Rabu, Oktober 28, 2009

sekali lagi ia muncul

"yes.. peperiksaan telah tiba kembali"

hantu exam datang lagi

sekali lagi ia muncul.
artikel aku yang sebelum ni pun berkenaan dengan peperiksaan.
setelah ku baca kembali, aku rasa, aku makin matang dalam menghadapi peperiksaan.
dan aku semakin sedar, mengapa kita perlu menghadapinya berulang-ulang kali.

sekali lagi ia muncul.
mungkin aku terlewat untuk pos artikel ini.
telah 3 hari UKM bermandi dakwat menulis jawapan soalan peperiksaan.
dan sudah 2 kertas telah ku muntahkan.
dan masih tinggal lagi 2 kertas.

sekali lagi ia muncul.
tetapi kemunculan kali ni, aku tak gementar seperti sebelum ni.
aku tak pasti mengapa?
mungkin aku sibuk dengan amali anatomi tumbuhan perbandingan.
mungkin aku sibuk dengan persediaan operasi khidmat masyarakat UPSM.
mungkin aku ambil unit/kredit yang amat sikit. iaitu 14.
14 unit yang mempunyai 6 subjek, dan hanya 2 subjek tiada final.
syukurku kepada Allah, aku telah ambil 20 unit berturut-turut untuk 4 semester.
moga aku lebih fokus.

sekali lagi ia muncul.
peperiksaan ini bukan hanya untuk subjek yang kita ambil di universiti.
peperiksaan ini untuk kehidupan kita.
gementar itu sebagai tanda kita bersedia ataupun belum untuk menghadapinya.
gementar itu untuk menentukan kita yakin ataupun belum.
aku tidak gentar bukan kerana aku yakin aku boleh jawab.
aku tidak gentar kerana aku merasai nikmat belajar pada semester ini.
nikmat ilmu yang aku pelajari amat bermakna buatku.
nikmat ilmu iniku faham dan ku cuba terapkan dalam kehidupanku.

sekali lagi ia muncul.
aku bertambah yakin dengan diriku.
cukuplah, aku gagal selama ni.
cukuplah, aku leka selama ni.
kini aku sudah 21 tahun, aku sudah dewasa.
kini aku sudah 21 tahun, sudah matang untuk menghadapi segala ujian.
moga aku dan kalian, terus gigih menghadapi peperiksaan ini.
jangan sesekali patah semangat, kerana ini baru peperiksaan kecil.
tetapi kita ada peperiksaan yang lebih besar seperti kata farhana nordin.

[moga kita berjaya bersama !!]

2 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Abg, teruskan usaha ya..

Dikaulah harapan ummah ini. Jangan kecewakan mereka..

[ana] Farhana berkata...

Mabruk ya akhi...
opss...
yang gambar tu bukan kuku ana...
hehe...
new update...
bacelah ye...
jgn segan jangan silu....

yup akhi harapan ummah dan agama...
teruskan usaha..