Isnin, Jun 15, 2009

dia bersendiri

"setiap orang mempunyai masalah. tetapi..."

pasti kita akan terasa dengan orang lain.
tetapi apa tindakan kita yang sewajarnya.
lain orang lain tindakan.
kalau si panas baran, mengamuknya tidak keruan.
kalau si manis pemalu, menangisnya bertalu2.
kalau si sepi pendiam, diam seribu batu tapi dalam hatinya.....

3 situasi ni lazim bagi aku.
aku pernah mengalami sikap yang pertama sewaktu kecil.
tapi sewaktu sekolah menengah aku sedar kesalahanku.
dulu, aku suka cemburu semasa kecil.
di sekolah rendah, aku mengamuk bila aku disisihkan oleh kengkawan.
entahla, terasa sangat marah bila kawan yang rapat, tak layan kita.
aku mengamuk dengan teruk, tolak meja, sepahkan sampah.
memang teruk.
dengan harapan pada masa itu, orang akan pandang aku.
dan memujuk aku.
tapi setelah akal aku mampu fikir baik buruk, aku sedar.
ia merugikan aku.
malah harapan aku, sia2.
marah dan amukan aku, tak menyelesaikan masalah.
kerna syaitan menguasai diri kita.
akhirnya, penat, cacian dan orang pun makin jauh dari kita.

mengapa aku perlu marah dan mengamuk sebegitu?
puaskah? selesaikah masalah?
tidak sahabatku sekalian.
baru ku mengerti pada tika itu, kenapa kita diminta untuk kawal kemarahan.
islam memberi kita panduan.
kawallah marahmu. duduklah.
jika masih marah, baring, jika masih tidak mampu kawal...
ambillah wudu'...
insyaallah.
aku mengamalkan saranan ini. syukur kepada Allah, panas baranku hilang 10 tahun yang lalu.
jika aku terlanjur sekali lagi, tegurku ye...

situasi kedua turut aku alami sewaktu di sekolah menengah.
aku akan cepat terasa. aku pendam...
pasti aku akan menangis seorang diri.
sungguh lembut hatiku masa itu.
aku segan untuk luah depan orang, tapi aku sembunyikan.
pendam dan terus aku pendam.
akhirnya aku menangis di atas katil..
lantas tertidur, esok pagi, mata bengkak.
hampir 3 tahun...
sejenak muhasabah, apa guna air mata mengalir ini?
kenapa dibazirkan begitu banyak.
kenapa harus menangis hanya kerana masalah kecil?
apakah ia mampu menyelesaikan masalah?
apakah tangisan itu membuatkan orang datang kepada kita dan minta maaf.
kenapa aku harus terus menangis??

syukur alhamdulillah.
aku mampu untuk berhenti menangis kerana hal2 remeh.
tangisanku hanya sia2 apabila aku lemah.
kerana tangisan ini tak menguatkan diri aku.
malah menambah kelemahan diriku.
apakah aku mahu terus menangis?
bangun arrabe'!! jangan menangis.
la tahzan, jangan kau bersedih.
indahnya peribadi rasulullah, tangisannya hanya untuk Allah.
kenapa aku perlu menangis untuk manusia?
menangislah kerana Allah.
kesilapan kita tadi, perlu ditangisi dan disesali dalam solat hajat dan taubat.
tangis kepada Allah inilah yang akan menguatkan diri kita.

situasi ketiga aku tak pernah mengalaminya.
tapi, aku melihat kawanku yang seorang.
jelas terpancar, kemurungannya.
hampir seminggu. setelah disenda, terbit riak tawanya.
lama kelamaan, kembali menyepi.
diam membatu.
dalam hatinya, Allah je yang tahu.
aku melihatnya, sedih dan simpati, aku faham perasaannya.
tapi aku tak mampu menenangkannya.
kerna itu dirinya, bukan diriku.
hanya dia sendiri yang mampu menenangkan dirinya.
bukannya aku.

kadang dia menangis sendirian, duduk sendirian.
aku tak pasti apakah dia menghadapi masalah lain?
segan untuk aku bertanya.
aku jadi buntu...
kerap kali dia bertanya, "kenapa Allah turunkan dugaan kepada kita?"
bagiku, jangan kita melihat kepada dugaan ini.
tapi lihatlah kepada nikmat yang Allah berikan.
betapa banyaknya nikmat berbanding dugaan yang Allah berikan kepada kita.
orang yang dimarahi ibunya, bukan kerna ibunya benci!
tetapi ibu itu mahu menyedarkan anaknya, sayangnya dia kepada kamu.
Allah juga amat sayangkan kita, DIA nak uji, apakah kita sayang kepadaNYA?
salahkah DIA berbuat begitu?
apakah kita bersyukur? apakah kita ingat dan sayang Allah??

dugaan itu banyak dan pelbagai.
ramai orang menghadapinya, dan ramai yang tewas dan menyalahkan tuhan.
benci sangatkah kepada Allah?
kalau kamu benci, pulangkan segala nikmat yang dia beri kepada kamu tu!!
andai engkau benci pakwe kamu, dan nak clash.
pasti kamu akan jauh darinya.
dan pulangkan semula semua barang dan hadiah yang pakwe bagi kan.
dengan harapan hatimu akan puas!
tapi, apakah mata dan tangan bukan milik Allah?
apakah tanah bukan milik Allah?
apa yang engkau tinggal??
bencikah kamu kepada Allah lagi??
kejamkah Allah menduga kamu sebegitu??

jangan sesekali kita berfikir sebegini.
jika anda sangka anda paling hebat dugaan, lihatlah orang lain.
hebat lagi, ibu yang kematian anaknya.
hebat lagi, anak kehilangan bapa.
hebat lagi, rakyat palestin diseksa israel.
hebat lagi, insan yang dinoda maksiat.
anda?
bersabarlah, surah al-asr, sering kita baca.
beruntunglah orang yang bersabar dengan ketentuan Ilahi.
kuatkan amal ibadat kepada Allah.
bina pertahanan iman dan diri dari gangguan syaitan dan manusia yang jahat.

sekalipun hatimu dilukai, jangan menyendiri.
carilah sahabat yang memahami dan mampu membawa kita ke jalan kebaikan.
jika bersendiri, syaitan akan menemankan anda.
ditanam sekuat2 dendam dan amarahmu.
pelbagai sangkaan dan hasutan untuk menyalahkan Tuhan dan orang lain.
suarakan suara hatimu kepada orang tu.
nyatakan teguran kamu, agar mereka mengerti.
setiap manusia melakukan kesilapan.
maka, tegurlah mereka yang tersilap dan yang menyakitkan hati kita.
fahamilah teguran itu, dan berubahlah.
terima teguran sebaiknya.
jangan ego yang melampau.
sesungguhnya ego itu, datang dari sifat syaitan.
jauhkan ego, terimalah mereka seadanya.
dan maafkan mereka, pegang tangan mereka (sejantina), dakaplah mereka.
rasailah dan fahamilah perasaan mereka.
sesungguhnya bersendiri takkan menyelesaikan masalah!

[bersendiri... ada kebaikan dan keburukan. bersendirilah dengan ibadah kepada Allah. tapi jangan bersendiri untuk syaitan]

6 ulasan:

Unknown berkata...

semoga kita mempertingkatkan amalan kepada Allah..
kerna kita ni hamba yang lemah..
sentiasa dibelenggu masalah.
oleh itu, jangan biarkan diri kita dihasut oleh syaitan..

Bazzstary berkata...

tertarik ngn perenggan ttg shbt tu...

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan"
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

hanie berkata...

alhamdulillah..
byk yg saya dpt ngan blog ni
keep it up yah
;)

123run berkata...

Penulisan yang sangat baik. Ringkas, padat dan menarik. I agree that, being alone and silence is not a way to cope with problems. That's y we have fellowship among the Christian' belivers. So that we'll share all the ups and downs of each other, and pray together. I can see ur point in ur believes too. Nice writing. Good luck!

Aurora Trading & Services berkata...

salam

ooo macam tu ke abang mase kecik...humm

post yang mnarik ~

Harithmkt90 berkata...

salam..alhamdulillah...berkat tamrin sedkit..panjang ilmu....disampaikan..alhamdulillah banyak input..moga perjuangan dapat itiqamah..insyaallah.