Khamis, Mei 26, 2011

kilat menyinari mereka


[malas baca? klik video di bawah]

bila aku membaca status abg WMA di facebook, aku memang terpinga2.

sangat tidak memahami apakah maksud status beliau.

cuba anda fahamkan dengan ayat ini

"Why is lightning said to laugh?
It is laughing at whoever
sets his heart upon its light."

[Mathnawi, Mevlana Jalaluddin Rumi]
aku bertanya apa maksudnya? adakah ketawa pada yang mengharapkan cahaya?
lantas, ada seorang teman yang menjelaskan

"Ibarat dunia kala melihat pendambanya. Tawanya kehairanan melihat mereka terabai dari pencarian yang sebenarnya - Khaliq, bukan makhluk. Hakikatnya keindahan yang dipaparkan sementara saja. Di situ persamaan dalam perumpamaan kilat mentertawakan orang yang mencari cahaya di sebalik kilauannya yang sekilas."

barulah aku mengerti dan sangat mendalam maksudnya.
betul tak?
pastu baru abg WMA memberikan puisi penuh, dan aku bertambah tertarik dengan penuh isi tersirat.
aku memahami dengan caraku, dan aku tidak pasti adakah penulis juga menyatakan hal yang sama.
aku masih lemah dalam bidang tafsir, namun ia tepat untuk diriku.
agar berhati2 dalam hidup ini.
ingat tujuan asal hidup di muka bumi Allah.
hmmm...
teringat juga aku pernah membaca dan tertarik kata2 Allah dalam surah AlBaqarah ayat 20.
aku yakin anda selalu membaca ayat 1-5 surah AlBaqarah ini kan.
pasti Allah menerangkan tentang ciri-ciri orang beriman.
kemudian ayat seterusnya Allah cerita pula sikap2 orang munafik.
yang berpura2 dalam menganut Islam dan memperolok2 agama Islam itu sendiri.
hmmm.. jap. anda faham ke olok tu apa?
olok tu macam tak serius, main2 dengan apa yang diperkatakan. [nak detail klik sini]
dan Allah bagi perumpamaan dengan orang munafik ini.


terjemahan ayat 2:20
"Hampir-hampir kilat
itu menyambar penglihatan mereka. Setiap kali kilat itu menyinari mereka, mereka berjalan di bawah sinar itu, dan bila gelap menimpa mereka, mereka berhenti. Jikalau Allah menghendaki, niscaya Dia melenyapkan pendengaran dan penglihatan mereka. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu."

kita kadang tak sedar kita termunafik seketika, sebab tu kena sentiasa ingat ayat Allah ini dengan semak diri dan muhasabah kembali, agar kita tak menjadi munafik.
dan ingat tempat orang munafik adalah di neraka yang kekal.
nauzubillahiminzalik.

Link
kat bawah ini ada puisi penuh Rumi:

Mistaking the lightning by the sun [ klik untuk baca penuh]

[malas baca? klik video di bawah]


Khamis, Mei 19, 2011

dalam mihrab cinta


sedap tajuk ini, dalam mihrab cinta.
aku tak faham apa itu mihrab, hanya pernah dengar mihrab.
oh ye, kalau tak salah ada mihrab dalam masjid.
jap, kita cek DBP.
ye. tepat, tempat imam bersembahyang atau bahagian masjid yang menganjur ke arah kiblat.

pasti ada yang sudah tahu, tajuk ini adalah tajuk filem Habiburrahman El-Shirazy.
yang terkenal dengan novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.
aku hanya beli novel Ayat-Ayat Cinta dan itulah kali pertama aku baca novel islami.
sangat baik pengisiannya.
dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) pun aku tengok melalui Youtube.
sangat cantik pengisian, dan membuat aku tak sabar nak beli novel KCB.

Dalam Mihrab Cinta (DMC) aku lagi tidak tahu menahu.
pertama kali lihat di makmal, En. R sedang menonton DMC di Youtube dengan penuh khusyuk.
masa tu tak tertarik langsung.
tetapi kali kedua aku menjadi sangat nak tengok bila ada status kawan di Facebook tentang kes sumpah dalam DMC. aku tengok dan sangat terkesan.
habis 8 bahagian DMC aku hayati.
cuma yang menjadi persoalan, adakah halal hasil copet yang telah dikembalikan?
hehe. anda faham?
tak faham, anda kena tengok!
[klik sini]

p/s: sangat menarik bila, Allah menjaga aib kita daripada diketahui orang lain meskipun kita masih belum bertaubat. malahan Allah tambah rezeki pada Shamsul setelah dia bertaubat setaubatnya. oh.. Allah Maha Adil. manusia pula sibuk dedah aib orang!


Sabtu, Mei 07, 2011

antara tulang dan besi

"umi ada cerita nak cerita kat kamu untuk pengajaran kamu"
umi yang baru pulang daripada semenyih bersama abuya.
semenyih, rumah peguam aku untuk kes kemalangan ni.
melihat motor aku yang telah siap dibaiki.
seram sejuk aku dengar kata2 umi ni tadi.
suspen dengan muka umi yang mencemaskan.

aku 21 Mac - 30 Mac, aku di wad 1, katil 11 (kalau tak salah).
katil nombor 8, Z, pelajar Tingkatan 5 SMK Saujana Impian (kalau tak salah)
dia pun patah kaki dan tangan, lebih teruk daripada aku.
selama 10 hari di Hospital Kajang, agak rapat lah dengan dia.
remaja lagi, memang tak reti duduk diam.
aku keluar hospital dulu daripada dia, dan aku sempat minta nombor telefon Zaidil.

hampir sebulan setengah aku di rumah.
bosan itu biasa bagiku.
tapi aku yang 23 tahun, sudah mengerti nak isi kekosongan diri.
aku capai AlQuran, Facebook, jurnal dan buku2 untuk dibaca.
kalau anda bagaimana anda isi bosan anda?

"masa mak dia tiada di rumah, Z bosan agaknya. jadi dia keluar rumah.
mungkin dia rasa ah elok skit, tu yang keluar jugak.
ala... rumah flat tingkat 4. tak tahulah, mungkin jatuh tangga.
besi dalam peha tu bengkok"
tergamam aku mendengar cerita umi aku ni.
umi menyambung lagi...
"Z masuk balik Wad. kena bedah lagi sekali 15 Mei ni. lambat lagi tuh"
aku seram sejuk.

malam tadi, umi nak dapatkan kepastian daripada mak si Z.
umi call mak si Z.
menurut umi besi tu patah, bukan bengkok.
Allah, sakitnya! aku terbayang lagi sekali kesakitan kaki yang patah dan hendak masuk kereta.
bagi Z, mungkin lebih perit. tulang dan besi patah.

akhirnya pesanan umi...
"kamu fikirlah baik2 nak masuk makmal minggu depan tiap2 hari."
"kamu tu belum baik sepenuhnya, ikutlah cakap Doktor."
aku senyap akur. terpaku membisu.
hanya Allah yang tahu keperitan amat!
semoga Z cepat sembuh.... duhai adik.


pertama kali dapat biasiswa

deringan telefon bimbit berbunyi.
Nabilah Mohamad, rakan sekuliah (coursemate) dan rakan semakmal (labmate) aku.
kenapa la, dia call petang2 ni.
"aku nak tanya... eh.. nak beritahu kot."
"apa dia?"
"ke ko dah tahu yang ko dapat Zamalah?" dia buat suspens.
"hah??"
{klik link keputusan Zamalah}

empat bulan lepas, aku sangat kesempitan wang untuk sambung belajar Masters (ijazah sarjana) di UKM.
almaklumlah, RM1600 yuran pengajian untuk satu semester.
dengan cengkaman hutang PTPTN semasa Degree (ijazah sarjanamuda).
RM21K aku pinjam, kena bayar balik RM24K.
masih menunggu kelulusan 1% Ujrah ~
bayangkan RM 300 aku kena simpan setiap bulan untuk tampung yuran Masters 1 semester.
dan RM100 (minima) untuk bayar hutang bulanan PTPTN.
peluang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada mahasiswa.
MyBrain15. terbaik. aku bersemangat!

dua bulan lepas, kesempitan masih lagi menghantui.
UKM membuka peluang kepada pelajarnya untuk memohon Zamalah.
Zamalah macam biasiswa juga, cuma beza skit.
aku cuba mohon, tetapi aku menjadi lemah semangat.
Zamalah sama macam MyBrain15, merumitkan!
aku jenis yang malas nak birokrasi sangat.
[DBP]
birokrasi ialah proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan.
...............................
isi borang tu, isi borang ni, sijil sana, sijil sini, medical check up, gambar pasport.
entahlah, aku perlu masa untuk mengisi borang yang sebegini.
masalah lambakan kerja makmal yang membuat aku malas nak isi borang ini.

yup. nak berjaya kena berusaha. ye tak?
kalau malas, mana nak dapat.
aku akur, kawan semakmal aku selalu bising ngan aku.
sabar jelah.
dengan kata inspirasi Abg Ruzi....
"kalau kamu bertiga dapat, kena belanja makan kambing golek"
terus semangat aku isi.

21 Mac, kemalangan yang berlaku.
aku tak fikir dah pasal biasiswa.
hanya fikir camne nak belajar dan nak sembuh.
hampir aku lupakan Zamalah, namun panggilan itu yang mengejutkan aku!
alhamdulillah....syukurnya.
tersenyum lebar aku tengok muka Umi.
"rasa macam nak peluk Umi je"
hehe..... syukur kepada Allah atas kurnia nikmat ini.
berjanji: aku nak belajar rajin2!
UKM tak salah pilih aku!!!

Rabu, Mei 04, 2011

surat putus 'couple'


semalam aku mendapat mesej daripada seorang lelaki (kenalan 'junior'), kira pangkat adik tentang masalah dia.
masalah kekasihnya minta berpisah.
hmm... rasanya tak perlu aku cerita lanjut masalahnya.
aku hanya ingin berkongsi jawapan yang aku berikan.

dan mohon sahabat2 di blog untuk komen dan tambah nasihat2 ini.
bolehkan?
andakan banyak pengalaman.

jawapan aku kepada adik ini.
------------------------------
pertama-tamanya dik, abg bukan pakar dalam hal cinta.
apatah lagi tak pernah bercinta dengan perempuan (tak caye? boleh rujuk blog abg {klik sini}).
ntah, mungkin sebab abg berdamping dengan orang yang dilamun cinta dan kemudian berpisah.
kesakitan yang memeritkan membuatkan abg fobia dengan bercinta sebelum masanya.

situasi adik, abg pernah dengar luahan hati seorang lelaki juga tentang kekasihnya yang berubah tetiba kerana baru tahu couple itu haram.
abg kongsikan nasihat dan pandangan abg sahaja.
terpulang pada adik..


1. abang bukan pakar hukum yang menentukan haram dan halal.
tetapi abg jelas dan yakin "la taqrabu zina" jangan hampiri zina itu adalah perintah tegas Allah kepada kita.
cuba buka surah Isra 17: ayat ke 32 {klik sini video}
maksudnya jangan hampir apatah lagi berzina (jelas haram berzina).

couple bermaksud kita isytihar 'kau kekasihku'. kan? (takut abg salah).
tetapi tak semestinya kita berpegang tangan dan duduk rapat2 kan?
tetapi dik, kita ini adalah insan yang lemah.
kadang-kadang syaitan itu suka masuk jarum-jarum untuk menggoda kita.

rasanya adik faham kan?
dan ini menjadi sebab kekasih kamu (X) takut dengan godaan syaitan ini.
adik kena hormat pendirian X sebagai seorang muslim.


2. perasaan cinta masih ada?
itu tak dinafikan dik. sebagai contoh, abang belanja kamu makan Pizza Hut kesukaan kamu.
memang kamu suka gile la...
pasti kamu teringin lagi nak makan Pizza Hut lagi kan?
adakah kamu akan menurut sahaja kehendak hati tu?
pasti takkan? sebab apa?
pasti pelbagai alasan kamu cuba elakkan sebab takde duit.


kenangan manis akan sentiasa ingat dalam minda kita.
ia takkan luput dari ingatan kita melainkan kita gila atau hilang ingatan.
sebab kita telah menempuh pengalaman manis itu.
bagi abang, kamu hanya perlu mencari alasan untuk melupakan sementara.
bagaimana? macam pizza hut tadi.
kamu sibukkan diri dengan buat kerja yang takde kaitan dengan X.
bile teringat je, pergi joging ke, tengok TV ke, baca alQuran, join persatuan dll.



3. bagi abg, jangan berjanji bagi benda yang tidak pasti.
kamu tak pasti pengaturan Allah pada masa akan datang.
adakah X ini yang terbaik di mata mu, tetapi pada Allah ada yang lebih baik buatmu?

sebab itu akhi, jangan lupa dalam kesulitan ini ingat Allah sentiasa.
ingat Allah bagaimana? tatkala teringat2 dan boleh mengganggu ibadah, segeralah istighfar dan solat taubat.
kalau hati tak tenang, ambil wudu'.
bosan2, baca alQuran atau baca terjemahan.
buka Youtube dengar ceramah, national geographic atau lagu islamik dll.


4. jangan lupa. berdoa kepada Allah agar dibukakan jalan dan diberi rahmat kepada diri ini.
insyaAllah dik. iman itu ada turun dan naiknya. teruskan berdoa dan banykkan ingat Allah. sibukkan diri.

maaf jawapan abg yang ringkas dan kurang memuaskan.


p/s: ustaz pahrol juoi adalah pakar cinta, bacalah bukunya, banyak soal cinta. atau boleh emel dengan beliau. ini blog beliau dan artikel ini sangat tepat dengan adik {klik sini blog beliau}
---------------------------

pecah tembelang

pernah anda dengar tentang telur tembelang?
aku pernah dengar tembelang, tapi aku tak pernah nak ambil tahu tentang istilah ini.
semalam semasa aku melihat Buletin Utama TV3 tentang berita Osama mati, hanya ada satu istilah yang aku rasa terbaik.

pecah tembelang!

pasti ramai sahabat yang dah baca berita tentang kematian Osama pada Ahad (1 Mei 2011).
reaksi aku semasa menyaksikan pengumuman, sedikit kecewa akan kekalahan Osama.
seolah-olah, Islam telah kalah. dan memang aku percaya bulat-bulat Osama dah mati.

aku menjadi ragu Obama kata nak bawa balik ke Amerika dulu dan lepas tu baru nak dikebumikan. pastu, berita lain cakap nak kebumi dalam laut dengan alasan tiada negara nak terima jenazah Osama. pelik aku...

aku bertambah ragu apabila terjumpa gambar photoshop di laman facebook.com.
dari sini aku dah dapat agak, Obama kantoi!
penipuan Amerika pecah tembelang.
masa ni rasa nak maki je Amerika, tapi bila fikir aku ni seorang muslim tak elok mencarut dan menghambur caci maki, aku hanya senyum sinis.

aku tak dapat bayang muka Obama tu nak jelaskan balik penipuan ni.
yang masih menjadi persoalan ~ "tapi takkanlah bodoh sangat".

p/s:
kalau merujuk DBP - tembelang ialah
1 = telur ~ telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk; telur kemuruk.
2 keburukan atau kejahatan yg disembunyikan.

p/s lagi:
aku menanti 'pecah tembelang' yang bakal muncul di Malaysia pula. biarlah Allah menghukum pemfitnah dan pelaku maksiat keji.

Selasa, Mei 03, 2011

royal wedding dilesukan?

pernahkah anda... ?
tertanya-tanya pada diri kenapa aku buat benda ini?
sedangkan benda yang dibuat itu hanya sia-sia.
membazir masa anda buat benda tu.
terasa menyesal dan lemah lutut mengenangkan perkara sia-sia ini.
hmmm... takpelah, anda mungkin tak rasa kot.

cerita hangat minggu lepas di seluruh dunia.
semua menyaksikan perkahwinan diraja secara langsung.
aku turut tak melepaskan peluang ini.
sesak yang teramat di bumi London.
ada yang sanggup tidur di jalanan semata-mata hendak mendapat posisi yang jelas.
aku turut melihat banyak wartawan dan polis di merata-rata.
pagi yang cukup indah di bumi London.
solat subuh yang tenang dan kemudian aku bergerak ke Istana Buckingham.
hampir 3 jam menunggu kelibat putera William dari istana.
hanya gelagat manusia di sini yang dapat ku lihat.

sudah jam 3 petang, aku terus buka NTV7.
punya tak sabar, aku asyik melihat perbualan wartawan BBC.
namun, solat Asar perlu juga aku dahulukan.
tinggalkan sebentar.
hampir jam 5 petang, baru aku nampak kelibat Putera William dan Putera Harry keluar dari Istana. dengan kereta diraja yang sangat unik.
Putera Charles dan Camilla pula keluar istana.
mak Kate Middleton dan adik Kate, James Middleton.
Queen Elizabeth dan King Phillips pula meninggalkan istana.
di kaca televisyen, aku amati tetamu di gereja Abby. semua tak kenal.
kecuali David Beckham dan Elton John.
opss... ada yang bertudung.
aku tengok betul2 lagi sekali.
yeah, tepat sekali, Duli Yang Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin dan Pemaisuri.
hebat!

hampir jam 7 malam waktu Malaysia.
aku tersedar semasa nak mengambil wudu' untuk solat Maghrib.
kenapa aku sanggup tengok perkahwinan ini?
apa aku dapat?
kerap kali aku fikir dan terus berfikir.
anda?
apa yang anda dapat dengan menyaksikan perkahwinan diraja British ini?
adakah hanya kerana Royal Wedding ini dipromosi dengan begitu hebat, membuat kita terpengaruh untuk menyaksikannya.
dengan alasan, tak nak terlepas peristiwa bersejarah?
andai Royal Wedding dilesukan, apakah sambutan sebegini juga?
dan kini, apa aku dan kamu dapat?


setelah berfikir, aku perlu betulkan pemikiran aku.
aku melihat Perkahwinan Diraja ini hanyalah untuk melihat budaya Barat.
ternyata, aku terasa beruntung dilahirkan dalam Islam.
entah kenapa, aku melihat gereja Abby seperti suatu yang tidak sehebat masjid.
bayangkan, gereja yang sangat besar dengan boleh memuatkan 1000 orang duduk di atas kerusi tetapi hanya digunakan untuk sekali sekala.
melihatkan Masjid sebagai Rumah Allah yang sentiasa dipenuhi (meskipun paling ramai hari Jumaat).
mendengar lagu ketuhanan kristian juga membuat aku bertambah bersyukur menjadi Muslim yang boleh membaca AlQuran dan memahami maknanya.
melihatkan upacara pernikahan kristian, aku berasa lebih sucinya ikatan pernikahan dalam Islam, tanpa perlu tok imam pegang tangan bakal isteri aku.
menilai kembali semua ini, aku berasa sangat beruntung menjadi seorang Muslim.
Allah sangat menjaga ikatan pernikahan dalam Islam.
syukur alhamdulillah....