Rabu, November 18, 2009

adikku tersayang

"saya anak bongsu dan sulong, cik"

"adik ni mesti anak sulong kan."
aku tersenyum sempoi.
"yup, cik."
"saya anak sulong dan bongsu, cik."
dia senyap kejap, lama dia fikir.
"oh, anak tunggal ke?"
pantang juga aku dengar perkataan tuh.
sebab dia dekat dengan tunggul.
tapi aku iya kan saja.
kenapa aku dilabel anak sulong?
mungkinkah aku ni seorang yang nampak cam "matured"?
dan boleh berdikari sendiri?

pernah ada yang kata aku ni anak bongsu.
jawapan ku sama.
sambil tersenyum.
pasti sepi seketika.
kenapa ye?
adakah aku ni kadang manja?
hehe, rasanya takde la manja sangat.

pernah juga yang teruja, aku anak sorang.
"eee, bestnya anak sorang"
"dapat bilik sendiri, semua benda dapat"
semua benda dapat?
lagi sekali aku alergik dengan perkataan tuh.
itu anak emas dik..
abg ni anak tunggal.
anak tunggal tidak semestinya anak emas yang ditunaikan semua kehendak.
umi dan abi ku bijak, melayan kehendak aku.
teringat waktu kecil, banyak benda aku nak tak dapat.
mengidam dan kadang nangis.
tapi, aku tabahkan hati.. ceeewah.

setiap orang berbeza pandangan dan pendapat.
orang mengalami sesuatu pengalaman lebih mengetahui.
ramai yang kutemu, mengatakan ada adik beradik tak best.
tapi, bagiku...
adik beradik adalah sangat best.
selain ibu bapa, ada adik2 dan abg kakak penyeri suasana.
tempat bertumbuk dan berborak.
sangat best.
tetapi, aku masih bersyukur keadaanku sebegini.
alhamdulillah, ada umi dan abi yang "caring" ngan aku.

adik2 dan abg kakak di kampung halamanku di permatang pauh sangat best.
di kampung, kehadiran dan keseronokan bersama mereka.
ditambah lagi dengan seri anak2 mereka.
ligat aku melayan karenah budak kecil.
melayan seperti biasa mempunyai adik.
sambil aku tersenyum.
subhanallah
saudara maraku pelengkap ku di kampung.
yang sentiasa buatku tersenyum panjang =)

di bangi...
umi abi yang banyak bagiku semangat dan dorongan dalam memacu kejayaan ku.
tanpa mereka, pasti aku malas dan leka.
bersyukur, tunggalku bukan penyebab untuk aku bersenang lenang.

alhamdulillah sekali lagi,
aku mudah mesra dengan semua orang.
[harapnya aku begitu, teguri aku, jika tidak]
mesra dengan semua, dengan menghargai kewujudan sahabat2 di sekelilingku.
ada yang ku anggap adik dan abg , kakak dan sahabat.
menganggap mereka seperti adik beradikku sendiri.
berbual dan berkongsi ilmu dan pengalaman dsb.
sebab itu aku tidak pernah kekok untuk menjadi fasilitator.
dan tidak pernah kekok untuk menghabiskan kredit membalas mesej untuk adik2ku ini.
kerana bagiku merekalah adik2ku yang tersayang.

adik2..
terimalah orang lain seadanya,
pasti dikau akan terasa nikmat kehidupan ini.
pertalian kita dalam ukhuwah islamiyah, mengikat kita bersama.
tanpa pertalian ini, pasti seri ukhuwah kan hilang.
nasihatku untuk mu, nasihatmu untuk ku.
itu kita, saling memerlukan satu sama lain.
adik2ku yang tersayang..

2 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Salam

Indahnya post kali ini
Penuh dengan kasih sayang

Ana membaca sambil tersenyum lebar :)

Unknown berkata...

akh hussaini: sejuk hati ana bila dapat luah kat sini. meskipun agak privasi