Rabu, Mei 04, 2011

pecah tembelang

pernah anda dengar tentang telur tembelang?
aku pernah dengar tembelang, tapi aku tak pernah nak ambil tahu tentang istilah ini.
semalam semasa aku melihat Buletin Utama TV3 tentang berita Osama mati, hanya ada satu istilah yang aku rasa terbaik.

pecah tembelang!

pasti ramai sahabat yang dah baca berita tentang kematian Osama pada Ahad (1 Mei 2011).
reaksi aku semasa menyaksikan pengumuman, sedikit kecewa akan kekalahan Osama.
seolah-olah, Islam telah kalah. dan memang aku percaya bulat-bulat Osama dah mati.

aku menjadi ragu Obama kata nak bawa balik ke Amerika dulu dan lepas tu baru nak dikebumikan. pastu, berita lain cakap nak kebumi dalam laut dengan alasan tiada negara nak terima jenazah Osama. pelik aku...

aku bertambah ragu apabila terjumpa gambar photoshop di laman facebook.com.
dari sini aku dah dapat agak, Obama kantoi!
penipuan Amerika pecah tembelang.
masa ni rasa nak maki je Amerika, tapi bila fikir aku ni seorang muslim tak elok mencarut dan menghambur caci maki, aku hanya senyum sinis.

aku tak dapat bayang muka Obama tu nak jelaskan balik penipuan ni.
yang masih menjadi persoalan ~ "tapi takkanlah bodoh sangat".

p/s:
kalau merujuk DBP - tembelang ialah
1 = telur ~ telur yg tidak dpt menetas dan menjadi busuk; telur kemuruk.
2 keburukan atau kejahatan yg disembunyikan.

p/s lagi:
aku menanti 'pecah tembelang' yang bakal muncul di Malaysia pula. biarlah Allah menghukum pemfitnah dan pelaku maksiat keji.

Tiada ulasan: