Isnin, Disember 14, 2009

menginginkan burung terbang yang terikat kakinya

aku melihatkan situasi ini:

dalam kehidupan seharian, kita terlalu menginginkan kehidupan yang aman dan damai.
tanpa ada sebarang berita kemalangan dan jenayah sosial di kalangan ummat dunia.
tapi apakah kita mampu untuk mencapainya?

kita inginkan kehidupan yang aman dan damai, tetapi kita tidak mampu mencapainya.
pasti ada sebab dan punca kenapa ia tidak tercapai.
cuba kita renungkan bersama.

dalam pada kita hidup ini, kita saling memerlukan perhubungan dengan orang di sekeliling.
tetapi, dalam masa yang sama, pemimpin di atas sana, amat memerlukan sokongan kita.
apabila pemimpin ini hanya memikirkan kepentingan diri mereka semata2, mereka akan fikir keuntungan mereka sahaja.
peduli apa mereka akan jenayah sosial dan bahana menimpa rakyat.
baginya, kemajuan dan pembangunan lah kejayaan utama sesebuah negara.
dan itulah kunci keamanan negara.
jelas dan terang, negara yang maju dan pesat membangun di serata dunia, kini tidak aman dan damai lagi.
masing2 mengejar duit dan harta.
sehingga masing2 mengabaikan didikan terhadap anak2 dan tidak mempedulikan anak2 masing2.
akibat tekanan mencari harta dunia, pasti berlaku dengki dan dendam.
yang akhirnya menggalakkan pertelingkahan dan pembunuhan.
harta wanita turut menjadi rebutan lelaki bermata miang.
apabila semua tidak menjaga kemaluannya, maka, rosaklah kesucian setiap manusia.
daripada jenayah sosial, ini maka berkembanglah perdagangan manusia, dan penyeludupan dadah.
akibatnya, senjata api akan turut berleluasa untuk pertahanan.
rompakan dan kecurian menjadi sasaran untuk mengaut keuntungan segera.
anak2 luar nikah bertaburan di lantai dunia.
tiada siapa lagi yang berasa aman di muka bumi ini.
jelas, ia sudah berlaku dan terus berlaku.

melihat situasi ini, aku membuat peribahasa untuk pemimpin ini.
"menginginkan burung terbang yang terikat kakinya"

kerana bagiku, pemimpin ini inginkan rakyat mencapai keamanan dan kejayaan, tetapi itu hanya luaran. hakikat sebenarnya, pemimpin ini mempunyai muslihat tertentu untuk kepentingan dirinya sendiri.

2 ulasan:

SyakieraRusli berkata...

salam rabe' :)
i like ur writing. it is gud n worth to read it. as an entertainment blogger n as someone who is a year older than you it is quite ashame for me when i've compare my writing to yours, huhu..

neway, wud like to put on some suggestion here, if u dont mind :)

viewers more easily understand and like the writing in points/bullets and more paragraph. yours is more like 'satu deretan karangan tiada traffic light' (sory, i know its a bad analogy tho, u knw me =_=')

the paragraph or bullet points make ur writing more in arrange. mungkin boleh contohi blog tun mahathir. isi kandungan yg berat dan serius tapi mudah difahami oleh pembaca. hee, keep writing bro. btw, ive promotinng ur blog in one of my entry. it is gud so i gess ur blog deserves to be promoted. k, bye now & salam :):):)

Unknown berkata...

terima kasih kak. patutla tak ramai orang komen.
sebab orang malas baca.
insyaallah, i'll try make a change, but not for all instantly.

p/s: kadang banyak robe tulis untuk melepaskan apa yang tersirat di hati.
dia datang menderu2, tu yang tak leh point2. nanti tersekat idea.
tapi untuk kengkawan, iA. akan diimprove.