Sabtu, November 14, 2009

anjing itu dilanggar kereta

"bangkai itu di tengah jalan”

Anjing itu dilanggar kereta.
Aku menunggang motorsikal dengan seorang perempuan.
Seperti setiap hari, aku pasti memastikan perempuan ini memboncengku.
Aku terpandang suatu makhluk, itu lazim bagiku.
Perempuan berjubah dan bertudung labuh, menguis bahuku, dan bertanya.
Angin menghalang suara umi kedengaran.
“yang tepi jalan tu babi ke anjing?”
Tersenyum sinis aku. “anjing”
Jawabku mudah, dan terus memecut laju.

Anjing itu dilanggar kereta.
Kerap kali ku menunggang motor ke sana sini.
Kerap kali juga ku melihat, kemalangan.
Ada yang melibatkan motor, kereta, malah pejalan kaki turut terbabit sama.
Aku bersyukur, aku tidak menyaksikan tika kejadian.
Aku menyaksikan selepas kejadian.
Pasti seram dan trauma kalau kemalangan berlaku di hadapan mata aku.
Almaklumla, aku pernah kemalangan juga.

Anjing itu dilanggar kereta.
Aku Nampak lagi dengan mayat si anjing itu.
Aku buat2 tak Nampak. Sebab aku fobia sikit.
Tapi dari jauh aku Nampak ia terbaring dengan kaku.
Ada darah tapi tak banyak.
Hari ni aku tak bau apa2.
Seperti alkisah lalu tentang
lori sampah itu bergerak.
Selepas 2-3 hari, pasti kawasan itu menikam kalbu seperti sampah.
Bau bangkai yang busuk berulat, memenuhi ruang udara di situ.
Aku menahan nafas, dan memecut laju.
Tidak sanggup ku hidung bau mayat itu.

Anjing itu dilanggar kereta.
Kemalangan itu berlaku awal tahun lepas.
Hampir setahun lebih.
Aku yang alpa dan cuai keluar simpang, telah dilanggar kereta Mercedez dari sebelah kanan aku.
Aku dapat rasa hentaman itu, tapi aku “hilang”…..
Aku sedar kembali dan aku sudah terbaring di tengah jalan.
Terdengar sayup2, pengawal UKM mengawal lalu lintas di pintu pavilion.
Henpon aku berdering, aku cuba bangun.
Ada orang bantu aku. Bawa ke tepi jalan.
“tak pape ke?” “Ok je bang”
Dipendekkan cerita, aku ke hospital serdang dengan ambulan UKM.
Tangan kananku retak dan disimen untuk sebulan.

Anjing itu dilanggar kereta.
Fobia bukan kerana tak boleh tengok bangkai atau mayat.
Tapi fobia sebab melihat kematian yang begitu menyayat hati pada si anjing itu.
Kerap kali aku melihat biawak yang terburai perut, pecah kepala dan penyek di jalan raya.
Hanya tinggal kulit biawak yang sesuai untuk perhiasan.
Apakah malang nasib haiwan ini dilanggar dengan tayar yang dibeban dengan besi.
Apakah salah ia nak melintas jalan tar itu?
Tar yang dibuat dari bitumen dari fosil dalam laut di Malaysia.
Tar yang memisahkan antara tanah dengan tanah.
Tar yang hitam gelap menutupi tanah yang menghijau.

Anjing itu dilanggar kereta.
Nyawa terbang begitu sahaja.
Syukur Alhamdulillah yang masih selamat.
Tetapi samakah badanku selepas dilanggar dengan sebelum dilanggar?
Pasti beza, dahulu, tiada yang kurang.
Pasti beza, kini, sengal2 sering ditanganku.
Raket skuash pun tidak mampu ku smash sekuat hati.
Bagi yang patah dan hilang anggota, pasti perit kehidupannya.
Parut telah mencalarkan tubuh yang cantik dan berseri.
Bagi yang pergi dari bumi, pasti pemergian amat menyakitkan.
Bagi si roh yang pergi menghadap Ilahi, matinya akibat kelekaan dan kealpaan manusia itu sendiri.
Sesalnya bukan sedikit, tetapi sesalnya besar impaknya.

Anjing itu dilanggar kereta.
Terus dilanyak dari sehari ke sehari.
Ada yang sempat mengelak, ada yang tidak sengaja.
Apakah malang nasib anjing ini dilanyak dan terus dilanyak.
Sayangnya tuhan pada anjing ini.
Diturunkan hujan selebat2nya.
Membasahi kujuran mayat itu.
Ah, tiada siapa yang mempedulikan mayat anjing ini.
Tiada ambulan yang mahu mengutip.
Tetapi ambulan gagak, mengambil mayat2 ini sedikit demi sedikit.
Gagak masih bersyukur dengan rezekinya itu.
Meskipun rezekinya adalah mayat.
Semut pun begitu, tuhan itu maha pengasih kepada semut ini.
Lalat dari jauh, datang menghurung.
Menghurung nyetttttttttttt… sambil berzikir.
Bakteria dan ulat, pun meratah rezeki yang ada.
Minggu berlalu minggu…
Mayat tadi hilang dari muka bumi Allah.

Anjing itu dilanggar kereta.
Mayat yang terkujur di jalanan.
Manusia yang pergi menghadap Ilahi.
Dimandi, dikafan, disolat dan ditanam (jika ia muslim).
Moga roh manusia ini dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang benar.
Kembalinya jasad ke tanah.
Setelah diri ini sekian lama berada di atas tanah.
Kini ia masuk ke dalam tanah dalam kadar yang lama.
Sehingga kelak ia dibangkitkan kembali.
Persoalan terus terlintas difikiranku….

Anjing itu terus dilanggar kereta.
binatang yang tidak berdosa mati dalam keadaan hina.
Hinanya dia dilanyak2, dan tidak dipedulikan.
Kewujudan mayatnya dibenci.
Alangkah sedih matinya sebegitu.
Apakah manusia diperlaku sebegitu?
Manusia yang berdosa mati dalam keadaan baik.
Baiknya dia dimandi, dikafan, disolat dan ditanam ke dalam tanah.
Kewujudan mayatnya diratapi dan disedihi.
Alangkah beruntungnya manusia jika nak dibandingkan dengan haiwan mati dijalanan.
Andai tiada perasaan simpati dan belas ikhsan dari setiap jiwa di bumi Allah ini, pasti…
Pasti, berjuta2 mayat manusia di jalanan, dilanyak2 oleh kereta.
Berjuta2 mayat manusia membusuki suasana persekitaran.
Sehingga Allah yang maha pengasih menyeru hujan untuk memandikan mayat ini.
Mayat dijalanan ini mungkin menjadi habuan rezeki gagak2.
Malahan, rezeki untuk ulat, lalat dan bacteria.
Apakah manusia sebegitu hina?
Allah tidak menghinakan manusia sebegitu.
Allah itu ar-rahman dan ar-rahim.
Dia yang mengajar qabil cara menanam habil melalui burung gagak.
[AlQuran 5: 31]
Jika Allah tidak mengajar ini, pasti mayat2 ini bertimbun dan membusukkan bumi.
Bersyukurlah kepada Allah, sedangkan haiwan yang tidak berdosa mampu berzikir kepada Allah.
Bersyukurlah kepada Allah, kita kelak pasti akan mati dalam keadaan yang terhormat.
Bersyukurlah kepada Allah, kita belum mati lagi.
Bersyukurlah kepada Allah, dan berdoalah agar kita tidak dimatikan seperti anjing itu.
Moga Allah terus merahmati kita semua.

[Barakatillah….]

2 ulasan:

sinar mentari berkata...

teringat bila kwn terlanggar biawak yang sgt besar...kasihan....ingin mengelak ad lori dibelakang...mgkn itu ajalnya.....subhanallah,penulisan yang baik dan membuat diri berfikir dan merenung2 hikmah pencipta:)

Unknown berkata...

sinar mentari:
terima kasih atas perkongsian.
yup, kadang kita tak boleh salahkan diri.
sebab kadang haiwan2 ini, meluru mengejut.
semoga kita dirahmati Allah.
dan berhati2 bawa kereta.