dah masuk kali ketiga, masih takde peningkatan..
pening2.
setiap tahun akan ada sekali aku main boling.
semalam aku main boling dengan sahabat PKPIM di seremban parade.
kira perlawanan persahabatan.
antara PKPIM pusat, KUIS, USIM dan UKM.
sepatutnya jam 10.30 pagi mula.
tapi disebabkan masa tak dipatuhi, terpaksalah kami main dulu.
saja sesuka panaskan badan.
alhamdulillah, aku baling bola dengan penuh baik.
sukar untuk masuk longkang.
tapi aku pelik.. apsal bola kat sini semua berat2.
atau aku yang makin ringan?? hehe.. aku pilih bola 10. warna biru.
ditunggu punya tunggu jam 12 baru semua sampai..
aduhai.. tolonglah patuhi masa.
kalau dah tahu tempat jauh, keluarlah awal !
camne agaknya nak ubah sikap manusia ni ye??
dalam alQuran pun, Allah bersumpah demi masa.
dalam surah al Asr. dan sentiasa kita baca.
hayatilah maknanya !
jam 1 petang, kami mula bertanding.
game pertama, ok la jugak. tapi dalam pasukan UKM, aku masih lemah.
aku pelik camne diorang boleh baling bola boling dengan halaju yang laju
tangan aku terasa kebas juga.
game 2, aku tak pasti kenapa...
asyik2 masuk longkang.
hampir 6 kali masuk longkang.
rasa sia2 je waktu tu..
mungkin aku dah hilang keyakinan.
dalam hidup ni, meskipun kita telah melalui pelbagai rintangan dan percubaan.
yang paling penting fokus dan keyakinan kita kepada Allah.
andai kita hilang fokus, kita akan terumbang ambing.
sama macam aku, hilang fokus dan asyik masuk longkang.
sia2 je hidup kita.
subhanallah.. dalam pertemuan yang singkat ni pun aku beroleh pengajaran.
syukur kepada Allah.
[UKM tempat ketiga. dari 5 pasukan.. huhu.. rasa nyesal pun ada.. tapi syukur alhamdulillah]
6 ulasan:
tangan masih lenguh.. huhu
Salam robe...
hehe.. sabar2...
cam dakwah gak kena istiqomah untuk capai target yang 1...
kita berdakwah nak capai mardhotillah...
cam men boling bukan mudah gak...
org yang dah bertahun2 men pun kdg2 bila tersalah langkah tak strike maupun masuk longkang.... disitu peranannya uzlah dan fokus...
uzlah kita muhasabahkan napa kita goyah.. fokus, mungkin kita terpk benda len and terlalu fokus sampai ilang fokus...
ana pun baru2 ni men bowling dengan adik2 junior KPIJ Batu Pahat...
Sakit tangan...
malam nak wat tutor pun sakit...
tp alhamdulillah pas letak minyak angin esok pgnyer ok...
#ps..
lepas men boling kami wat sesi pengisian sket.. nak guna konsep hamba dan khalifah pakai method yang diaplikasikan dr bowling.. adeh tak kuar idea... ni baru kuar...
takpela....=0
huarghhh aku pun tatahu men boling! asek ke longkang juga! hihih
ak pn sama jugak cm cik mea berry
1 game tu mest masuk longkang
atleast 5kali
hua3~
mea: apis:
samalah kita bertiga. hehe..
manusia taklah sehebat mana.
kadang kita dah mahir pun boeh termasuk longkang.
orang kata sebab bola ni bulat.
tapi sama je, kalau petak pun susah jugak nak baling.. hehe..
ruhul:
istiqamah.
benar. kalau kita tak berterusan, kita takkan dapat hasil yang kita harapkan.
macam studi la kan? kata nak 4. tapi studi tak konsisten. kejap lepak, kejap borak.. studi? tidak?
alih2, 3.1 jugak. aduh kena batang hidung da..
fokus dan istiqamah la kan??
Catat Ulasan