setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Jumaat, Februari 27, 2009
berehat sebentar
Rabu, Februari 25, 2009
mimik mukanya berubah2
25/2:
"cerita dr F lagi.
nanti lah.. ngantuk.."
"meaberry minta sangat aku sambung cerita dr F."
harini aku sambung balik cerita dr F yang sangat menarik hati aku.
entahlah. apa yang menarik eh??
berbalik pada cerita mimik mukanya berubah2.
aku teringat minggu lepas 25hb feb, kuliah hari rabu kot jam 1 tengah hari.
alkisah yang dulu aku cakap, dr F suka mendera kami.
ingat lagi ke??
kali ni giliran fitriah dan huda pulak.
kumpulan mereka kena bentang jurnal yang mereka baca.
almaklumlah, jurnal bukan macam majalah hiburan ataupun majalah i.
jurnal adalah satu majalah yang amat sukar difahami dan tak laris di pasaran masyarakat.
tapi.. amatlah pisang goreng di dunia saintis.
kami ni?? baru nak masuk ke dunia saintis.
kalau nak buat analogi:
"bayangkan kita di dalam cerita harry potter. (meskipun aku tak tengok penuh)
si harry dari dunia manusia nak masuk ke dunia sihir.
harry dan kengkawan tu kita lah. baru nak belajar sihir.
terbayang wajah pensyarah dalam cerita harry potter. siapa? hehe.."
sewaktu fit tengah bentang jurnal, terkekek2 dr F gelak..
fit dengan sabar meneruskan terjemahan jurnal yang dibuat.
wajah dr yang comel gelak dan kadang berubah2 muka, amat mengesiankan kami dengan fit.
yelah, fit yang kecik tu terus khusyuk sambung tafsirannya tu.
yela, apa yang fit terang apa yang dia dan kita faham.
lainlah dr yang dah biasa dengan jurnal.
kitorang pun turut gelak bila tengok dr gelak.
fit dengan selamba je teruskan tanpa peduli orang gelak.
kadang kesian kat fit.
lepas habis je pembentangan tu, dr terus cakap salah.
kalau aku, memang nak nangis la..
tapi fit terus tabah. tahniah fit.
apapepun, dr terangkan kami apa yang jurnal tu kaji.
setelah itu baru kami faham.
adakala, banyak pahit dalam kita berusaha menuntut ilmu.
tapi yang pahit ni, kelak akan menjadi manis jua kelak.
percayalah, meskipun kita penat buat asignment dan takde penghargaan pun daripada sesiapa, tapi hanya Allah yang akan membalas hasil usaha kita jika kita benar2 ikhlas. kan??
p/s: sama konsep dengan kerja dalam berpersatuan.
[kini aku kembali aktif menaip..]
Isnin, Februari 23, 2009
punca sebenar pemasalahan politik
"aku baca blog ni.. perkongsian ilmiah yang baik. blog hilmi"
Frans De Walls, dalam bukunya Chimpanzee Politics(1982) ada mengungkapkan tentang ‘kelicikan Machiavellian’ ataupun ‘Machiavellian Intelligence’. Maksud yang ingin beliau huraikan ialah bagaimana kapasiti seseorang boleh memanipulasi keadaan sehingga menguntungkan nafsu peribadi. Tidak timbul soal prinsip atau tidak, asalkan matlamat menghalalkan cara. Biar siapa yang terkorban, sama ada keluarga, sahabat baik, prinsip agama, asalkan nafsu serakah ‘politik’ tercapai. ‘Machiavellian Intelligence’ boleh diterjemahkan melalui sikap berjanji, tetapi boleh bila- bila masa memungkiri janji.
Boleh membohong, tetapi kadang- kadang sahaja bercakap benar. Boleh nampak baik dan ‘beriman’ di tempat awam, tetapi, boleh berwatakan ‘iblis’ jika di belakang orang. Boleh memuji depan orang, tetapi boleh mengumpat dan mengeji di sebaliknya. Semua ini tidak mustahil hari ini, kerana politik adalah segala- galanya.
Maka tidak menghairankan jika silang- sengketa perbalahan politik ada kaitannya dengan penganut faham politik ala Machiavellian. Apa bezanya dengan kriteria orang munafiq? Bukankah ciri orang Munafiq seperti yang terkandung dalam Hadith Sallahu’alahi Wasalam, iaitu bila berjanji suka mungkiri, bila bercakap suka berbohong dan bila diberi amanah suka khianati.
Apabila politik dilihat segalanya, makanya obsesi atau keghairahan terhadap politik melampaui batas. Apatah lagi apabila politik sebenarnya tidak mengenal prinsip. Tidak pernah dalam sejarah politik moden kejujuran dan kebaikan diletakkan di tempat paling atas sebagai prinsip paling utama. Prinsip yang mendominasi politik moden hari ini ialah semuanya berteraskan faham Machiavellian.
Benjamin Wiker dalam bukunya 10 Books That Screwed Up the World; And 5 Others Didnt Helpmenulis pengaruh Machiavellianisme yang telah mendominasi peta pemikiran politik semasa. Beliau mengesahkan bahawa sifat ‘iblis’ atau kejahatan ini akan sentiasa mendominasi karakter manusia, apabila melihatkan kebaikan sentiasa tunduk kepada ‘kelicikan’ iblis. Ini terbukti, bagaimana seorang hamba Allah yang mulia, pertama kali dilahirkan sebagai khalifah bernama Adam, tetapi ‘tumpas’ kepada bisikan Iblis.
Berapa ramai orang ‘alim atau ahli ibadat, yang kononnya rajin beribadat, tetapi rupanya diperdaya oleh Iblis kerana ujub dan takbur dengan sifat ‘alimnya. Ibn Qayyim Al Jauzi ada berpesan dalam bukunya ‘Talbis Iblis’ iaitu ‘Perangkap Iblis’ supaya orang beriman berhati- hati dengan permainan dan tipu helah iblis. Malah berapa ramai orang dermawan dan ilmuwan yang dihantar ke neraka kerana luarannya rajin menderma dan berbakti pada ilmu, namun rupanya ada niat keduniaan iaitu digelar sebagai dermawan dan ilmuwan. Kisah mereka ini ada dirakamkan dalam Hadith Sallahu’alahi wasalam.
Jumaat, Februari 20, 2009
keghairahan si pensyarah
ramainya follower ku...
Isnin, Februari 16, 2009
bila masanya kita beribadah?
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik
Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<>
> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... .....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... .....
Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah,
ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.
Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU"..
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan..
Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana?
Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "
Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga....
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?
Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun
Kesimpulan:waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit!
Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....
itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun;
dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris
orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang
selalu bergelumang dosa...
Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian.... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......
Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat
TAMAT
"Bukan suatu paksaan untuk di sebarluaskan"
"Saling mengingatkan sesama bukanlah hal binasa''