Selasa, Februari 03, 2009

bahaya perayaan agama.

"menariknya bila melihat kepelbagaian kaum di malaysia. tapi ada juga yang bahaya...."

raya cina aritu aku di gunung angsi.
aku tak dapat mesej rakan2 cina untuk ucap hepi raya cina.
sebab mungkin batasan masa dan tenaga.
aku masih kurang mengerti akan perayaan mereka.
adakah mereka sambut atas dasar agama buddha atau hanya adat?
aku khuatir untuk meraikan bersama mereka.
aku taknak dengan meraikan perayaan mereka, bermaksud aku suka melihat mereka dalam kekaburan petunjuk yang benar.

memang tidak dinafikan, kepelbagaian kita, merancakkan lagi pengetahuan kita akan budaya orang.
tapi awaslah kita, dalam mengenali budaya mereka, jangan sampai menjerumuskan diri kita ke arah kesesatan.
meskipun zahirnya kita tak mengatakan kita syirik.
tapi melalui kepercayaan, naluri hati dan perbuatan juga boleh menyebabkan kita syirik kepada Allah.
syirik = mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain.
macam isu yoga yang diharamkan, meskipun ia untuk kesihatan badan.
tetapi awaslah kita, bacaan2 dan gerak badan yoga mengandungi pemujaan2 tuhan mereka.
sebab tu aku khuatir, apabila kita terlalu seronok menyambut perayaan mereka, takut takut kita tergelincir.
nauzubillahiminzalik.
tapi yang memang jelas, raya krismas, memang itu perayaan kristian.
awaslah kita, semua agama tidak sama! mungkin bagi mereka sama, tapi islam beza.
Allah pun ada menyatakan dalam AlQuran, Islam tu adalah yang tinggi, dan takde yang lebih tinggi darinya.
awaslah kita. melalui niat, kata2, dan perbuatan dan pemikiran semuanya berpotensi untuk tergelincir.
berpeganglah pada AlQuran. teguhkan aqidah dan iman kalian.
berpeganglah kepada rukun iman yang 6 (Allah, malaikat, kitab, rasul, kiamat, qada qadar)

jom bertekad !
dalami alQuran dan hayati rukun iman.
aku bersedia bersama kalian.
bersama menasihatkan.
moga Allah menghidupkan kita ini dalam iman. mematikan kita dalam iman. dan menghidupkan kembali dengan iman.

[di PTSL yang sejuk. jam 450 petang. jom gi solat asar.]

7 ulasan:

arrabe' berkata...

banyakkan zikir dan hayati makna AlQuran..
jom.

Tanpa Nama berkata...

fokus terhadap apa yg dibuat.tetapkan pendirian dan iman.ingtlah DIA,insyaallah ALLAH akan igt kita.:)

Ursley Devar berkata...

CNY mmg utk org mana2 org cina bkn agama buddha... sbb aq ada kawan cina moslem dan still celebrate CNY...

"semua agama tidak sama".. hmmm... x setuju... but it's up to you to have your own perception depend on your culture and religion background! it's better to talk bout it in your group rather than discussing in a wide opening blog...

well everybody is bias (except real liberalism hahaha)...so keep it silent and talk bout it cryptically in your group! voice it out may irritate people around you...

-0pinion-

arrabe' berkata...

syam:
ko tak setuju?
jangan begitu syam.
aku rujuk alquran dan hadis.
tiada yang bias dalam alquran dan hadis.
apapepun pandangan kita, rujuk Alquran dan hadis. ini pegangan kita, bukan logik minda.

arrabe' berkata...

rujuk ali imran ayat 19:
Sesungguhnya satu-satunya agama di sini Allah ialah Islam

hadis nabi juga ada menyatakan:
"Agama Islam itu tinggi dan tiada ada yang lebih tinggi daripadanya”

Ursley Devar berkata...

x salah jd bias becks! sbb sumer or bias dan ada preference sendiri...
but just keep it silent! then.. nobody gonna be hurted (aneh jerr ayat nich bunyi nyerr LOL)

--

arrabe' berkata...

yang benar tetap benar syam.
yang salah kita kena perbetulkan.

hmm.. ttg yang fitnah, dan cerita yang bukan2, memang patut dihentikan. menyakitkan hati orang je