hidup ini tak pernah kenal erti puas.
kadang tu, kita membazir masa hanya nak memuaskan hati.
hakikatnya, hati tak pernah puas !
kritikal dan terus kritikal.
aku tak pernah serik dengan masalah dan kerja.
dunia sibuk ni bermula sejak aku tingkatan 4.
entah apa yang meransang aku untuk beranjakan paradigma.
perubahan drastik yang aku pun tidak mengerti.
peralihan tingkatan 3 ke 4, sering membuatkan aku tertanya2.
aku harus kaji dan selidiki.
di mana punca, dan di mana bermula.
hakikat pengawas, memang sibuk.
apatah lagi kalau kita jadi ketua kepada mereka.
sehinggakan kadang2 aku terabai ilmu aku.
hampir berkali2 dibebel oleh cikgu.
betapa prihatin mereka terhadapku.
apakah aku prihatin kepada diriku sendiri?
matrikulasi, anjakan paradigma sekali lagi.
bertanding jawatan tertinggi.
apakah aku gila kuasa?
aku risau. takut dilabel sedemikian.
pengalaman yang sama berulang.
pelajaran masih aku abaikan.
kenapa pasti cikgu membebeli aku?
kenapa dan mengapa?
di universiti, kegilaan aku masih lagi memuncak.
persatuan demi persatuan aku ceburi.
apakah aku sedar aku terlalu berlebih-lebihan?
sehinggakan dari 24 jam, masa untuk diriku sendiri pun tiada.
apatah lagi untuk menelaah pelajaran.
pengalaman dulu berulang lagi.
pensyarah masih mengambil berat tentang diriku.
apakah aku tidak ambil berat dengan diriku sendiri?
kadang bila aku berfikir kembali.
yang paling simpati dengan diriku dan ilmuku.
adalah ibuku. beribu ribu ribu kali dia tabah meleteriku.
aku masih enggan berhenti berjawatan.
kenapa? dan mengapa?
kadang aku merasakan kesibukan ku ini sudah sampai ke tahap menyesakkan.
sehingga aku amat sukar bernafas.
dan mungkin sampai masa aku akan jatuh.
ya Allah. kerap kali aku berfikir tentang kesibukan ini.
apakah ia bermanfaat padaku? apakah ia merugikan ku?
kesibukan ini kadang menyeronokkan.
tapi kadang menyeksakan. awas, bagi anda.
syukur, Allah masih memberi peluang untuk aku menggengam keputusan yang baik.
Allah masih memberi aku ganjaran yang baik.
aku yakin, andai aku lebih tekun menuntut ilmu.
dan andai aku menyibukkan diri dalam organisasi dengan matlamat yang satu.
ilmu dan amanah kerana Allah, aku pasti akan lebih maju ke hadapan!
ya, itu yang perlu aku titikberatkan.
bukan amanah yang menyebab aku gagal dalam membawa ilmu.
bukan ilmu yang menyebab aku gagal dalam membawa amanah.
tapi yang bakal menggagalkanku dalam membawa ilmu dan amanah ialah hilangnya keredhaan DIA terhadap kita.
muhasabahku untuk diriku.
[penat dan letih... tapi lagi penat bila tak berbuat apa2.]
5 ulasan:
I'Allah Arrabe' dpt mengimbangkan masa dan persatuan.. masa SPM dl un bagus jer result.. kitorg skrg tgh risau.. hihi..
Cikgu dan lecturer marah tanda sayang..
kita ade 24jam 7 hr sminggu.gunakan sebaiknya.
Kita sentiasa menyangka bahawa kitalah insan yang paling sibuk di dunia ni
Namun, sedarkah kita, masih ramai di luar sana juga sesibuk kita... Malah lebih sibuk
Anda masih ada masa untuk tidur bukan?
Kita tidak akan pernah berhenti berehat kerana tidak sibuk... Kerja kita tidak akan pernah selesai... Masalah akan hanya tiada setelah MATI!
Enjoy your life.. Carilah nikmat dunia yang sebenarnya! ? !
syukran sahabat..
well...without business (not that money things!) life is bored! huhuh
Catat Ulasan