannya.
angin meniup..
lalu ia terbang..
tukang edar iklan datang, memasukkan iklan dalam peti surat.
aku mengambil, "iklan dapat duit dengan mudah"
jiranku, mengambil, koyak dan tabur di lantai.
begitulah untuk 100 iklan yang lain.
malam, suasana berasap kembali.
rokok semkin pendek dan terus pendek.
opss... terlepas dari tangan budak sekolah 13 tahun.
kaki dipijak dan siap ber'twist'.

perempuan itu menyapu sampah.
dengan harapan ada rezeki untuknya bulan ini.
setiap bulan, umi akan bayar rm30 pada PKNS sebagai gaji kepada perempuan ini.
dengan harapan duit ini akan menjamin kebersihan kawasan taman.
apakah semua membayarnya?
pasti tidak, orang yang tidak peduli kejiranan, tidak kisah akan hal ini. apatah lagi mahu menjaga kebersihan.

perempuan itu menyapu sampah.
kalaulah di sepanjang jalan persekutuan, bandaran, lebuhraya.
ada perempuan ini, pasti malaysia aman damai.
sungguh sedap mata memandang.
tiada sampah setiap pagi.
setiap pagi, dunia ini bersih dan indah.
tetapi, apakah petang dan malam bersih?
petang dan malam orang masih membuang sampah merata2.
dengan harapan, ada orang yang akan menyapu.

perempuan itu menyapu sampah.
kalaulah aku ini si penyapu sampah "banyak cantik muka kau"
ingat budaya buang sampah merata2 meskipun bungkusan gula2 tu hal kecil ke?
kalau 100 orang buang plastik gula2 boleh tersumbat.
bila tersumbat, air tak boleh mengalir.
bila hujan lebat, banjir.
kalaulah penyapu sampah ini tiada, dan tidak bergaji.
siapa nak jaga kebersihan di muka bumi ini?

perempuan itu berhenti menyapu.
sahabatku sekalian, insaflah.
sampah walaupun sekecil kuman sekalipun, buanglah di tong sampah.
bukan dengan membiarkan angin menerbangkannya ke tong sampah.
ia takkan berlaku.
tahukah kalian, orang yang menyapu sampah ini membuat kerja sia2 setiap hari.
sia2 kerana, sampah yang disapu sentiasa ada.
tidak pernah berkurang. tapi bertambah.
meskipun ia bergaji, kan banyak lagi benda berfaedah untuk dia boleh buat.
apakah kalian tidak menghargai wang? kalau semua orang menjaga kebersihan, tiada siapa yang perlu keluar duit untuk bayar pada perempuan ini. malahan, tandas pun adalah free.

sahabat2ku, samalah seperti hati.
jagalah hati kalian.
jika sekali kalian membiarkan diri anda membuat sampah.
kalian akan menyusahkan diri kalian kelak. sehebat mana orang mendidik kalian, ia takkan berjaya, selagi kamu tak berubah sendiri.

[sama2 bermuhasabah, bermuhasabah dan terus bermuhasabah]

2 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Besar mesej yang nak disampaikan ni

:D

Syukran akhi

Ana doakan agar perempuan penyapu sampah itu kekal tabah. Nta pula, jangan la asyik tengok perempuan tu je (tundukkan pandangan)...

Jangan buang sampah merata-rata.

Unknown berkata...

akh hussaini.
hehe, bukan tengok nafsu akhi.
ish3 akh ni.
taraf makcik tuh.
lagipun sian tengok dia, rajin bebeno.
taknaklah dia rasa segan sebagai penyapu sampah..