Sabtu, Mei 30, 2009

barang jualan vs penjual

"isu ni mungkin ada sestengah tak setuju, tapi ni pandangan aku saja"

barang jualan adalah barang yang kita nak beli.
selalu di pasar, kedai, pasaraya, pasti ada barang yang kita nak beli.
semua benda kita nak beli perlu duit.
lainlah masa dulukala.
tukar2 barang mengikut keperluan.
tapi zaman moden ni, bukan ikut keperluan dah.
malah, yang tak perlu pun, kita rasa perlu dibeli.
kan?
nilah semangat konsumerisme.
aka membazir atau mengikut hawa nafsu.

hari tu aku pergi pasar malam.
hampir setiap hari di bangi ada pasar malam.
aku dah muak pergi pasar malam.
mungkin sebab tiap2 minggu pergi pasar malam. hehe.
isnin: (tak ingat)
selasa: seksyen 16 (shell) (area rumah aku masa sekolah rendah)
rabu: seksyen 4 (area rumah aku waktu form 2)
khamis: seksyen 7 (area rumah aku)
jumaat: seksyen 4
sabtu: seksyen 16
ahad: (tak ingat)
bila nak pergi pasar, biasalah makanan jadi barang jualan yang dibeli.

cari punya cari buah epal fuji.
aku di seksyen 4.
penjual pertama, budak muda.
penjual kedua, pakai rantai perak
penjual ketiga, pakai rantai emas
penjual keempat, hisap rokok.
aku tak tahu nak beli kat sapa.
kalau aku nak beli epal fuji yang segar, aku beli kat penjual 4.
tapi, dia hisap rokok.
taknak aku sumbang duit aku kat dia.
ke2 dan ke3 pakai rantai pulak.
alamak hai..
tengok pun aku tak gemar nak beli.
patah balik ke penjual 1, hmm, budak muda ni tak hisap rokok dan tak pakai rantai.
tapi buah tak segar sangat la..
barang jualan vs penjual?
mana patut aku utamakan?

orang kata kita kena sokong produk malaysia.
ok.. goood.
aku memang sokong.
orang kata kita kena sokong ekonomi orang melayu.
ok.. gooood. but not really..
seramai mana orang melayu yang reti senyum?
seramai mana orang melayu yang layan pelanggan dengan baik?
sakit hati lagi kita nak membeli.

prinsip aku kalau nak membeli -
1. tengok dulu barang jualan yang kita nak beli.
kalau barang jualan tu, takde orang muslim yang hasilkan, memang nak taknak kena beli jugak.
contoh: tv, radio, komputer

tapi kalau ada orang muslim yang hasilkan, aku akan utamakan buatan orang muslim.
contoh: colgate dan halagel. pasti aku beli ubat gigi buatan muslim.

2. tengok mutu barang jualan
kalau barang jualan tu muslim punya, tapi ada banyak pilihan, aku pilih yang mutu baik.
contoh: ubat gigi. ada muslim, halagel, HPA dsb. aku pilih HPA, sebab dia ada kandungan herba. terpulang pada pandangan mutu masing2.

3. tengok personaliti penjual
kalau penjual muslim tak menutup aurat, aku takkan beli.
contoh: di pasar malam, nak beli laksa. ada 3 penjual muslim. ada yang tutup penuh, ada yang seksi. pasti aku beli yang tutup penuh. orang kata nak berkat makanan tu. dan kita yakin duit yang kita bayar tu dapat diguna oleh orang yang menjaga islam.

kalau penjual tu tak reti senyum/tak peramah, memang aku takhingin nak beli.
contoh: muka masam dan peramah. ingat makanan ko sedap sangat ke? hehe.. itu suara hati. lagi2 cashier pasaraya. tak reti nak senyum ke? mahal sangat ke? buang masam ko tu.. tembak !! aku nak duit aku tu gembira dengan orang yang peramah.

kalau penjual tu hisap rokok. jangan mimpi aku nak beli.
contoh: depan kita dia hisap rokok. oo... pastilah dia guna duit aku untuk beli rokok.. sori...

kalau penjual tu kaki ngorat. lagilah aku tak hingin beli.
contoh: kalau nak tarik pelanggan bukan dengan mengorat bang.. lagipun aku laki.

itu prinsip aku bila nak membeli.
bukan kita nak bias atau nak diskriminasi. tidak kawan2.
tapi aku nak bagi pengajaran kat diorang ni.
buanglah sifat yang buruk jika nak maju.
jagalah aurat dan akhlak.

pernah kawan aku, roZ.
dia kalau pergi mcD dulu la, kalau cashier tak reti senyum.
mula2 dia order untuk makan.
tapi bila dia tak senyum dan ramah, dia suruh bungkus.
memang nampak jahat, tapi ramahlah sikit.
tahulah ramai pelanggan, penat ke nak senyum?

kalau cara aku pulak.
bila terpaksa beli jugak, aku akan ucap terima kasih kuat2 supaya dia dengar.
terima kasih sebab layan aku tanpa senyuman.
dan nak beri peringatan kat dia, yang ko ni tak reti nak ucap terima kasih ke?

[jangan takbur dengan hasil keuntungan kita, ucaplah alhamdulillah dan layanlah pelanggan kita sebaiknya]

aku dan fungi

"fungi tu kulat"
hari rabu lepas, aku, bell, shida, nani dan ida bawa abg johari pegi tengok fungi.
fungi tu adalah kulat.
kulat tahu tak?
hehe.. kalau kita biar roti lama2, nanti akan tumbuh ada putih2 pada roti kan.
kadang2 sampai jadi hitam.
haa... itulah kulat.
cendawan yang kita mana tu pun fungi.
ala, buat2 paham la ye..
alkisahnya tak menarik sangat.
tapi yang menarik, gambar2 kulat ni.
memang cantik. subhanallah.
nak tengok??

[sekian..]

Khamis, Mei 28, 2009

jangan terpengaruh dengan kami

"terkejut aku dengar kata2 ni"

sewaktu aku berjalan dengan 2 rakan perempuan aku ke wakaf taman paku pakis.
Id cakap kat aku.
tetiba lak tu.
"ko jangan terpengaruh dengan kami"
terpinga2 aku dengar.

memang manusia ni bila dilahirkan akan tercari2 petunjuk jalan.
setiap orang akan mempengaruhinya.
lihat budak kecik.
diajar dan melihat perbuatan orang lain.
contoh, ketika budak kecik itu mencuba untuk berkata2.
panggilan "mak, mak, mak" akhirnya budak itu terpengaruh untuk menyebutnya.
semakin ia membesar...
lama2, ia akan terpengaruh dengan orang di sekitarnya.
meskipun ibu bapa mengasuh dan mendidik dengan baik sekalipun.
tetapi sekali terpengaruh dengan orang lain, sedikit sebanyak kita akan berubah sedikit demi sedikit.

Id mungkin nak sampaikan ini pada aku.
aku tak sangka ada orang yang akan menasihatiku begitu.
meskipun berkias.
tapi aku tersedar dari pengaruh2 ini.
aku seolah2 hanyut dengan pengaruh ini.
pengaruh sosial. terlalu banyak berkata2 perkara yang sia2.
Id cakap lagi, dia tengok aku berubah bila aku pernah berkata sesuatu yang tidak menyedapkan.
setiap manusia pasti melakukan kesilapan.
cuma kadang kita sedar dan tidak sedar.
bila kita sedar ini, kita perlu bertaubat dan muhasabah diri.
akan tetapi yang tidak sedar ini, nasihatkanlah kesilapan itu dengan hikmah.
terima kasih Id atas teguran dan nasihat ini.

tak mustahil anak seorang ustaz yang alim, adalah orang yang tidak berakhlak.
ini semua bukan sebab salah asuhan, tapi sebab lemahnya dalaman terhadap pengaruh luar.
andai kita tak benteng diri dari pengaruh luar ni pasti kita akan hanyut.
kawal lah dirimu dari terpengaruh dengan syaitan dan pengaruh yang tidak baik.
elakkan perkataan yang sia2.
sebab itu, membawa kepada akhlak yang tidak baik.

[subhanallah walhamdulillah wala ila ha illallah allahuakbar]

Rabu, Mei 27, 2009

kematian seekor burung

"masa perkenalanku dengannya amat singkat"

aku selalu kejar burung.
cuba menangkapnya, tetapi dia berlari dan terbang.
aku cuba melompat, pasti dia terbang lebih tinggi.
seronok menjadi burung.
boleh terbang ke mana sahaja.
pastikah?
oh.. tidak..
lagi seronok jadi manusia.
dapat berjalan dan bercakap.

setiap haiwan pasti ada perasaan dan naluri.
begitu juga manusia.
ada perasaan dan naluri hati.
tetapi kita lebih akal.
mampu membeza mana baik dan buruk.
tapi sayang...
kita tak mampu memahami perasaan haiwan ni.
perasaan mereka hanya dapat kita kenal melalui pergerakannya.
hanya manusia yang bernama sulaiman je yang mampu berkata2 dengan haiwan.
itulah kelebihan nabi Allah sulaiman.

alkisah hud2 begitu menarik hati ku.
hud hud, burung yang banyak membantu nabi sulaiman.
haiwan kesayangan nabi sulaiman.
bijak berkata2.

alkisah ku ini bermula tengah hari tadi.
memang sudah lama aku mengidam nak pegang burung.
syukur alhamdulillah. aku dapat pegang.
burung itu tidak boleh terbang.
aku jumpa dia di perkarangan rumah aku.
mak aku simpati dan suruh bawak masuk rumah.
yela, takut ada manusia yang buli burung ni.
aku bawa masuk ke rumah.
pada awalnya, burung ni cuba melarikan diri.
tapi sebab kaki atau kepak yang sakit, dia senang ku tangkap.
rupanya dia mengerti niat baik ku.
dia selesa dalam dakapan tanganku.
matanya asyik merenungku.
aku makin suka dengan burung ni.

aku cuba cek kepak dan kaki.
tapi takde pula sakitnya.
tapi aku pelik, di kepala nya.
ada botak di tengah.
macam terlanggar sesuatu.
aku taruh sikit minyak but-but.
dia duduk senyap je.
aku makin risau. kenapa dia ni?

serba salah dalam hatiku.
patut ke aku lepas ke luar?
aku nekad nak lepas dia kat luar.
di tempat yang selamat.
aku pergi ke taman.
letak di rumput, dia cam sedih.
tak sampai hati aku.
selamatkah dia?
aku tak sanggup.
aku bawa dia ke dahan pokok.
cuba dirikan dia.
dia takleh nak berdiri betul.
asik nak jatuh.
aku lihat kaki dia tak mampu mencengkam dahan.
sebab di kakinya ada ketulan simen pada kuku dia.
aku segera bawa ke rumah.

aku tak mampu untuk buang ketulan tu.
aku hampir menyerah kalah.
si burung ni, makin lemah.
tak mampu duduk dengan betul.
dia macam nak beritahu sesuatu.
mata dia bertentang dengan ku.
aku minta izin mak aku untuk ke klinik haiwan.
aku segera naik motor.

dr. haiwan kata dia ok.
cuma lemah, mungkin sebab terlanggar sesuatu.
mungkin ada masalah dalaman.
dr. tak dapat rawat sebab diorang tak pakar dengan burung.
sedikit kecewa.
tapi dr. bagi ubat antibiotik.
dr. suruh rehatkan dia di rumah aku.
dan bagi dedak dan ubat ni sikit.

dia makin lemah.
waktu aku bawak motor, dia tengok je aku.
entahlah, hati aku tak sedap.
sesampai di rumah.
mak aku sukahati untuk bela dia sampai dia sembuh.
semangat mak aku untuk buat tempat tidur dia dari kotak.
waktu aku solat zohor, dia macam nak terbang.
tapi lepas tu, dia senyap.
mak aku risau.
aku tengok, jantung tak berdenyut.
mata dah tertutup rapat.
badan pun mulai keras.
entahlah... pertemuan yang singkat, tapi aku rasa sayang sangat ngan burung ni.
tak sempat aku nak bagi ubat antibiotik.
mak aku pun sedih.
aku cuba sembunyikan tangisku.
kini aku menulis dengan sedih.
renungan mata burung tu.
membuat aku menghargai makhluk ciptaan Allah.
kita hanya mampu merawat dan membantu dia.
tapi Allah lebih berkuasa untuk menyembuhkannya.

untuk sedapkan hati mak aku dan diriku,
moga burung tu mendoakan kita.
aku tanam di hutan paku pakis ukm.
aku terbayang, andai orang yang ku sayang pergi menghadap tuhan.
pasti aku akan lebih sedih dan tangisku tanpa henti.
subhanallah, hebat sungguh percaturanmu.
semoga burung itu gembira dapat bersama manusia di saat akhir seperti hubungan sulaiman dan haiwan2nya.

[tak pernah aku rasa sebak ni. entahlah....]

solusi 8

"ingatlah! mati itu datang tiba2"

maaf, ini iklan sahaja.
aku nak promosi majalah fadu ain keluaran telaga biru.
sangat menarik dan amat bermanfaat jika dibaca.
tak rugi beli meskipun harga mahal.
kulit dan isi sangat menarik untuk dilihat dan dipeluk.
itulah majalah solusi.
insyaallah setiap keluaran aku akan promosi.
sebab aku yang menjual.
so, sesiapa yang nak beli sms aku.
kalau duduk di luar ukm, aku akan pos.
insyaallah.
sebab sebaran dia tak meluas lagi.
tapi kalau anda nak beli sendiri, pergilah ke kedai buku muslim.
insyaallah ada.
harga rm9 je.

[ayahku keje situ, so, senang nak dapat majalah ni - sms 0122517488]

Ahad, Mei 24, 2009

putaran masa yang keterlaluan

"bangun, kerja, tidur, bangun, kerja, tidur"

itu rutin harianku sejak 2 minggu ni.
8hb mei hari tu aku baru tamat exam.
memang lega alhamdulillah, aku dapat jawab soalan2 exam.
wallua'llam sama ada betul ke salah yang banyak.
bersama kita terus berdoa agar pointer kita naik sentiasa.

sabtu ahad pulak pergi kmns, jadi fasilitator sementara.
tak hilang penat, isnin masuk kerja di institut biosains upm.
sabtu ahad, ada kempen recycle urusetia pembangunan sumber manusia (upsm) ukm.
isnin, masuk kerja balik.
cuti, aku tak cuti.
aku bertolak ke melaka sendirian sabtu pagi.
kini aku di hadapan komputer, baru balik dari melaka.
esok, ia berulang.. aku masuk kerja lagi.

suasana kerja amat amat berbeza dari suasana belajar.
aku tak berbicara tentang penat kerja.
tapi masa kerja.
berbanding masa belajar, ada jadualnya.
tetapi jadual itu tidak tetap.
kalau di sekolah menengah, jadual sampai tengahari je.
jadi masa petang, aku boleh berehat dan ulangkaji.

kalau di universiti, kelas sepanjang hari, tapi masanya jarak2.
ada masa rehat dan ulangkaji juga.
tapi masa kerja adalah tetap dan tidak fleksibel.
8 pagi sehingga 5 petang.
rehat jam 12.45 - 2 petang.
balik umah dah maghrib, mandi makan.
sudah jam 9 malam. penat lagi..
tertidur.... zzzZZZzzzz
bangun2, subuh.. bersiap, makan... kerja.
aduh.. tak sempat langsung nak berehat atau buat aktiviti yang bermanfaat.
macam membaca buku atau bersukan.
sangat singkat masa.
agak sukar untuk berehat lebih sikit.

hal penat kerja tak perlulah aku ceritakan.
tapi aku teringat surah wal -asr.
apa maksud Allah?
kerana masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian....
ayat pertama pun aku dah pelik...
kenapa rugi?
masa itu emas.
sering orang kata.
masa itu nyawa.
itu pun aku pernah dengar.
rugilah kita kalau kita tak guna masa itu sebaiknya.
rugi yang macam mana?
ye, memang kita kerja untuk duit dan pengalaman.
tapi masa kita rehat dan tidak berkerja?
apa yang kita buat?
pasti kita banyak habis masa untuk pulang ke kampung, bersukan, bercuti, tidur.

selalu bila kita sibuk pada hari berkerja.
berapa muka surat kita baca quran?
satu muka surat pun kadang aku tak sempat.
bila dah cuti, kadang tak ingat pula nak membaca quran.

aku rugi, bila masa kerja dan sibuk, teringin nak masa rehat.
bila dah rehat lupa nak beribadah kepada Allah.
lupa nak manfaatkan masa.
memang benar ayat Allah.
kita ni sentiasa rugi. sebab.. masa !!
anda ingat lagi tak.
5 perkara sebelum 5 perkara?

[aku disedut lohong hitam masa...]

aku kini kembali

"aku kini kembali"

mohon maaf sangat2.
aku rasa serba salah.
entahlah. sejak kilat sabung menyabung 2 minggu lepas.
aku terus tak dapat online.
modem aku burn.
litar pintas kot.
serba salah sebab aku dah cuba tekadkan untuk menulis tiap2 hari.

orang kata alasan tetap alasan.
yelah, kalau dah tekad, pasti diusahakan.
jangan dijadikan banyak alasan.
memang, aku menyedari.
maha suci Allah yang menjadikan kita serba lengkap.
akan tetapi ada juga kelemahannya.
jika kita lengkap dan sempurna, pasti kita salah guna kelebihan itu.
sebab itu firaun dulu sanggup mengaku tuhan.
sebab dialah yang paling sempurna.

kini, arrabe' kembali.
salam ukhuwah kembali.
syukur alhamdulillah, ayahku tukar modem dan monitor baru.
senang untuk beliau menulis dan aku menulis blog.

[doakan aku untuk berkongsi perkara yang baik dan bermanfaat untuk pembaikan diri kita bersama]