Ahad, Julai 17, 2011

promosi majalah Solusi

Pr0m0si terhad!

aku menjual s0lusi 30, 31, 32 dan 33 pada harga rm30/4majalah.
TIADA caj penghantaran p0s!

mahu beli 1 majalah sahaja?
boleh jugak, tetapi aku jual pada harga RM8/satu.
isu30-memburu kemanisan iman
isu31-sabar itu indah
isu32-bahana hasad
isu33-rapuh iman runtuh perpaduan

hubungi 012-2517488
atau e-mail: aliflamrabayaain@gmail.com

ini takkan anda dapat di kedai. sebab aku nak habiskan stok.
biar rugi, asal majalah tak dibazirkan.

PROMOSI LAIN:
aku juga menjual Majalah Fardhu Ain dengan harga RM10.


jika anda nak dapatkan Solusi isu 34 (bumper Ramadhan) pun boleh order terlebih dahulu.
sekarang tengah cuba untuk menjual majalah GenQ (RM7). majalah ini memang sesuai dan dicadangkan terbaik buat remaja!



ramadhan1: separuh sya'ban

aku mengharapkan dapat menukilkan artikel bersempena Ramadhan bermula hari ini 15 Sya'ban sehingga 15 Syawal 1432Hijrah. semoga aku dan sahabat2 bersedia menghadapi bulan Ramadhan yang penuh berkat ini.


ramadhan1: separuh sya'ban

teringat Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan Rejab yang lalu.
banyak pengajaran dan kisah untuk kita ambil.
justeru, perlunya kita memperbaiki diri.
sekarang Nisfu Sya'ban pula.
aku masih cemburu dengan mereka yang fakih dalam ilmu hadis.
yang tahu membeza dan menilai hadis benar dan hadis lemah.
insyaAllah aku akan usaha untuk memperoleh ilmu ini.
Nisfu Sya'ban sebelum ini kerap kali ada kawan yang meragukan amalan pada hari ini.
entahlah, aku hanya berdiam diri.
haya satu yang aku tahu...

Nisfu Sya'ban ialah separuh Sya'ban.
maksud yang lebih jelas, lagi 15 hari menjelang bulan Ramadhan.

seperti biasa setiap tahun, aku diajak untuk membaca surah Yasin bersama-sama pada malam 15 Sya'ban.
hatiku masih lemah, merasa bisikan syaitan menyeru agar aku mengelakkan.
aku diajak lagi dengan persoalan kenapa?
hatiku ini melawan bisikan itu, aku diajak membaca 3 kali surah Yasin pula.
sekali lagi bisikan syaitan memaksaku, "buat apa baca baca 3x"
aku semakin ragu, bila hati aku pernah mendengar kata-kata orang ini amalan bid'ah.
aku yang jahil, masih ragu-ragu.
aku tak mahu tersepit dengan bisikan ini.

memikirkan hati yang lemah ini, hati ini perlu diubat.
aku merasakan surah Yasin adalah ubatnya.
biarlah aku membaca sebanyak mana Yasin, asalkan hati yang keras ini lembut.
hati lembut untuk menghadapi Ramadhan yang bakal menjelang.
oh... hari semakin hampir untuk menempuh Ramadhan ini.

bersambung.....{klik sini ramadhan 2}

Selasa, Julai 12, 2011

paling laju baca: takdir

nak cerita buku paling laju aku baca ialah:
Novel Takdir: Cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf


aku dalam tempoh pemulihan patah kaki ni yang mengambil tempoh 6 bulan untuk baik, mencari-cari buku yang baik untuk dibaca.
habis RM300 aku beli (hampir 20 buku aku kaut).
buku yang dibeli pelbagai genre.
tetapi aku memilih untuk baca Novel.
sebelum aku membeli sekaligus buku...
aku lihat dalam katalog galeri ilmu, aku nampak karya terbaru Hilal Asyraf.
berkira-kira juga nak beli ke tak.
namun, aku puas membaca Novel Sinergi tahun lepas.
aku membaca dengan kesungguhan, hanya 2 setengah hari aku baca.
terbaik!
mengimbau kenangan semasa membaca Sinergi, aku beli lagi novel2 persahabatan seperti Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.
namun, kedua-2 novel tu tidak mudah untuk aku baca dalam masa yang singkat. kurang melekat.

tetapi percayalah, setelah novel pertama yang aku baca dalam hidup iaitu Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, hanya sehari setengah.
siap aku highlight warna kuning ayat2 yang buat aku kagum.
terus aku lekat dengan novel bercorak islami.
aku belum jumpa lagi Novel Islami selain Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dan Habiburrahman.
anda ada cadangan tak penulis yang buat novel islami?
teringin nak kembangkan pembacaan penulis2 lain.

Oh, berbalik kepada Novel Takdir:cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf.
mula-mula aku baca sinopsis belakang, hmmm...
tengok gambar pedang sebagai muka depan, pun aku hmm...
macam kurang menarik. aku letak tepi dulu.
aku capai novel Hero - Hilal Asyraf.
sinopsis dan muka depan sangat menarik.
namun, penilaian aku tidak tepat.
selera pembacaan aku tidak buat Hero, aku baca sedikit2 (sehari 1 bab).
aku tak rasa ketagih baca macam Sinergi atau Ayat-Ayat Cinta (AAC).
semasa aku pergi ke Melaka, selepas 4 bulan kaki aku dalam pemulihan kaki patah.
perjalanan yang memakan masa 2 jam, memberi aku kejutan.
novel apa ni, terbayang seperti baca Novel Harry Potter versi Bahasa Melayu yang pernah aku baca.
ketagih gila, sampai tak sabar nak tahu ending.
kisah Angkasa dalam pengembaraannya.
wah.... sangat terharu membaca novel ni.
penuh dengan nilai Islami. lagi2 dalam bab2 takdir.
meskipun karut ada kuasa2 sakti, tetapi ia adalah terbaik.
macam kisah Naruto yang aku tulis (komen) sebelum ni {klik sini}

apa lagi? tak caye?
ikut selera la, tapi memang aku teruja nak tunggu Takdir 2.

p/s: sinopsis - oh aku malas nak cerita, kang tak feel {klik sini kalau degil nak tahu}
penilaian aku novel best ni berdasarkan kelajuan aku membaca dan penghayatan.
kelajuan - sehari habis baca tu maksudnya aku baca dalam masa 2 hari. yang jadi sehari sebab aku dah tolak tidur, makan, solat, mandi, tengok TV dll.
penghayatan - aku boleh menitik air mata, atau banyak ayat2 yang memukau hati...

Khamis, Julai 07, 2011

bersih lagi

"berhati-hati dalam menulis ye, jangan sampai menyakitkan hati orang"
gementar juga nak tulis pasal BERSIH.
tetapi tangan ini harus dikuatkan untuk aku berkongsi pandanganku.
jadi kepada 234 pembaca setiaku di blog ini, janganlah lari.
aku mengharapkan pandanganku ini tidak cenderung pandangan politik.

bersih lagi...
buat kali yang kedua.
aku dapat tahu BERSIH dirancang pada bulan April.
dan aku sangka akan diadakan 9Jun2011. rupanya aku salah tarikh.
patutlah aku rasa macam pelik, terlalu senyap pada bulan Jun.
media langsung tidak menyentuh hal ini.
aku ingat mungkin isu bersih akan disenyapkan lagi seperti BERSIH 1.0.

pandangan aku?
aku menghormati kedua-dua belah pihak. tetapi tidak yang ketiga.
aku menghormati orang yang nak pergi berdemonstrasi. ada sebabnya.
aku juga menghormati orang yang membantah demonstrasi. ada sebabnya.
tetapi aku tidak faham dengan orang ketiga.
mereka membantah tetapi mereka pun nak berdemonstrasi.
jika orang ketiga ini adalah pihak neutral, mereka tidak sepatutnya buat kedua-duanya.
ini akan merumitkan keadaan lagi.
maaf bagi mereka yang berpihak kepada orang ketiga. tetapi aku cakap benar.

maaf aku yang cetek ilmu sejarah dan ilmu politik.
tetapi berdasarkan ceramah yang aku dengar di YT.
ceramah tentang orang ketiga yang mengambil kesempatan di sebalik kehuru-haraan. {klik sini}
pencetus kepada perpecahan umat Islam. {sambungannya klik sini}
(betulkan aku jika aku salah)
kisah pembunuhan Khalifah Uthman Ibn Affan dan tercetus fitnah di zaman Khalifah Ali Ibn Abu Talib.
kisah selanjutnya.... [baca sendiri dan tanya ustaz2, sebab aku bukan arif]
kesimpulannya:
kisah ini dimulakan oleh orang ketiga yang ambil kesempatan dan seterusnya fitnah tersebar.
semoga kita dilindungi Allah daripada fitnah2 sebegini.

bersih lagi...
aku masih kecil pengalaman dalam hidup ini.
sebab itu aku menghormati pihak yang menyokong dan membantah BERSIH 2.0.
aku menghormati pandangan mereka:
1. sokong = mereka merasakan perlunya ada Pilihanraya yang telus (ada orang kata ada muslihat lain). mungkin ~ bagi mereka mungkin sudah tiba masanya untuk pimpinan lain yang menerajui pimpinan negara. bukan cuba-cuba. tetapi ini berdasarkan ketidakadilan yang telah berlaku. Wallahualam.

2. bantah = mereka merasa Malaysia akan jadi seperti di Mesir, Libya, Syria dan Yaman jika BERSIH diteruskan. mereka takut Malaysia akan jadi kacau-bilau dan sumber rezeki akan tertutup buat mereka.

namun ada juga 'sekam dalam padi' yang menyebar fitnah merata-rata.
memecah-belahkan kedua-dua belah pihak ini.
nak tulis contoh tapi aku rasa semua tahu. jadi tak mau tulis [search sendiri kat Google.com]
eh, tulis sikitlah - parang yang dijumpai di tempat2 demonstrasi.
betul ke daripada pihak BERSIH atau ada orang yang saja-saja letak situ?
huhu.. seram aku nak bayang kesan fitnah orang 'baling batu sembunyi tangan'.
bukan setakat dalam isu ini sahaja, malahan isu politik yang lain jugak.
hmmm... tidak seharusnya benci-membenci itu tercetus.


ada pandangan yang memberi alternatif lain sebelum pihak BERSIH 2.0 kata nak tukar di Stadium Merdeka.
{klik sini}
antara yang aku setuju, buat di stadium atau letak bendera tanda kempen BERSIH 2.0 di kereta.
aku juga pernah terbayang, kalau berdemo dengan kereta. semua bikin sesak di Kuala Lumpur dan bunyikan hon tanda protes. tetapi memang idea aku mentah dan ngarut.
apapepun, bersamalah kita kembali kepada ajaran Islam.
bersetuju dengan pendapat orang ini {klik sini}
antara pandangan beliau ialah:

[turun dengan penuh ketakwaan, keimanan, keberanian dan pengorbanan yang tinggi..
berakhlaklah ketika berhimpun..
berakhlaklah dalam perkataan..
betulkan niat kalian, untuk maslahah ummah, bukan lagi kepentingan2 peribadi..]

sekianlah... saya mohon maaf jika ada kesalahan kata, mohon ditegur.

p/s: tukar perkataan demonstrasi kepada amanstrasi.

Rabu, Julai 06, 2011

naruto shippuden


'bagaimana orang boleh buat cerita panjang2'
aku tak boleh bayang bagaimana?
cerita panjang berjela-jela dan menarik.
kalau drama sinetron atau telenovela pun panjang juga
tapi panjang cerita sebab berulang-ulang plot.
kalau gaduh, pastu baik balik, cemburu, benci, dendam dan ada yang mati.
dan kebanyakan cerita sinetron atau telenovela begini, diambil daripada kisah hidup manusia ada.
malahan diubah sikit, supaya lebih tragik dan sadis.

tapi aku tak boleh bayang orang yang bernama Kishimoto Masashi (November 8, 1974)
termasuklah Akira Toriyama, DragonBall.
aku (kanak-kanak) membesar dengan cerita berjela-jela Dragon Ball.
aku (remaja) membesar dengan cerita Naruto.
aku (dewasa awal) membesar tepi dengan cerita Naruto Shippuden.
hoho... J.K. Rowling pun kalah. sebab cerita Harry Potter tak berjela-jela.

aku masih tak boleh bayang camne Masashi ada idea:
1. cari nama setiap watak dan kelebihan masing-masing yang unik.
2. letakkan setiap watak dalam kelompok keluarga dan setiap ahli keluarga ada kuasa mereka (Uzumaki, Uchiha dll)
3. setiap watak ada sejarah tersendiri dan setiap sejarah sangat berkait antara satu sama lain (Jiraiya cikgu kepada Naruto, dan ayah Naruto ialah Hokage keempat, Minato, Jiraya juga pernah satu kumpulan dengan Orochimaru dll)
4. kuasa yang direka-reka, asalnya daripada perlakuan manusia realiti, tapi diubahsuai seolah ada kuasa. (Sai - menulis. tapi dakwat tu boleh keluarkan burung dan lain2.)
5. peta dunia cerita Naruto dan lokasi.
6. ....................


banyak lagi. yang pasti yang aku tahu Masashi mesti banyak masa untuk berimaginasi.
tetapi cerita Naruto ini bagi aku tak sesuai untuk kanak-kanak tengok.
sebab kanak-kanak akan berimaginasi dan termasuk dalam cerita ini.
SERIUS!!! aku tak gurau, sebab masa DragonBall, aku masih kecil dan terbayang-bayang dalam kehidupan.
Fliza lah, nak jadi Goku la.
mujur ada Umi dan Abuya yang sentiasa mengawal aku.
kalau tak, aku dah lama bertinju2 dengan kawan2 sekolah. Kamehame ha....

tetapi bagi peringkat remaja akhir & dewasa awal, tak salah menonton Naruto.
sebab bagi aku banyak pengajaran kot (meskipun karya orang bukan Islam)
pengajaran kemanusiaan seperti persahabatan, hormat guru, bersungguh-sungguh, jangan putus asa, kena ada tujuan dalam hidup (bukan jadi Hokage ye!) dan banyak lagi.
tapi janganlah taksub sangat dengan cerita Naruto ni, sampai solat fardhu dilewat-lewatkan.
Allah tu tujuan utama kita akan kembali nanti.
sekian... teruskan berimaginasi tapi jangan sampai lupa diri.

Ahad, Julai 03, 2011

orang riyak dicampak ke neraka

apa khabar kawan2?
masih meninjau2 blog ini?
terima kasih sudi ziarah berkali2...

hari ini nak berkongsi satu hadis.
hadis ini aku petik daripada Majalah Solusi isu 33.
"Majalah Solusi bukanlah kitab hadis ye!"
ye... benar.
aku masih tak pandai nak baca kitab hadis.
aku baca hadis tapi banyak yang aku susah nak faham.
lagipun aku takde ilmu dalam bidang hadis.
teringin sangat nak belajar ilmu hadis ni.
siapa yang tidak mahu mendalami ilmu ini, malahan hadis merupakan rujukan kedua terpenting selepas AlQuran.
kalau dapat menguasai AlQuran dan hadis mesti sangat seronok menjadi muslim yang mukmin.
semoga kelak kita akan menguasai ilmu ini. "Amiin"


oh ye... Majalah Solusi isu 33 muka surat 103 tulisan Ustaz Umar M. Noor.
riwayat Imam Muslim:
[daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda ang bermaksud: "sesungguhnya manusia pertama diadili pada hari qiyamat adalah seseorang yang mati syahid, ia didatangkan dan ditanyakan nikmat­-nikmat yang pernah diberikannya, orang itu mengingati semua nikmatnya.

Allah bertanya : "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ? ".
Ia menjawab : "Saya berperang sampai mati syahid".
Allah berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu berperang agar dikatakan sebagai pemberani dan itu telah dikatakan oleh ramai orang".
Kemudian ia diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sehingga ia dilemparkan ke dalam neraka.

Seorang yang memperlajari Ilmu, mengajarkannya dan membaca Al Qur'an di­datangkan. Nikmat-nikmatnya, ditanyakan dan ia mengakuinya.

Allah bertanya : "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ? "
Ia menjawab : "Saya mempelajari Ilmu, mengajarkannya, dan saya membaca Qur'an karena-Mu".
Allah berfirman : "Kamu berdusta, karena kamu mempelajari Ilmu agar dikatakan pandai dan kamu membaca Al Qur'an agar dikatakan sebagai qari', dan itu semua telah diucapkan oleh ramai orang".
Kemudian diperintahkan, lalu wajahnya ditarik sampai dicampakkan kedalam neraka.

Dan seorang yang diberi kelapangan oleh Allah dan diberi berbagai macam seluruh harta didatangkan dan ditanyakan ni'mat-ni'matnya lalu ia mengakuinya.

Allah bertanya : "Apakah yang engkau lakukan untuk mensyukuri nikmat-nikmat ini ? "
Ia menjawab : "Saya tidak meninggalkan jalan yang mana engkau senang untuk di infakkannya (harta) melainkan saya menginfakkannya karena-Mu".
Allah berfirman : "Kamu berdusta, tetapi kamu kerjakan agar dikatakan sebagai dermawan, dan itu telah dikatakan oleh ramai orang".
Ia diperintahkan, lalu ditarik wajahnya kemudian dilemparkan kedalam neraka". ]

sekian. hadis ini.
aku baca memang seram. sebab ini semua akibat Riyak.
aku tak larat nak tulis panjang, kalau nak lebih penjelasan baca di majalah Solusi.
tetapi yang penting untuk dikongsi ialah:
Ali bin Abi Talib berkata entang tanda-tanda riyak ada 3:
1. malas beramal jika bersendirian.
2. rajin beramal jika dalam ramai.
3. menambah amalan jika dipuji, dan menguranginya jika dicela.
itu baru kisah orang riyak dengan amalan diri sendiri.

tetapi....
lagi teruk orang yang riyak dengan amalan orang lain.
ada ke???
contoh, orang yang riyak (berbangga2) dengan 'title' keturunannya.
mentang2 bapa dia ustaz/ulama, dia riyak pula.

p/s: ish3.. memang terasa gile...
dan bersama lah kita perbaiki diri. kalau ada tanda2 riyak, jom istighfar.
huhu...

terjumpa link blog hadis dalam bahasa - sila klik

Sabtu, Julai 02, 2011

end of day

aku tertarik dengan satu ceramah agama ni.
oppsss...
"ceramah? oooh, bosan gila."
pasti ada yang berperasaan sebegitu.
sebab apa ye bila dengar istilah 'ceramah' je, terus fikiran berkata "bosan!"
kalau lah anda alergi dengan istilah 'ceramah', kita tukar nama.
kita bagi nama perkongsian agama?
tapi ada kawan aku alergi dengan istilah 'agama'.
lagi dia alergi bila banding-banding agama.
kasihan2...
kita tukar nama kepada perkongsian islami. ok tak??
(kalau tak ok, ada cadangan lain tak?)

berbalik semula kepada perkongsian islami yang aku nak kongsi hari ini.
korang suka tak merajinkan diri pergi masjid lepas Maghrib dengar perkongsian islami?
kalau aku semasa sihat sebelum ni, kadangkala rajin juga pergi masjid.
terutama Masjid An-Nur, seksyen 2, Bangi.
(orang panggil surau An-Nur, tapi aku panggil Masjid sebab surau ini buat solat jumaat)
jadi Masjid An-Nur memang aktif buat perkongsian islami.
selalu rasa seronok datang Masjid ni.
dan sekarang, banyak masjid di Bangi, adakan pengisian islami setiap hari.
alhamdulillah.
(pengisian politik? memanglah kadang ada, tapi kita takyah lah dengar umpatan atau fitnah. tutup telinga)

aduhai, panjanglah pula, sebenarnya nak suruh kawan2 dengar ceramah kat bawah ni.
tapi sejam lebih, bersabarlah. aku pun bersabar dengar.
tapi percayalah best gila!
orang kata WAKE UP CALL.
kalau dengar ni, tak terbangun jugak dari mimpi, hmmm...
teruskan berdoa pada Allah, diberi petunjuk dan hidayah.
bagi sesiapa yang sangat2 nak dengar, tapi internet slow, sabar ye!
dan bagi sesiapa yang nak dengar tetapi sangat sibuk, kat bawah ni aku sertakan minit bagi topik yang dibincangkan.

sebagai pengenalan:
Sheikh Imran Hosein Malaysia (Extended) Lecture Tour -The Signs of the Last Day in the Modern World. Imran Nazar Hosein is a leading International Islamic Philosopher, Scholar and author, specialising in world politics, economy, eschatology , modern socio-economic/political issues and expert on international affairs. He is best-selling author of Jerusalem in the Qur'an.

senarai minit:
11:28 - sheikh shared about rob w/o infront us.
13:06 - about economic slave (lebih kurang~~)
14:30 - kiamat boleh berlaku bila2 masa.huhu.. sudden!
‎19:11 - there were sign on akhirul zaman.
20:23 - angels came and ask to prophet 5 question
20:53 - first sign.. go to KLCC
25:14 - 2nd sign - slave woman will give birth to her master
‎29:25 - who control money of the world, controls the world. paper money
31:36 - 10 big sign in random.
46:10 - women look like a man.. trousers and so on?
47:30 - perempuan yang seperti laki tu seolah menggambarkan bahawa perempuan akan berkerja seperti lelaki (ambil alih tugas)
51:25 - another sign women look naked.
52:45 - men wear like women. when man remove their beard.
54:30 - women longer in sajdah (sujud)~~
55:54 - next sign - the people have a sex in public. ~maybe not in Msia.. but it has been occur to london and paris.
56:45 - how can we survive in this modern.?
1:00:57 - suggest to create micro community which free from operation
‎1:08:00 - filem 2012
1:13:30 - ‎1 man to maintain 50 women?

silakan menonton: