Khamis, November 05, 2009

Lori sampah itu bergerak

“ko ni macam sampah lah!”

Lori sampah itu bergerak.
Setiap kereta yang berada di belakangnya pasti akan cepat2 memotong lori itu.
Lagi2 kereta yang penghawa dinginnya rosak.
Tapi malang bagi motor.
Kondisi nya beroda dua tanpa pelindung kedap bau.
Nak tak nak badan yang kecil ini pasti terhidu juga bau lori ini.
Dengan semangat memotong lori ini, dengan pulas throttle (betul ke?) sehabis baik.
Mencelah dan terus mencelah di celahan ruang antara kereta dan lori.
Tapi malang lagi buat penunggang basikal.
Adik2 muda, berkayuh ke sekolah, dihon gajah yang tak mandi.
Pasti terkejut beruk adik muda ini.
Nak memotong, apakan daya? Minyak tiada untuk dipulas.
Terpaksa tangan yang wangi ini menutup hidung.
Sampai bila adik muda ini harus menahan nafas.
Lebih dari 3 minit b0leh arwah.
Terpaksa juga dibau lori ini.
Alangkah malang lagi, makcik yang menjual nasi lemak di jalanan.
Pagi yang sejuk dan segar, dinodai dengan bau yang meloyakan.
Nasi yang baru dimasak untuk sedikit keuntungan di pagi hari, terkesan sama.
Lori sampah melintas bukan hanya melintas semata2.
Tetapi, lori melintas dengan meninggalkan kesan yang agak lama di persekitaran itu.

Lori sampah itu bergerak.
“Ko ni macam sampah lah!”
Lalu digelak kawan sekeliling.
Aku kerap kali dengar perkataan itu.
Ia nada gurau senda tapi sangat menikam kalbu.
Meskipun aku tak pernah digelar sedemikian.
Tapi aku sakit mendengar istilah itu.
Tak lekang dari telingaku juga, “babi kau”.
Gurau yang santai, tapi pedih menelannya.

Lori sampah itu bergerak.
Alangkah malang siapa yang mendekati lori sampah itu.
Tetapi apakah kita pernah terfikir orang yang membawa lori itu?
Apakah ia menutup hidung seperti kita menutup hidung?
Penghawa dingin lori itu pasti tidak berfungsi. Rosak teruk agaknya.
Bagaimana pemandu dan pekerjanya mampu mengharung semua itu?
Tidakkah mereka merasa jijik melakukan semua ini?
Mengapa mereka sanggup melakukan kerja yang sejijik ini?
Apakah tidak ada pekerjaan lain lagi untuk mereka?
Selerekah mereka makan makanan dengan bau yang menjijikkan ini?

Lori sampah itu bergerak.
Gurauan yang mengumpamakan seseorang dengan sampah dan babi, sangat melampau.
Apakah mereka ingat dengan gurauan sebegitu hina, meninggikan kasta mereka?
Hebat sangatkah mereka di dunia ini, sehingga mampu menghina orang lain.
Apakah dia tidak dicipta dari air mani bapaknya?
Sehingga mampu menghina orang lain dengan babi atau sampah.
Awaslah, gurauan menghina bukan untuk bahan gelak tawa.
Tapi gurauan menghina adalah untuk menghinakan diri ke lembah yang teramat hina.
Wahai si penghina, pengeji dan pencela, renunglah diri sebelum mengatakan orang lain babi dan sampah.

Lori sampah itu bergerak.
Terus bergerak dan meninggal pergi kawasan kediaman kita.
Kawasan menjadi hening seketika.
Setelah tengah hari, suasana menjadi tenang dan damai.
Tiada bau dan pandangan yang menyakitkan.
Syukur Alhamdulillah.
Selang beberapa hari, lori sampah datang lagi.
Sekali lagi, kita menutup hidung.
Sekali lagi perenggan pertama aku ulangi.


Lori sampah itu bergerak.
Bergerak setelah mengaut si penghina, pencela dan pengeji pergi dari kawasan yang menjijikkan.
Si penghina itu berhimpit2 dengan sampah2 yang lain.
Si pengeji itu terpelosok dalam timbunan sampah paling bawah.
Si pencela itu dipenyek oleh sampah yang busuk lagi meloyakan.
Lori sampah itu berhenti.
Membawa turun ketiga2 dengan terhormat.
Ke kawasan yang selayaknya untuk mereka.
Kawasan yang dinamai tempat pelupusan sampah.
Maka lena lah mereka di sana sehingga mereka sedar akan dirinya.

Lori sampah itu bergerak.
Alangkah mulianya mereka.
Tanpa mereka, pasti longgokan sampah itu pasti melimpah ruah di kawasan kita.
Sampah2 yang dibuang oleh kita sendiri, dihurung oleh lalat.
Jika dibiarkan dengan lebih lama, pasti berulat dan berlendir.
Mulianya pemandu dan pekerja sampah yang tangkas berkerja.
Tidak mempedulikan kata orang, dan bau longgokan sampah.
Yang pasti ia melakukan kerja murni, untuk menyara hidupnya.
Hinakah mereka si pengutip sampah?
Jika kita hinakan mereka, siapa yang memberi kerja ini pada mereka?
Jika tiada sampah tiadalah mereka.
Jadi, siapa yang membuang sampah? Kita.
Ya, pasti hina lagi orang yang membuang sampah untuk diberi kepada yang dihina.
Sesungguhnya kita ini adalah insan biasa yang tiada beza.

Lori sampah itu berlalu pergi.
Maha Suci Allah yang Maha Adil.
Pantaskah kita menilai seseorang itu baik kah atau hina kah?
Siapa kita untuk menilai dia ini baik dan hina?
Kita adalah sama di sisi Allah.
Yang membezakan kita, adalah dengan iman dan taqwa.
Hina di sisi Allah itu adalah untuk mereka yang engkar suruhan Allah, meyukutukan Allah, dan bermuka2 dengan Allah.
Maka tempat mereka itulah, di tempat pelupusan sampah (neraka jahanam).
(QURAN 49:11)



[Masih belum terlambat untuk mengESAkan Allah
Anutilah Islam dengan menghayati sepenuhnya.
Kenal Islam itu. Siapa tuhanNya, malaikatNya, RasulNya, KitabNya, KiamatNya dan Qada QadarNya.]

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul2 menginsafkan diri.. kita selalu lupa, mengenai jasa2, pengorbanan orang2 yang membuat keje yang dianggap hina di mata masyarakat. Tapi, keje mereka mulia sebenarnya, masyarakat tidak nampak itu..Ada hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta kamu, tetapi Dia memandang kepada hati kamu dan amal kamu.”

Unknown berkata...

bez la post ni....insaf..=(