Sabtu, Mei 07, 2011

pertama kali dapat biasiswa

deringan telefon bimbit berbunyi.
Nabilah Mohamad, rakan sekuliah (coursemate) dan rakan semakmal (labmate) aku.
kenapa la, dia call petang2 ni.
"aku nak tanya... eh.. nak beritahu kot."
"apa dia?"
"ke ko dah tahu yang ko dapat Zamalah?" dia buat suspens.
"hah??"
{klik link keputusan Zamalah}

empat bulan lepas, aku sangat kesempitan wang untuk sambung belajar Masters (ijazah sarjana) di UKM.
almaklumlah, RM1600 yuran pengajian untuk satu semester.
dengan cengkaman hutang PTPTN semasa Degree (ijazah sarjanamuda).
RM21K aku pinjam, kena bayar balik RM24K.
masih menunggu kelulusan 1% Ujrah ~
bayangkan RM 300 aku kena simpan setiap bulan untuk tampung yuran Masters 1 semester.
dan RM100 (minima) untuk bayar hutang bulanan PTPTN.
peluang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada mahasiswa.
MyBrain15. terbaik. aku bersemangat!

dua bulan lepas, kesempitan masih lagi menghantui.
UKM membuka peluang kepada pelajarnya untuk memohon Zamalah.
Zamalah macam biasiswa juga, cuma beza skit.
aku cuba mohon, tetapi aku menjadi lemah semangat.
Zamalah sama macam MyBrain15, merumitkan!
aku jenis yang malas nak birokrasi sangat.
[DBP]
birokrasi ialah proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan.
...............................
isi borang tu, isi borang ni, sijil sana, sijil sini, medical check up, gambar pasport.
entahlah, aku perlu masa untuk mengisi borang yang sebegini.
masalah lambakan kerja makmal yang membuat aku malas nak isi borang ini.

yup. nak berjaya kena berusaha. ye tak?
kalau malas, mana nak dapat.
aku akur, kawan semakmal aku selalu bising ngan aku.
sabar jelah.
dengan kata inspirasi Abg Ruzi....
"kalau kamu bertiga dapat, kena belanja makan kambing golek"
terus semangat aku isi.

21 Mac, kemalangan yang berlaku.
aku tak fikir dah pasal biasiswa.
hanya fikir camne nak belajar dan nak sembuh.
hampir aku lupakan Zamalah, namun panggilan itu yang mengejutkan aku!
alhamdulillah....syukurnya.
tersenyum lebar aku tengok muka Umi.
"rasa macam nak peluk Umi je"
hehe..... syukur kepada Allah atas kurnia nikmat ini.
berjanji: aku nak belajar rajin2!
UKM tak salah pilih aku!!!

6 ulasan:

Anonymous berkata...

ALLAH tak salah pilih kamu. Untuk diuji.

Musibah itu ujian, bala juga ujian. Moga sukses dunia akhirat.

Noru Amran berkata...

Alhamdulillah. Belajar molek molek. jangan mudah putus asa.

Unknown berkata...

anon: terima kasih. akan ingat tuh.

cahaya: terima kasih cahaya. kadang sukar untuk istiqamah. tapi mujahadah.

Pierre berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Pierre berkata...

salam brother,

Saya nak tanya, zamalah Research University ini kena renew setiap semester ke? Blh tak explain sikit apa beza antara zamalah2 lain UKM.

Tanpa Nama berkata...

salammm apa bezanya zamalah ngn myBrain ASAP!!!1