Sabtu, Mac 28, 2009

bandul itu berhayun sendiri?

"eksperimen masa sekolah dulu, tentang bandul"

bandul? 
masih ingat dengan bandul? 
bukan bendul tau! kalau anda ingat lagi, alhamdulillah.
dulu kita nak ukur kelajuan bandul kan?
kita hayunkan dia.
akhirnya hayunan itu berhenti sendiri.
tapi kalau kita tolak bandul tu dia gerak semula.
hmm... pelik tak?
kenapa perlu tolak bandul untuk gerakkan dia?
kalau tak gerakkan bandul tu boleh tak?

apalah muhammad arrabe' ni merepek.
hmm.. aku tak pasti apa yang anda fikirkan sekarang.
cuba pejamkan mata, dan fikir sejenak.
kenapa perlu hayun bandul untuk gerakkannya?
kenapa bandul tu tak bergerak sendiri.

....

pelik tak?
tak pelik?
ish3.. korang ni..
pelik la, bandul yang kecik tak dapat bergerak sendiri.
bukannya berat pun. 
kenapa mesti kita tolak dia, baru dia terhayun.

....

pelik tak?hmm...
kenapa bumi yang besar boleh bergerak sendiri?
sedangkan dia lebih berat dari bandul yang kecik.
kenapa bulan yang besar boleh gerak sendiri??
pelik la..
tipulah bandul tak boleh gerak sendiri.
sedangkan bandul lagi kecik metot.

jap.. mungkin ada manusia yang tolak bumi kot untuk keliling matahari.
dia putar2 bumi macam glob yang ada atas meja kita.
hmm..tipulah, kan manusia duduk atas bumi, camne nak tolak.
mestilah orang dari luar yang tolak.
la.. tak faham ke?
kalau kereta rosak, camne nak tolak dari dalam??
mestilah kena tolak dari luar kan??

alien kot yang tolak.. ish3.. ada ke??
mungkin bumi ni semula jadi bergerak kot.
semula jadi??
tapi.. bandul ni kenapa tak semula jadi bergerak sendiri.
oh ye.. kan bandul ni buatan manusia. mana boleh bergerak sendiri.
tapi..eh, bumi ni buatan sapa pulak??
buatan sapa yang menyebabkan ia bergerak semula jadi??
tipulah..
mesti ada yang kawal dan menggerakkan bumi.
sedangkan bandul yang dicipta manusia kena dikawal. 
inikan bumi yang besar, pasti ada sesuatu yang besar mengawalnya.
pasti "sesuatu" yang membuatnya yang mampu menggerakkan.
takkan "batu" hasil ukiran tangan kita juga yang buat.
sedangkan bandul yang kita buat tak mampu bergerak.

apakah "sesuatu" itu yang mengawal semua ini?
mesti hebatkan "Dia".
korang teringin tak, nak jumpa dengan si "Dia" ni?
yang tolak bumi ni keliling bumi??

[alahai bandul yang bulat. kenapalah ko tak leh gerak sendiri.. lemahnya engkau ni. alahai manusia, kenapalah ko tak yakin dengan tuhanmu sendiri.]

Selasa, Mac 24, 2009

campuran kebaikan dan kemaksiatan?

"apakah boleh mencampur kebaikan dengan kemaksiatan??"

apakah itu kemaksiatan?
seringkali maksiat digambarkan dengan seks dan zina sahaja.
maksiat lebih dari itu.
istilah maksiat ini merangkumi segala perbuatan yang jahat dan mungkar terhadap Allah SWT. dan bukan setakat buat jahat dengan manusia je.

apakah itu kebaikan? 
seringkali kita melihat kebaikan hanya perbuatan yang baik digambarkan kepada orang.
baik lebih dari itu.
istilah baik ini merangkumi segala perbuatan yang baik dan makruf terhadap Allah SWT. dan bukan setakat buat baik dengan manusia je.

sudah tentu ada tafsiran yang lebih hebat untuk kedua2 istilah ini.
tapi cukuplah terjemahan ringkas dariku. 
untuk makna yang lebih mendalam, rujuklah kamus.

jika kita lihat baik dan maksiat (jahat) sesuatu benda yang kontra.
dan tak boleh disatukan.
kita tak boleh buat baik dengan niat jahat.
juga, kita tak boleh buat jahat dengan niat baik.
sahabat2 faham ke??

apakah robin hood yang suka menolong anak2 yatim dan miskin (baik) dengan melakukan rompakan (jahat)?
apakah seorang pemerintah yang agung (baca:bush) membunuh orang awam tanpa sebab (jahat) hanya untuk menghapuskan pengganas (baik)?
boleh ke??

naluri hati pasti mengatakan, TIDAK !!
islam juga begitu, matlamat tidak menghalalkan cara!!
sekalipun matlamat kita baik, janganlah kalian, melakukan sesuatu yang dibenci Allah.
sekalipun kalian hendak menyara keluarga dan anak2, jangnlah melacur diri.
sekalipun kalian hendak berdakwah, janganlah bermaki2 dan memfitnah2.
sekalipun kalian hendak memberi nasihat, janganlah memburuk2kan orang lain.

aku terkilan dengan satu blog (tak perlu dinyatakan).
banner nya tertulis ayat alQuran.
isi kandungan memberi kesedaran kepada golongan yang terpesong.
tapi dalam masa sama, mendedahkan aurat mereka.
meskipun dengan rela mereka, tapi janganlah kita mengaibkan mereka dengan menjijikkan blog kita sendiri.
jika ini hanya memberi kesan kepada golongan ditegur sahaja, tidak mengapa.
tapi ini memburukkan si penegur.
malah lebih buruk bila, penegur ini akan secara tidak langsung memburukkan metode teguran dalam islam.
maafkan daku wahai si penegur.
aku tegurmu untuk diriku dan untukmu.
malah untuk sahabat2ku yang lain juga.
ingatlah sahabatku sekalian, Allah sentiasa bersama kita.
masih sempat untuk bertaubat dan berpatah balik.
dan ingatlah, setiap langkah kita, pastikan matlamat kita tidak disalahcarakan dengan perkara yang tidak baik.

[aku bermohon kepada Allah agar aku dijauhkan dari perselisihan dan permusuhan dengan sahabat2ku. maafkan aku si penegur]

Isnin, Mac 23, 2009

ketenangan kepada ketekananan.

"baru balik dari percutian di pulau tinggi"

percutian??
hehe.. bukan lah. 
kami (pelajar biologi tumbuhan tahun 2) melayari bot ke pulau tinggi sabtu lepas.
21hb kami tiba di jeti tanjung leman.
bayangkan kajian kami di sana amat santai dan menyeronokkan.
sehingga lupa segala masalah dan tekanan di universiti.
kami mengkaji alga, lumut dan pakis dengan seronok sekali.
melihat alam ciptaan Allah yang begitu indah, membuatkan hatiku tenang dan sayu.
sayu kerna..
betapa hebat kuasaNya, sehingga kita kadang tak reti bersyukur kepadaNya.
sayu sayu dan sayu.
sayu inilah yang membakar semangatku untuk menghargai dan menghayati ciptaanNya.
23hb kami pulang ke UKM.
meninggalkan pulau tinggi. amat membimbangkan kami.
terutama aku.
aku yakin, ketenangan aku pasti dirobek.
pasti termusnah dengan asigment yang melanda.
wah.. bila jejak ke UKM.
jam 7 malam. terus aku berlari ke dewan kuliah. 
sempat juga hadir untuk 10 minit.
asignment biometri hantar minggu depan.
buka emel, ada asignment persekitaran dan kesihatan kena hantar esok.
jumaat ni kena bentang subjek bebas.
esok petang (24hb) kena pergi herbarium untuk labeling tumbuhan di pulau tinggi.
dan banyak lagi.
ketenangan kepada ketekananan.
moga Allah kuatkan diriku.
aku boleh !!

[pengalaman di pulau tinggi aku akan kongsi kemudian. setelah aku free.. aku cuba.]

Rabu, Mac 18, 2009

islam itu bukan separuh2

"islam tu agama yang syumul"

hehe.. mesti ada yang tak faham istilah syumul ni apa kan??
syumul tu bermaksud menyeluruh.
kali ni aku nak menyambung persoalanku dalam pos yang lepas.
ingat lagi pos yang lepas?
tentang syarah halimatussa'diah.

aku khuatir masih ada yang tak mengerti persoalanku pada pos yang lepas.
dan aku juga taknak kalian salah faham dengan persoalanku ini.
sesungguhnya jika kita benar2 cinta akan rasulullah, kita akan jaga a
manah yang diberi oleh rasulullah.
apa amanah itu sahabat2ku?
amanah yang perlu kita tanggung dan pikul ini adalah islam.
seperti yang ku katakan juga, kita perlu ambil amanah ni sepenuhnya.
kita tak boleh ambil islam ini separuh2.
tak boleh hanya ambik yang best je..

contoh lah, kita dari kecil memang islam (fokus:melayu)
lahir2 dah ada orang pekik kat telinga kita dengan azan.
kita yang tak faham, duk menangis tanpa tahu punca.
aku pun tak ingat kenapa aku nangis dulu.
apakah aku sedih atau gembira? wallahua'lam.
huhu.. bila umur dah 9 tahun kena khatan.
memang dulu tak faham kenapa dan mengapa?
pastu asik2 kena rotan, tak gi solat.
gi masjid, surau, suka main2 waktu solat. 
lagi2 bila nampak karpet masjid yang berbelang2.
pastu lompat2 ikut line. ish3..
dah besar, kena solat, puasa.
dah keje, oh, kawin pulak.
kawin pulak kena ada tok kadi,
bila kawin, ada anak.. rezeki daripada Allah.
kita pulak ajar anak kita macam bapak kita ajar kita.

hmm... apakah kita faham apa yang kita didik anak kita tu nanti??
apakah kita faham apa yang cuba mak ayah kita ajar kita selama ini?
apakah sebab mak ayah suruh, kita kena buat semua ni?
apakah sebab kita dididik semua ni, kita perlu ikut?
cuba sahabat2 renung2kan. apakah kita faham islam tu apa?
islam bukan setakat agama yang kita anuti.
islam bukan setakat suruh solat ikut jam.
bukan setiap hari jumaat ada perhimpunan besar2an di masjid.
islam bukan setakat bila nak kawin kena jumpa tok kadi.
apakah itu islam yang syumul?

kita sering lupa, dan kadang kita tak ambil endah.
islam sebenarnya adalah cara hidup.
cara hidup berpanduan alquran dan as sunnah.
cara hidup yang mengabdikan diri kita kepada Allah.
cara hidup untuk kita menjadi penyambung amanah rasulullah sebagai khalifah di muka bumi.
apakah cara hidup islam kita amalkan?
islam tu bukan bila kita suka atau rajin, baru kita buat. bukan.
islam adalah cara hidup yang perlu kita amalkan dan laksanakan setiap masa.
hayatilah islam sepenuhnya.
ambil ia sepenuhnya,rukun islam yang 5 kita teruskan.
tetapi khusyukkan dengan mengingati Allah.
dalam setiap langkah kita, detikkan dalam hati "kerana Allah"
insyaallah, iman kita akan bertambah utuh.
meskipun agak sukar untuk ingat Allah setiap masa, mulakan dengan sedikit2.
apabila duduk termenung, lebih baik sebut nama Allah atau zikir.
ambik peluang dan masa yang kita tak guna.
naik motor. dalam jarak perjalanan ke destinasi, zikirlah.

bila hati dilatih dengan mengingati Allah.
tambahkan ilmu islam di dada.
hayatilah Alquran. kenapa??
takde ustaz? hehe.. baca ayat arab dan terjemahan pun dah cukup sebagai permulaan.
amalkan tiap hari. 
ingat!, islam bukan separuh2 dan bukan seperti agama lain.
islam adalah agama yang paling tinggi dan paling diredhai Allah.
hayatilah islam dan rujuklah alquran dan sunnah

[renungan untuk diamalkan oleh diriku dan sahabat2ku]

Ahad, Mac 15, 2009

syarah tentang halimatussa'diah

"sedikit tertekan dengan keadaan diri. tapi aku kuatkan juga"

aku minggu ni agak sibuk. 
kadang tertekan dengan segala perkara.
tapi, bila fikir balik, mengapa harus tertekan?
tekanan akan makin menyerabutkan otak.
harus kuat semangat.
biarkan tekanan tu pergi sendiri.
yakin Allah ada. 

baiklah.. tekanan dari rakan untuk aku bersyarah.
bersyarah tentang halimatus sa'diah.
maaflah sahabat sekalian. 
aku bukan sengaja meninggalkan cerita tergantung.
tapi atas batasan masa. harap kalian memaafkanku.
tanpa melengahkan masa...

apa yang kalian dapat dari kisah ibu susu nabi tu?
pasti setiap orang yang menghayatinya akan memahami sesuatu.
subhanallah, pasti kalian mampu syarah lebih dari aku.
syarahku hanya sedikit. begini...
dari kisah ini, kita dapat lihat betapa agungnya muhammad SAW.
dipelihara oleh Allah dan bukti petanda nabi yang agung telah muncul.
lihat sahabatku, berkat nabi muhammad itu, maka, terkena tempias berkat nur muhammad kepada ibu susu nabi.
bagaimana halimatun yang dahulunya amat perit kehidupan, tapi kemudian dipermudah Allah.
lihat kalian. jika muhammad yang kecil lagi, memberi berkat kepada orang di sekelilingnya.
apatah lagi apabila muhammad telah besar dan bergelar rasul.
apakah kalian nampak dan sedar?

nur muhammad, nur muhammad, dan cahaya muhammad.
mampu mengubah zaman jahiliyah kepada zaman yang amat tinggi nilai akhlaknya.
cahaya yang dibawa muhammad daripada Allah swt melalui jibril, memberi banyak faedah dan kemaslahatan ummah pada zaman itu sehingga sekarang.
apakah kita tidak perhati sejarah?
apakah kita lupa zaman islam berkuasa, dunia dalam aman dan harmoni.
zaman islam berkuasa, hampir seribu lebih tahun.
nur muhammad terus terpancar di jiwa ummat yang merindui rasulullah.
ummat yang mencintai dengan setulus hati ini, mereka amat menjaga amanah dari rasulullah. 
apa amanat itu sahabatku??
amanat itu islam, sahabatku.
islam. bukan untuk dianuti sahaja. ia perlu difahami dan dikuasai dan diamali.
islam bukan untuk sesetengah perkara sahaja.
islam itu merangkumi segala aspek kehidupan.
jangan pisahkan islam dari apa jua perkara yang kita lakukan!
ambillah islam sepenuhnya.

apakah kalian faham?
kalian renungkanlah maksudku.
untuk kesimpulan syarah halimatussa'diah, sedangkan nabi yang masih kecil memberi rahmat kepada ibu susu dan sekitarnya.
apatah lagi, nabi setelah menjadi rasul. pasti lebih banyak rahmat diperoleh oleh kita.
apakah kita masih tidak yakin dengan muhammad?
pemberi nur ke sekalian alam.

[kalian cuba fahamkan maksud aku. jika perlu aku ulas lagi. aku exam selasa iaitu lusa. maaf ye sahabat2ku]

Khamis, Mac 12, 2009

indah kisah nabi

"tadi aku baca buku sirah nabi muhammad nukilan ibnu hisyam"

seronok sangat buku ni..
aku tau banyak benda sebelum kelahiran nabi muhammad.
yang aku paling tertarik kisah ibu susu nabi.
aku share sini k..

Halimah bt abu Zuaib as sa’diyyah, ibu susuan rasulullah bercerita, beliau meninggalkan negerinya (bani saad) dengan membawa seorang anak kecil yang sedang disusukannya bersama rombongan wanita bani saad untuk mencari anak-anak susuan. Peristiwa ini berlaku pada tahun kering, tiada sedikit pun makanan untuk mereka. Halimah berangkat dengan menaiki keldainya yang berwarna putih dan unta tuanya yang tidak menghasilkan susu setitik pun. Mereka tidak dapat melelapkan mata pada malam hari kerana anak-anak kecil yang ikut bersama mereka menangis kelaparan. Perjalanan yang jauh itu terpaksa ditempuhi dengan seksa sehinggalah mereka tiba di Mekah.

Di Mekah, setiap wanita yang ditawarkan untuk menyusukan rasulullah, mereka menolak, kerana nabi anak yatim. Ini kerana mereka hanya mengharap upah dari bapa anak-anak susuan mereka. Setelah kesemua mendapat anak susuan (kecuali halimah) dan mereka sepakat untuk pulang, halimah tak rela pulang tanpa membawa pulang anak untuk disusukan. Halimah pun mengambil rasulullah. Ketika beristirehat, halimah memangku rasulullah dan menyusukan. Begitu juga dengan saudara sesusuannya. Kedua2nya sehingga kenyang dan tidur. Unta tua juga menghasilkan susu yang banyak.

Kemudian, mereka pulang dengan menaiki keldai dan membawa Muhammad. Demi Allah, halimah mampu meninggalkan rombongannya dan tidak seekor pun dari keldai2 rakan-rakannya dapat memintasnya. Sehingga wanita2 tersebut berkata “Wahai puteri Abu Zuaib! Celakalah engkau, berjalanlah perlahan2. Bukankah keldai ini yang engkau bawa dari negerimu?” jawabnya “ya betul, demi Allah, ia amat berbeza dengan keldai2 lain. Setelah tiba di negeri bani saad (tiada negeri yang lebih kering dari situ) datang kambing halimah kepadanya dalam keadaan kenyang dan dipenuhi susu. Kemudian, halimah memerah dan meminumnya pada ketika orang lain tidak dapat memerah dan tidak mendapat setitik susu pun dari kambing mereka. Begitulah yang terjadi, sehingga kaum bani saad berkata kepada pengembala kambing “celakalah kalian, gembalakanlah kambing kalian ke tempat pengembalaan kambing puteri abu Zuaib”

nak ulas.. tapi.. ngantuk dah.. esok lusa k..

[rujukan Ibn hisyam p216 - ki bp75.29.m4.i26 j1 (kod PTSL, UKM)]

Rabu, Mac 11, 2009

nak beli majalah solusi?

"tak sempat nak update blog"

semalam aku beli majalah solusi.
ni kali ke tiga aku beli.
dan ini kali ke tiga jugak aku tolong belikan untuk kengkawan yang susah nak keluar beli.
dalam UKM takde jual.
kena keluar kat kedai buku.
jadi, ada sesapa nak beli??
harga rm9. murah je..
kalau nak dibanding isinya dan nilai majalah ni, memang berbaloi.
korang beli, korang akan rasa puas gile (ini apa yang aku rasa la.)

setaip page dimanfaatkan.
colourfull.. penulis pun hebat2..
ustzh norbahyah, ust zahzan, ust pahrol juoi dll..
majalah macam majlah i dan alislam.
tapi dia banyak kepada fardu ain. mesra pembaca..
tak rugi beli. kalau tak caye. aku boleh bagi tengok dulu.

[ni nombo aku.. sms 0122517488]

Isnin, Mac 09, 2009

hadiah hari lahir untukmu

"setiap hari pasti ada orang akan sambut hari lahir"

hari ni pun ada orang sambut hari lahir.
9mac. siapa lahir hari ni??
pasti ada surprise untuk anda, kan?
tentu anda tak sabar-sabar nak tunggu hadiah.
terutama dari orang y
ang tersayang.

yang pasti, pada masa kini, orang yang sambut birthday...
akan tidur lewat pada hari kelahirannya.
dia sanggup sengkang mata, sambil tengah mengecas henpon.
detik 12 tengah malam, matanya berpinar2.
siapakah yang akan wish aku dulu??
pasti itu yang dinanti. 
bunyi henpon berbunyi. mesej masuk.
"selamat hari lahir, moga panjang umur dan murah rezeki"
ayat lazim. 
ten
gok pulak siapa yang hantar.
o.. sahabat lama, mak ayah, adik beradik dan lain.
mesej masuk bertubi-tubi.
sampai jam 3 pagi, masih ada yang mesej.
esok pagi, pun masih ada yang mesej.
tapi....
yang tersayang masih tak mesej..
sedihnya..

sekali jam 9pagi. mesej masuk.
"maaf sayang, I tertidur semalam. penat I tunggu depan telefon jam 12"
pasti tersenyum jua akhirnya.
hati gembira sangat, orang yang diharap mesej jua.
pelik pelik... dengan mesej pun kita dah gembira.
belum lagi orang bagi hadiah.
tentu kita lagi gembira kan??
ini semua cerita rekaan aku, tapi aku dapat rasakan ia naluri semua orang.
semua akan rasa gembira bila ada orang mengingati kita.
lebih2 lagi, orang yang kita sayang yang duduk
 berjauhan dengan diri kita.
pasti rindu sangat kan? of coz, bila nak lepas rindu, kita akan call dan sms selalu kan??
eee.. seronoknya..

kenapalah aku cerita pasal ni. aku bukannya ada kekasih.
ish3.. bosan je..

maaf sahabat2 ku. aku perli diriku dan kalian.
aku perli diriku dan kalian dalam cerita di atas.
aku perli diriku dan kalian bila kalian mengharap kasih orang.
aku perli diriku dan kalian bila kalian tak pernah membalas kasih orang yang merindui kalian.
aku perli dan terus memerli diriku dan kalian.

apakah kalian lupa..
apakah kita lupa...
apakah kita memang pelupa...
nabi ketika berhadapan dengan izrail.
ketika roh nabi yang mulia ditarik perlahan2 dengan kesakitan yang amat menyakitkan.
nabi masih mampu memanggil nama orang yang amat dikasihinya.
ummati, ummati, ummati...
umatku, umatku, umatku...
bagaimana saat yang terakhir, nabi masih mengingat kita??
apakah perlu nabi mengasihi kita?
kenapa nabi sayang sangat kat kita??
dalam saat yang sedemikian nabi masih menyebut2 nama kita.
sahabatku... betapa sayangnya dan kasihnya nabi pada kita.
baginda amat mengharap kasih dan sayang dari kita semua.
tapi kita?? apakah kita merinduinya??
apakah kita menangis kerananya??
apakah kita sentiasa selawat kepadanya??
apakah kita tak tidur malam kerananya??
kenapa nabi yang mulia merindui kita, apakah kita tak menghargainya??

sahabatku sekalian, aku menegur diriku dan kamu.
ingatlah kalian, disebalik kita rindu dengan kekasih hati, ingatlah muhammad SAW adalah orang yang paling merindui kita.
baginda tidak mahu kita terjerumus ke lembah neraka.
baginda begitu mengharap kita bersamanya di dalam syurga.
apakah kalian tidak mahu bersamanya??
rasulullahlah kekasih kita paling agung.. cintailah baginda juga.
meskipun kita tak dapat mesej nabi, atau bagi hadiah kat nabi.
tapi selawat kepadanya pun dah memadai.
ditambah dengan penjagaan ibadah dan solat kepada Allah.
dengan kita jaga amanahnya, iaitu AlQuran dan Islam.

meskipun kita tak tahu kita ini masuk syurga atau neraka.
tapi tak salahkan kalau kita berserah kepada Allah.
kita sedaya upaya menjauhi kemungkaran.
dan melakukan kebaikan kerana Allah.
tak salah bertaubat tiap2 hari untuk memperbaiki kesilapan kita.
kita masih belum terlewat untuk kembali ke jalan Allah.
bersama2 kita pikul Islam ini bersama2 nabi kesayangan kita, Muhammad SAW.

[maha suci engkau yang Allah, kerana menjadikan kami umat Muhammad SAW. alhamdulillah]

Rabu, Mac 04, 2009

masa itu terlalu laju

"aku terduduk termangu. aku penat meluru ke arahnya. tapi..."

dunia makin hampir dengan kiamat agaknya.
aku tak faham....
adakah aku seorang yang terasa masa ini laju. atau semua berasa begitu?

sejak bulan januari haritu aku terasa macam ada sesuatu yang tak kena.
aku tak pasti sejak bila.tapi aku makin terasa sejak akhir2 ni.
masa itu terlalu laju.
aku masih dapat rasa, aku baru semalam mendaki gunung angsi.
aku masih dapat rasa, aku baru lepas kuliah dengan dr F.
aku masih dapat rasa, aku field work di alur ilmu.
seolah2, ia berlaku baru kejap tadi.
aku rasa, baru semalam aku dapat asignment @ baru buat amali.
tapi kenapa aku rasa hari ni aku kena hantar repot?
sedangkan tempoh itu seminggu??
kadang aku cadang nak studi kuliah eko teres lepas kelas jam 8 isnin.
tapi bila aku tangguh sekejap.
aku dah bertemu dengan kuliah seterusnya.
tanpa sempat aku membuka buku ekoteres minggu lepas.

kadang aku nak update blog.
aku rasa baru semalam aku tulis, tapi dah banyak hari aku tak menulis.
aku khuatir.
aku terus ditenggelam di tinggal masa.
bila kau renung, banyak masa untukku.
banyak jawatan telah aku lepaskan.
banyak komiten yang telah aku langsaikan.tapi seolah2, makin bertimbun kerja aku.

aku baru ke kem motivasi menjadi urusetia.
balik daripada kg simoi terus aku merasakan, aku amat keletihan.
selasa 3hb. aku pagi terlena dalam kuliah.
aku tidur sebentar di surau fst jam 10-11 pagi.
aku balik rumah dan tertidur di waktu senja.
aku tidur awal jam 11 malam di sofa sambil tv terbuka.
dan bangun lewat jam 6 pagi.
aku sedar dan jaga dalam keadaan yang penuh menyesal.rugi nya aku.
aku tak mampu kejar masa itu.
masa itu meninggalkan ku jauh dihadapan.
apakah aku penat yang ditangguh sewaktu kem simoi?


pelbagai persoalan timbul dan mendesak ku.
apakah dunia menghampiri kiamat yang menyebabkan bumi berputar lebih pantas??
apakah aku yang malas dan asyik tidur yang menyebabkan masa itu berlalu?
apakah aku yang gagal merancang masa ku?
apakah aku yang dibuai dek aktiviti persatuan yang menyeronokkan?
apakah aku .. apakah aku.. dan apakah aku...

direnung direnung dan direnung..
dimana kesilapan diriku yang menyebabkan masa membenciku..
aku teringat surah wal asr.
"sesungguhnya manusia dalam kerugian.. kecuali..."
aku bermuhasabah...

p/s:penat yang ditangguh maksudnya, kita penat pada masa tu, tapi kita paksa supaya tak rehat. kita minum kopi, kita duduk berborak untuk ganti masa rehat. jadi bila tak tidur malam selama 2 hari. dia akan beri kesan selepas program kg simoi.

[sama juga konsep dalam kita studi lewat malam atau las minit.]

dituduh gatal kerana senyum

"saja nak Ym semua kawan aku. huhu.. sedih"

Ym tau tak apa dia??
mesti semua dah tau. Ym tu yahoo mesengger.
korang dah add aku??
add - arrowback_1688

satu hari tu aku, bosan gak la.
aku saja teringin nak Ym semua kawan2 aku.
sebab ada ramai yang aku add tapi jarang contact semua.
hampir 200 orang dalam senari Ym aku.
jadi, aku pun taip la mesej ni:
"la, kenapa masam2 je? senyum la sikit, kan senyum tu sedekah"
ramai gak respon.
antaranya:
"eh silap Ym ke?"
"terima kasih"
"eh, mana tau??"
"ada yang letak gambar smiley"

tersenyum juga aku baca. terus aku chat dengan diorang, tanya khabar.
aku cakapla:
"aku saja je hantar Ym tu, sebab dah lama tak contact korang.
dan sebab nak ajak korang senyum.
jangan stress2.. "
diorang pun ucap terima kasih.
tapi yang tak sedapnya, lepas aku offline.
banyak la yang Ym aku pakai sms.
ada yang tulis:
"gatal"
"senyum sorang2 bukan sedekah"
aduh menyirap hati aku ni.
dituduh gatal.
rasa nak je online balik dan terang.
tapi, malas plak nak buka kom balik, malas layan orang yang kolot.
sesedap je nak tuduh orang gatal.
ingat orang suruh senyum, miang ke??
sabar jela..
terpaksa lah aku senyum sendiri. huhu.
untuk tenangkan hati.
kepada kawan2ku, maaf ye jika aku ada terkata perkara yang buat korang fikir lain.
kadang kita taksedar apa kita cakap. maaf ye.

[huhu.. tak tahu nak cakap apa. pedih hati bila baca mesej tu. "gatal"]