kesaksamaan atau keadilan?
wanita nak sama taraf dengan lelaki atau wanita nak keadilan dari lelaki?
kesaksamaan dan keadilan tak sama.
kalau nak sama taraf, kena keje macam orang laki la, jadi buruh dan lain2.
cukuplah adil untuk mu wahai wanita, kerna keadilan islam cukup buatmu, tidak perlu persamaan gender.
~ pilihlah suami yang beriman kepada Allah, kerna dia tahu adil terhadap wanita.
ilham daripada:
aku terdengar sayup-sayup berita ingin memasukkan isu gender dalam perlembagaan.
pendapat kalian bagaimana?
kerana:
aku melihat, bukan isu persamaan gender perlu diutamakan.
lebih baik difikirkan isu2 keadilan terhadap wanita.
jika persamaan gender sekalipun, apakah wanita mampu mempertahankan haknya semata2 tanpa kebergantungan kepada lelaki?
masalahnya bukan wanita tidak sama taraf dengan lelaki masa kini.
tetapi wanita tidak diperlaku adil oleh lelaki.
itu sebabnya wanita banyak dianiaya dan dinodai.
oleh itu:
lelaki kena berlaku adil terhadap wanita.
bukannya membiarkan wanita mempertahankan haknya seorang diri.
lelaki yang semakin sikit ditelan zaman juga, perlu bertanggungjawab.
jadilah lelaki yang mengikut perintah Allah SWT.
memang jelas dan terang dalam An-Nisa (Al-Quran).
buat wanita, untuk hak keadilanmu, sedarkanlah suamimu.
jika belum berkahwin, pilihlah lelaki yang beriman kepada Allah SWT.
pasti lelaki ini tahu berlaku adil terhadap wanita.
kerna apa?
kerna Islam sudah membuktikannya dahulu.
bagaimana mahu tahu ia beriman atau tidak?
soal iman ini, hanya Allah je yang tahu hati setiap insan.
tapi, kita lihatlah bakal suami ini melalui solatnya.
terjagakah solatnya?
permulaan koleksi ~ www.mukabukuaku.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan