"apabila hati tu dipenuhi dendam, pelbagai cara sanggup dia lakukan"
aku amat terkilan sekali lagi.
dalam pada kita duduk pertahankan islam, ada juga duri dalam daging.
tak pastilah, duri ni dalam daging kita atau dia datang dari luar, saja nak cucuk.
tapi hakikatnya, janganlah butakan mata hati tu.
zaman kita ni, nabi muhammad saw ada sebut sebagai zaman fitnah.
lagi2 kita di akhir zaman.
dimulakan dengan karikatur denmark.
disambung dengan filem fitna oleh belanda.
dibuli lagi dengan perang oleh israel.
ingatkan serangan terhadap islam ada kat luar je..
rupanya kat dalam ni pun, duri dia lagi tajam.
malah lebih menanahkan hati setiap muslim yang benar2 muslim.
Allah dah banyak kali sebut tentang sifat munafiq.
tempatnya di neraka. siapa nak ??
hanya yang faham dan hayati islam, yang taknak munafiq ni ada dalam diri dia.
ayuhlah insan, jadilah muslim sebenar.
bukan setakat solat, puasa je tugas kita.
bukan setakat ic tertulis islam.
bukan setakat kita kena kahwin dengan orang islam je
bukan setakat mati kita kena kafan dan tanam cara islam je.
bukan setakat haram makan babi dan minum arak je.
bukan setakat dan bukan setakat tu je.
akhlak muslim mana?
zikir kita mana?
hikmah kita mana?
pemikiran islam kita mana?
aku bukan emosi atau berfantasi.
aku serius. serius dalam apa yang kita hadapi sekarang.
aku semalam dapat mesej, tentang satu blog yang menghina islam.
memang blog tu hina islam. tak perlu aku nyatakan.
aku lihat semuanya boleh mengubah iman kita. nauzubillah.
berhati2lah kalian.
apa yang kita baca dan dengar, tapislah dan analisislah!!
jangan terima bulat2! tanya yang pakar.
bacalah doa pelindung diri.
mohon pada Allah teguhkan iman kita.
dan seboleh mungkin, jangan sebarkan blog ini.
biarkan ia sepi. mana tau, dengan penyebaran kita tentang blog yang menghina islam ini.
bertambahlah orang yang cuba lihat blog ini dan berubah iman nya.
ayuh muslim, pelbagai taktik mereka guna untuk mengaburi mata kita.
ingat, lihat melalui mata hati, bukan mata fizik.
[www.syurga-XXXXX.blogspot.com - laman ini yang menghina islam. anda bersedia?]
10 ulasan:
lagi dia suka orang baca dia punya blog.
keji..
cancel..baru ingat nk bkk..
kalau liyana nak buka, bukaklah, tapi jangan terpengaruh.
kalau boleh bagitau ayah ke??
blog tu utk invited member jer skrg nich...
since aq blom tgk blog tu, x tahu nak komen aper! tp kpd penulis tu klu dah x mau apa2 agama la... blah jer! x yah susah kan diri nak hina menghina agama org! ada untung?
kan beck ? hhuhuh
shouting "HELL"
LAHAULAWALAKUWWATAILLAHBILLAHILALIBILAZIM...
syam:
yup.. benar.
buat apa nak hina agama orang.
islam melarang umatnya hina agama lain, meskipun agama diorang terpesong.
jika ada muslim yang hina agama lain dengan fakta yang tidak tepat tanpa dalil, dia bukan muslim yang benar2 faham islam.
jangan cakap tentang islam, jika tak faham islam secara keseluruhan
syam:
oh ye syam..
"kalau tak mau apa2 agama blah je?"
kalau dia muslim pada asalnya, tak boleh murtad.
kita perlu bimbing dan nasihatkan dia.
sebab kadang orang yang macam ni, tersalah faham dengan islam.
dia lihat islam dari umatnya bukan dari pegangan islam itu.
sebab tu, jika ada kawan yang lemah dengan islam, kita perlu selamatkan dia.
becks,
merujuk buat aq kah itu?? cis beck! hahahaha
(tetiba aq emo plak! hihihi)
kalau kau sudi.. aku akan bantu kau syam.
Catat Ulasan