Selasa, Disember 29, 2009

nota hati Ar-Rabi'

"meaningfull"

lagi 2 hari ia akan berlalu pergi.
pergi jauh meninggalkanku.
12 hari lalu pun ia berlalu pergi.
pergi lebih jauh melarikan diri dariku.

hari berganti hari.
ia terus berlalu dan berlalu.
sewajibnya, semakin hari semakin cemerlang ke hadapan.
bukannya, semakin hari semakin mundur ke belakang.

nota hati seorang lelaki.
judul buku yang meruntun hatiku untuk membelinya.
sekilas pandang, indah pengisiannya.
jangan menilai buku daripada kulitnya.
tapi nilailah isinya.

nota hati Ar-Rabi'.
judul blog yang akan meruntun hatiku.
sekilas pandang, tiada makna bagimu. tetapi bermakna untuk diriku.
jangan menilai blogku daripada namanya.
tapi nilailah isinya.

[alahai tahun baru hijrah dan masihi, pergimu dikesali, gantimu dirai. terus berulang saban tahun. apakah kita begitu? pergimu disyukuri, gantimu disyukuri]

Sabtu, Disember 19, 2009

tiada istilah bohong sunat dalam islam


terlebih dahulu, aku memohon maaf kepada semua.
jangan terima 100% apa yang ku tulis.
kajilah dan analisa lah ia berdasarkan AlQuran dan Hadis.
jika salah tolaklah penyataanku dan nasihatkan diriku ini.
jika benar, terimalah ia untuk kemaslahatan kita bersama.

surah an nahl 16: 105
"sesungguhnya yang mengadakan kebohongan, hanyalah orang yang tidak beriman kepada ayat2 Allah, dan mereka itulah pembohong"

surah as-saff 61: 2 & 3
"wahai orang2 yang beriman! mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?"
"itu sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa2 yang tidak kamu kerjakan"

terang lagi bersuluh, Allah tidak menyukai orang2 yang menipu.
dan kerap kali Allah mencela orang yang berdusta.
bohong dan dusta adalah dua perkara yang sama, mungkin dari hukum bahasa melayu terdapat sedikit perbezaannya.
dan selalunya bohong dusta dan tipu ini kerap kali menyebabkan kesusahan dan malapetaka pada diri individu itu dan orang di sekelilingnya.
juga tidak mustahil, jika orang yang berkuasa menipu, ia akan merosakkan seluruh manusia di dunia.
inilah sikap yang amat dibenci Allah kerana perbuatan ini hanya bersifat mementingkan diri dan memusnahkan diri kelak.

alahai bohong sunat.
bagiku, bohong sunat yang sering diperkatakan adalah bohong yang ringan2.
seperti hal2 kecik, contohnya nak mengelak datang mesyuarat.
aku teringat filem P.Ramlee - masam2 manis.
cikgu sering sakit perut bila nak mesyuarat, padahal nak "berdating".
jelas di situ, dia hanya mementingkan dirinya.
ingin menyelamatkan diri dan memuaskan nafsunya semata2.
yup, ia perkara kecik saja dan tidak memberi impak yang besar.

siakap senohong gelama ikan duri.
bercakap bohong, lama2 mencuri.

aku kagum dengan kata2 orang lama ini.
kerana ia realiti dan amat buruk kesannya.
mana kan tidak, lihatlah, mula2 bercakap bohong.
lama2, membuat fitnah.
setelah itu, mulai mencari helah untuk mendapatkan harta orang.
akhirnya hidup dalam kesesatan.

kawanku pernah bertanya:
boleh tak kalau, kawan cina tanya "kamu nak pergi mana?"
dengan rasa ingin menunjuk alim dan berniat mengajaknya masuk Islam,
dia pun memberitahu "saya mahu ke masjid"
hakikatnya, dia tak pergi situ pun! dia pergi cyber cafe.

aku bertanya semula:
niat kamu memang baik.
kalau dia memuji kamu dan tertarik dengan Islam akibat dari kata2mu itu.
bagaimana, jika Allah takdirkan, di cyber cafe, kamu bertemu dengan dia lagi?

kawanku kelu:
kemudian dia cadangkan untuk berkata begini "sekejap lagi saya pergi, saya nak cari bahan skit"

bukankah itu kantoi?
dan untuk cover kantoi atau malu itu, maka bohong itu berlaku buat kali kedua.
lama2 ia akan terus menipu orang dan dirinya sendiri!

bohong sunat tiada dalam Islam.
sekali lagi aku ulang, tiada bohong sunat dalam islam.
rujuklah AlQuran dan Hadis.
dan untuk memudahkan bacalah blog bawah ini:

masih belum terlambat untuk memperbetulkan istilah ini.
aku faham istilah bohong untuk kebaikan.
tetapi tidak patut digunakan istilah bohong sunat!
kerana apa?
bohong sunat, kalau nak dianalogikan seperti puasa sunat.
puasa sunat dengan puasa wajib mana lebih banyak pahala?
mestilah puasa wajib.
puasa sunat dengan puasa haram mana lebih banyak pahala?
mestilah puasa sunat.
kalau begitu, bohong tu amat ditegah dalam Islam, jadi dengan adanya istilah bohong sunat, bolehlah ia dilakukan dan makin banyak pahala yang kita dapat.

untuk mengelak kekeliruan yang teruk, jangan langsung guna istilah bohong sunat.
aku sarankan gunakan istilah cakap berlapik.
cakap berlapik adalah bukan bohong sunat.
cakap berlapik adalah satu kaedah bercakap benar yang kurang difahami orang.
meskipun ia bercakap benar yang tidak difahami, tetapi ia memuaskan hati orang.
sebagai contoh:

"akak, berapa pointer akak masa kat universiti?"
"oh, alhamdulillah dik, akak dapat keputusan yang setimpal dengan apa yang akak usaha kat universiti, bukan mudah untuk masuk universiti ni dik, tetapi sekali adik jejakkan kaki adik di universiti nanti, adik akan dapat lihat masa depan adik2 nanti"

"encik datang mesyuarat ta petang ni?"
"maaf, saya tak dapat hadir, saya ada hal di luar."

"jemputlah datang rumah petang ni"
"saya memang teringin nak pergi, tapi maaf sangat2, saya ada urusan lain petang ni."

ini sebagai contoh sahaja, dan adakala orang yang bertanya tak berpuas hati dengan jawapan kita. di situ renungkanlah, berkatalah benar, jika anda tidak sanggup berkata benar juga, alihkan perbualan itu.

memang sukar untuk tidak berbohong.
tetapi lagi sukar bila kita terikat dengan pelbagai pembohongan.
awas dengan bohong sunat ini.
elakkan dan hindarkan.

[maafkan aku, ada kala apa yang kita tak tahu, jangan beritahu orang apa yang kita tak tahu. sebab dari kata itu, takut akan menyebabkan kesalahfahaman yang sangat besar. maafkan aku, aku masih kurang ilmu, mohon bimbingan dan nasihat jika aku tersilap]

Jumaat, Disember 18, 2009

majlis muhadharah perdana

perancangan perbelanjaan


belum bukak lagi inbox, aku dah tersenyum.
syukur alhamdulillah.
RM3,500 masuk dalam akaun.
SMS kedua masuk.
RM360 keluar dari akaun.
aku tak pelik, sebab mesti ni kerja Bendahari UKM.
takpe, asalkan yuranku setel.

masih ada sekitar RM3,100.
perancangan?
pasti aku ada.
segan aku nak kongsi di blog.
tapi suka aku untuk berkongsi.
harap yang baik dari plan aku boleh dimanfaatkan bersama.
tapi anggaran bajet aku tidak tepat.
dan janganlah ada yang cucuk2 aku.

matlamat: duit bertahan sehingga disember 2010.

peruntukan 2010 (PTPTN terakhirku):
1. yuran UKM: RM1000
2. motorsikal: RM50 x 12 bulan = RM600
3. kebajikan: RM500
4. modal niaga: RM400
5. buku: RM20 x 12 bulan = RM240
jumlah: RM2,740

lebihan (kecemasan) = RM360

kaedah:
yang aku tulis dalam peruntukan aku akan keluarkan mengikut nilai.
dan kebetulan aku ada 4 akaun bank.
jadi, setiap bank, aku sudah spesifikkan.
contoh,
BIMB = akaun keluar masuk
Maybank = kebajikan
CIMB = buku
yang untuk motorsikal aku tunaikan.
dan sediakan sampul mengikut bulan siap2.
jadi, bila dah sampai bulan januari, aku ambil sampul tu je.
andailah aku terdesak, aku akan guna duit kebajikan.

modal niaga?
hehe, aku kan peniaga kopi radix dan barangan HPA.
jadi perlu ada modal, supaya aku tak ganggu duit lain.
oh lupa, aku jual majalah solusi juga.

jadi, aku mengharapkan duitku cukup sampai disember 2010.
meskipun aku akan grad bulan ogos tahun ni.
tapi kita tak tahu apa akan berlaku nanti.
jadi, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

[semoga kita semua dirahmati Allah]
koleksi facebook ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Khamis, Disember 17, 2009

teruskan usahamu

"melihatkan junior ku yang lemah longlai"

tiada apa yang boleh aku katakan.
melainkan kata2 semangat untuk kalian.
gagal itu bukan bermakna gagal selamanya.
tetapi gagal itu sebagai satu cabaran untuk kita lebih maju ke hadapan.
cabaran yang bagaimana?
cabaran yang akan memaksa kita lebih kuat berusaha dan tangkas ke hadapan.
cabaran yang akan menyebabkan kita cepat menyerah kalah.
cabaran yang akan memerlukan kita perbaiki kelemahan dan kesilapan diri.

mampukah cabaran itu disahuti?
tepuk dada, tanyalah hati.
sampai bila, kita mudah berpuas hati dengan apa yang kita ada?
sampai bila, kita mahu orang lain terus menerus melangkaui kita?
sampai bila, kita hanya duduk menangis, meratapi kelemahan diri.

setiap manusia, ada kelebihan dan kekurangan masing2.
mengapa harus kekurangan itu diserlahkan?
mengapa tidak kelebihan itu ditonjolkan?
bukankah kita mahu jadi insan yang berguna?
ayuh, apa ditunggu lagi!
bangkitlah, pedulikan benda yang sudah berlalu.
masa depan menanti kita, lihatlah di sana!
fokuskan matlamatmu, pecutkan langkahmu.
capailah apa yang kau inginkan!

[tingkatkan amal dan doa kepada Allah]

Rabu, Disember 16, 2009

alhamdulillah meningkat

"a piece of smile in my face"

wat day of today?
why so early?
am I wrong?

SMPWEB UKM.
all result dis semester was publish.
nothing to say.
coz it is happen too fast .

may Allah bless me.
forgive me Ya Allah.
for all that I have done to u.
is not suitable for what have u given me.

precious to You.
la ila ha illallah.
there's no God except Allah.
alhamdulillah will keep in my tongue.

PNGS 3.5 above.
PNGK up 0.06 than last semester.
i need a greatest booster this last semester.
for free PTPTN and continuing my master.

may be my friend also get the best result.
better than me.
because they much greater study hard than me.
for non, keep studying and pray to Allah.
that's the key for muslim. amiin

[alhamdulillah]
koleksi facebook aku ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Selasa, Disember 15, 2009

merencana diri



melihatkan jam dinding, jarum saat itu berdetik detik.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.
melihatkan jam tanganku, jarum minit itu bergerak sedikit demi sedikit.
dari angka 1 ke angka 2.
dari angka 2 ke angka 3.
dan seterusnya.

dari beberapa saat ia beralih ke beberapa minit.
kadang, bila aku menghadap komputer, masa itu semakin cepat berputar.
semakin cepat jarum minit dari angka 1 ke angka 1 semula.
angka yang sama tetapi nilainya beza.
ku tahu, minit sudah cukup 60.
maka aku kehilangan satu jam.
masa makanku, baru angka 4 minitnya.
selepas habis makan sudah angka 9 minitnya.
makin lama ia makin cepat berlalu.

jam berganti jam.
lenaku selama 6 jam pada sebelah malam.
kini diganti waktu siang.
maka berlalu sudah satu hari dalam hidupku.
ia berulang lagi.
detik ke saat ke minit ke jam dan ke hari.
hari berganti hari.
minggu berganti minggu.
hampanya aku bukan kepalang.
benda yang dirancang, kadang tersia2 dek kelalaian ku sendiri.
bulan berganti bulan.
semakin pantas ia meninggalkanku.
sehinggakan terasa semalam aku berpuasa ramadhan.
kini sudah beraya haji.
dan terus ke tahun baru.
masa berganti masa.
masa terus pergi, dan meninggalkan kita jauh ke belakang.
dengan penuh perasaan kehampaan dan kelalaian.
meratapi sesuatu masa, adalah sia2 belaka.
kerna ia tidak boleh kembali lagi.

memasang azam setiap tahun, umpama meletakkan pelampung di atas air di lautan.
pelampung dipukul ombak dan tenggelam timbul.
tanpa ada haluan dan hala tuju.
ia terus beralun dan pergi ke tengah.
semakin lama ia semakin pergi jauh, lantas hilang di mata kita.
azam yang dihasratkan itu hanya sia2.
sia2 apabila tidak diusahakan.
hanya penyedap hati pabila menjelang tahun baru.
penyedap hati agar tidak terus meratapi kepemergian masa yang lalu.
dan azam itu setiap tahun berganti azam baru.
hakikatnya, azam itu seperti pelampung ditengah lautan.

sesebuah syarikat televisyen, mengaut keuntungan berlipat kali ganda.
yang percuma atau berbayar.
pasti akan siaran televisyen itu ditontoni masyarakat.
tanpa mengira, siaran itu diperhati orang, atau hanya dilihat sebab tiada siaran menarik.
siaran itu terus menerus menayangkan drama/berita/iklan/kartun dsb.
ada televisyen yang 24 jam, dan ada yang 20 jam sahaja.
tetapi yang pasti setiap hari ada cerita menarik menanti penonton.

aku mencemburui perencanaan syarikat televisyen.
yang begitu teliti dan rapi.
perencanaan halatuju dan matlamat diselarikan dengan pengisian rancangan yang berfaedah dan menarik minat penonton.
setiap hari/bulan/tahun, pasti ada rancangan2 baru muncul di kaca televisyen.
penonton hanya belek surat khabar dan lihat iklan.
natijahnya, syarikat ini berjaya menyusun dan mencapai matlamatnya di setiap tahun.

apakah kita merencana diri kita seperti syarikat televisyen itu?

jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah rancangan untuk bulan julai tahun depan.
pasti ada jawapan yang telah tersedia.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah drama lain selepas drama ini tamat.
pasti ada penerusan untuk slot tersebut.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah iklan yang akan muncul pada minggu hadapan jam 8.15 malam.
pasti ada iklan untuk masa itu.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, siapakah yang akan membaca berita untuk hujung minggu ini.
pasti ada orang yang akan bersedia untuk membaca berita.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah tema untuk ulangtahun tahun hadapan.
pasti ada tema terbaik yang disusun untuk kemajuan syarikat ini.
jika anda tanya syarikat televisyen hari ni, apakah siapakah bilakah bagaimanakah dimanakah.
pasti ada jawapan untuk itu semua.

perencanaan ini adalah langkah terbaik untuk kita melakar diri kita di masa akan datang.
apakah tujuan hidup anda?
apakah halatuju anda dalam masa 10 tahun?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa pendek?
apakah yang anda ingin capai dalam jangka masa panjang?
apakah usaha anda untuk capai semua ini?
apakah plan back up jika usaha itu tidak berjaya?
apakah persiapan anda jika anda kesempitan kewangan?
bilakah hari lahir sahabat anda?
bilakah anda mahu bersama keluarga anda?
berapakah perbelanjaan setiap minggu anda?
berapa hari untuk anda studi lebih masa?
di manakah tempat belajar yang sesuai?
bagaimanakah cara nak memperbaiki kesilapan tahun lepas?
bagaimanakah kita mahu menjadi lebih baik dari sebelum ini?
bagaimanakah kita nak mengelak kehilangan masa seperti dulu?
dan sebagainya (dsb.)



perencanaan ini perlu jelas dan lengkap.
ia perlu diperhati setiap hari dan diperbaiki jika tidak munasabah dengan diri.
memang benar, ia hanya perancangan diri.
dan sukar untuk berjaya 100% seperti yang kita kehendaki.
tetapi sekurang2nya kita nampak halatuju dan matlamat yang ingin kita capai.
malahan, kita dapat perbaiki kesilapan lalu dan menjadi insan yang lebih baik.
tidak salah jika kita belajar dari kesilapan.
kerana itulah konsep muhasabah diri.
agar kita tak mengulangi kesalahan yang sama.

perencanaan diriku masih berjalan.
diari 2010 telah ku beli dan memang kewajipan untuk diriku.
pelik? lelaki ada diari bagiku hal utama.
kerana lelaki pemimpin dan khalifah, seharusnya dia mampu untuk memimpin diri dia terlebih dahulu.
cara terbaik dengan menulis diari.
perencanaan diriku masih berjalan.
merencana diriku agar kesilapan lalu tidak berulang.
untuk menjadi seorang insan yang lebih berakhlak dan bertaqwa.
perencanaan diri masih berjalan.
perencanaan ini perlu selesai sebelum 18hb ini.
menjelang tahun baru islam.
perangkaan yang lebih mendalam.
agar ia tidak sehangat2 azam tahun baru.
yang hanya panas di awal tahun.
tetapi pertengahan tahun dan akhir, ia sejuk dan beku.
biarlah rencanaku ini hangat sampai bila2.

semoga kalian merencana diri kalian juga.
semoga kita bersama menjadi insan yang lebih bertaqwa kepada Allah.
ingatlah " perencanaan/pengaturan terbaik di alam ini adalah DIA"
kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya.
tetapi tidak salah kita merancang, kerana itu juga usaha dan doa kita.

[salam maal hijrah]

Isnin, Disember 14, 2009

menginginkan burung terbang yang terikat kakinya

aku melihatkan situasi ini:

dalam kehidupan seharian, kita terlalu menginginkan kehidupan yang aman dan damai.
tanpa ada sebarang berita kemalangan dan jenayah sosial di kalangan ummat dunia.
tapi apakah kita mampu untuk mencapainya?

kita inginkan kehidupan yang aman dan damai, tetapi kita tidak mampu mencapainya.
pasti ada sebab dan punca kenapa ia tidak tercapai.
cuba kita renungkan bersama.

dalam pada kita hidup ini, kita saling memerlukan perhubungan dengan orang di sekeliling.
tetapi, dalam masa yang sama, pemimpin di atas sana, amat memerlukan sokongan kita.
apabila pemimpin ini hanya memikirkan kepentingan diri mereka semata2, mereka akan fikir keuntungan mereka sahaja.
peduli apa mereka akan jenayah sosial dan bahana menimpa rakyat.
baginya, kemajuan dan pembangunan lah kejayaan utama sesebuah negara.
dan itulah kunci keamanan negara.
jelas dan terang, negara yang maju dan pesat membangun di serata dunia, kini tidak aman dan damai lagi.
masing2 mengejar duit dan harta.
sehingga masing2 mengabaikan didikan terhadap anak2 dan tidak mempedulikan anak2 masing2.
akibat tekanan mencari harta dunia, pasti berlaku dengki dan dendam.
yang akhirnya menggalakkan pertelingkahan dan pembunuhan.
harta wanita turut menjadi rebutan lelaki bermata miang.
apabila semua tidak menjaga kemaluannya, maka, rosaklah kesucian setiap manusia.
daripada jenayah sosial, ini maka berkembanglah perdagangan manusia, dan penyeludupan dadah.
akibatnya, senjata api akan turut berleluasa untuk pertahanan.
rompakan dan kecurian menjadi sasaran untuk mengaut keuntungan segera.
anak2 luar nikah bertaburan di lantai dunia.
tiada siapa lagi yang berasa aman di muka bumi ini.
jelas, ia sudah berlaku dan terus berlaku.

melihat situasi ini, aku membuat peribahasa untuk pemimpin ini.
"menginginkan burung terbang yang terikat kakinya"

kerana bagiku, pemimpin ini inginkan rakyat mencapai keamanan dan kejayaan, tetapi itu hanya luaran. hakikat sebenarnya, pemimpin ini mempunyai muslihat tertentu untuk kepentingan dirinya sendiri.

Ahad, Disember 13, 2009

cintaku terhalang

kerana aku sudah berpengalaman dalam percintaan orang."

jangan salah faham penyataan di atas.
cuba baca semula.
tulisanku ini ku tujukan buat sahabat2ku yang sudi membaca.
tidak terbatas kepada yang sedang dilamun cinta sahaja.
yang belum dan ingin mencuba bercinta pun aku persilakan untuk baca.

jangan salah faham penyataan di atas.
cuba baca semula.
"aku tak berani nak sentuh hal cinta.
kerana aku sudah berpengalaman dalam percintaan orang."
maaf.. pembetulan ayat.
"aku tak berani nak sentuh hal cinta sesama manusia.
kerana aku sudah berpengalaman dalam percintaan orang."

bismillahirrahmanirrahim.
aku mulakan tulisan ini dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

1. 2002 - aku di tingkatan 2.
kawan2 ku berpasangan. entahlah, aku masih naif.
mereka bertanya, aku ada kapel tak?
lagi aku tak faham.
masa tu hangat, isu2 kapal.
aku masih tak faham.
ada kawan dan aku pun termasuk, yang tidak faham.
berusaha mencari erti cinta.
aku tidak ketemu.
cintaku terhalang.
tapi kawanku ketemu.
berkapal la mereka meredah lautan yang bergelora.
[bodoh sangat masa tuh, kerana pengaruh kawan, aku hampir terpedaya. tetapi syukur alhamdulillah cintaku terhalang]

2. 2003 - aku di tingkatan 3.
seorang rakanku, melihat seorang perempuan.
dan tertarik kepadanya.
dan minta bantuan aku.
ah, kenapa mesti aku.
aku masih naif tentang hal cinta2.
kawan ku itu berjaya dapatkan nombor telefon dan kemaruk.
[pelik, sekali pandang dah tertarik dengan perempuan. lawa sangat ke?]

3. 2004 - aku di tingkatan 4.
perempuan itu menangis teresak2.
aduhai. pehal pulak ni.
rupanya kapal dia karam di tengah lautan.
lagi2 nak dekat exam final.
yang kawan aku ni sempoi.
[hmm.. menangis dia macam gagal dalam peperiksaan. hebatnya penangan cinta]

4. 2005 -aku di tingkatan 5.
kawanku ada banyak kekasih.
bak kata dia " sekeliling pinggang"
sejak henpon masa ni sangat terkenal, SMS dalam kelas je memanjang.
pelik aku.
depan pompuan ni, alamak baik gila.
depan yang pompuan ni, oh, baik jugak.
[hmm... aku tak tahu nak kata apa. mungkin dia nak pilih betul2]

5. 2005 - aku masih di tingkatan 5.
bak kata orang tingkatan 4 musim bulan 4.
junior aku pun mula pasang2.
hish, aku dah fobia dengar hal2 camni.
hampir semua junior yang aku yakin, ada pasangan dia.
hey, banyak betul monyet yang bercinta.
[kahwinlah dulu, baru bulan madu dik. takkan nak tunggu tingkatan 5 baru nak musim azab?]

6. 2006 - aku lepas SPM
ada kes junior aku.
bergaduh kerana berebut kekasih.
berebut dan bergaduh, sampai dibuang sekolah.
apalah malang nasib ko dik.
mengejar perempuan yang bukan isterimu
[macam binatang pulak, berebut pasangan]

7. 2006 - aku di matriks.
junior aku yang tingkatan 5.
dengar kata nak kapel, untuk tingkatkan pelajaran.
haram! bukan meningkat.
makin merudum.
pandai lak tu cover depan cikgu.
sampai cikgu pun tak tahu.
[kalau bab cinta, memang pandai cover. tapi hal2 lain? ibadat?]

8. 2006 - aku masih di matriks.
nak dekat SPM.
junior aku yang aku sayang.
menangis. sebab perempuan dia minta clash.
aduh. aku pening.
mungkin sebab exam.
tup tup.. perempuan tu ada kekasih lain.
[menangis kerana perempuan, aduh, sedihnya aku dengan adikku ni]

9. 2007 - aku nak habis matriks.
kekasih ni dulu bila berpasangan dengan lelaki yang baik, tutup auratnya.
tapi bila dah bertukar pasangan.
aku dah tak kenal.
[macam2. boleh berubah dalam sekelip mata kerana cinta]

10. 2007 - nak habis matriks.
gosip2 terus menyerangku.
ku tepis2. memang tak mau dengan perkataan cinta.
entah, jadi fobia. sebab aku dah berpengalaman dengan orang yang bercinta.
siap nak jumpa di jinjang pelamin.
kalau aku tak suka, aku tak suka.
[haih, mulut manusia, suka nak gosip.]

11. 2007 - masuk UKM.
dulu ada kawan aku digosip dengan perempuan ni.
lepas 4 bulan keluar matriks.
dia terus nikah, tapi bukan perempuan yang digosip.
tetapi yang lebih baik.
[lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, tahniah akhi]

12. 2008 - tahun 2 di UKM.
masing2 membawa kapal masing2.
ada yang hanyut, ada yang selamat.
apa yang menariknya cinta ini?
ada yang bercinta dalam persatuan, dengan junior.
ada yang bercinta dengan pensyarah, aduhai.
ada yang bercinta dengan orang luar...
[apakah yang terjadi? dunia2...]

13. 2009 - tahun 3 di UKM
ingin cuba2 bercinta.
huh, patut kah?
cuba bercinta dengan bukan seagama.
hanya kerna suka sama suka.
dan hasrat hatinya untuk mengajaknya seagama.
didoa kepada Allah moga, kapal ini dapat diberi hidayah dan rahmatNya.
[boleh, tapi, takut syaitan itu menjolok2, lain diminta, lain yang dapat.]

cintaku masih terhalang.
cintaku kepada manusia masih terhalang.
kerna serikku melihat pengalaman orang yang bercinta.
kerna serikku melihat cinta yang sia2.
cinta yang tidak membawa erti makna dalam mencari cinta yang ESA.
cinta yang hanya terisi dek lawanya kekasihku, dan nafsu.
cinta yang dapat mengikat kedua2 tangan lelaki dan perempuan di pasaraya dan jalanraya.
cinta yang dapat membuat orang cemburu.
cinta yang membuat orang bernafsu.

cintaku terus terhalang.
2 prinsip yang aku pegang!
satu - janganlah kamu menghampiri zina.
dua - jodoh pertemuan di tangan tuhan.
aku masih berpegang 2 prinsip ini.
hukum kapel ini dalam islam, jangan tanya aku.
sebab aku bukan pakar dalam hukum2.
tapi cukuplah kita mengambil langkah selamat.
untuk mengelak ke lembah hina nanti.
sebab syaitan itu pakar dalam menjerumuskan manusia ke lembah maksiat.

cintaku terus terhalang.
dan aku akan terus berdoa, agar aku terus dijauhkan dari hal2 cinta.
jauhkanlah aku dari perangkap cinta.
dan mungkin juga cinta tak layak untukku.
kerna aku tidak selayak orang bercinta.
tapi aku selesa begini.
janganlah kau cuba2 menghampiriku untuk bercinta!
kerna aku benci erti cinta monyet manusia.

cintaku terhalang.
kerna ingin memberi peluang cinta kepada Allah dan rasullullah menguasai diriku.
biar cinta ini melimpah dan memenuhi jiwaku.
moga Allah merahmatiku dan sahabat2ku.

[terpulang pada kalian untuk berkapal atau tidak. tapi ingatlah, jika cinta mu itu menambahkan cinta kepada Allah dengan tidak meninggalkan solat dan bertambah khusyuk kepada Allah, teruskanlah. ini pendirianku sahaja, bukan memaksamu]

p/s: maaf rakanku dalam cerita di atas, anggaplah ia pengajaran, bukan cacian. maafkan aku rakan.

mencintaimu sahabat


sahabat...
di keheningan malam ini.
aku tidak mengerti kenapa ku menunggumu.
menantimu di bawah gemerlipan bintang.
bintang yang berselerak.
aku memerhati dengan tenang.
melihat kebesaran Maha Pencipta.

sahabat...
aku terus menantimu.
menantimu di sebatang pohon.
pohon yang indah.
akan tetapi ia tidak berdaun.
melihatnya, aku rasa sayu dan sepi.
sambil mataku merenung jauh ke hadapan.
menantimu dan terus menanti.

sahabat...
engkau datang kepadaku.
dalam erti persahabatan yang tulus.
melihatmu, mengingatkan ku kepada Allah.
mencintaimu pun kerana Allah.
kerna kau adalah sahabatku.
yang sering memahamiku.
yang sering bersamaku.

sahabat...
dikaulah rahmat dari Allah untukku.
moga pertemuan singkat ini, terus merahmati kita.
dalam kita terus memacu diri ke mardhotillah.
kerna ku mencintaimu, sahabat.

Sabtu, Disember 12, 2009

kanak-kanak itu di masjid


kanak-kanak itu di masjid.
Allahuakbar.
imam senyap sebentar.
bismillahirahmanirrahim.
alhamdulillahirabbil alamin.
arrahmanirrahim.
malikiyau middin.
iyya kana'budu waiyya kanastai'n
ih dinassiratol mustaqim.
sirotol lazi na an am ta alaihim, ghairil maghdu bialaihim, waladdollin... aaamin..
seorang insan berlari di hadapan tempat sujudku.
melepasi makmum di sebelahku.
insan itu terpijak cermin mata di lantai.

kanak-kanak itu di masjid.
teringat lagi sewaktu aku kecil.
aku hanya seorang diri dalam keluarga.
berusia 10 tahun.
ayahku bawa ke masjid untuk solat berjemaah.
aku duduk di belakang masjid.

sambil diam seribu bahasa.
melihat kanak-kanak lain berlari-lari di dalam masjid.
aku hendak berlari sama, tapi aku pemalu.
segan sekali ingin bermain bersama.
seronok sekali aku melihat mereka.
aku terus diam dan kaku.

kanak-kanak itu di masjid.
berlari dan menuju ke tempat ayahnya bersembahyang.
berhenti dan memanggil ayahnya.
ayahnya tidak menyahut.
insan itu mengguling-gulingkan badannya.
Allahuakbar.
ayah itu membongkok untuk ruku'
sami Allah hu liman hamidah.
ayah itu bangun berdiri tegak.
kanak2 terus berguling.
Allahuakbar.
ayah terus duduk dan berhenti sebentar.
kanak2 itu tidak mengerti.
ayah itu cuba menguis2 tangan ke arah anaknya.
anak itu pun ke tepi.

kanak-kanak itu di masjid.
aku terlihat permaidani masjid.
yang belang hijau dan kuning.
aku tertarik dan melompat2 dari belang hijau ke belang hijau.
dari belakang masjid, aku melompat sampai ke saf belakang makmum.
aku hampir terlanggar, dan berpatah balik semula ke belakang.
sangat seronok meskipun bermain sendirian.
setelah selesai solat berjemaah, ayah menegurku.
aku senyap dan duduk diam.

kanak-kanak itu di masjid.
hiruk pikuk masjid dengan suara kanak2.
bermain2 berlari di sekeliling masjid yang luas dan lapang.
seakan-akan itulah gelanggang permainannya.
ada juga kanak2 yang di awal imam mengangkat takbir ia mengikut imam.
setelah ayahnya khusyuk solat, dia berpatah ke belakang, dan berlari2.
hampir salam, kanak2 ini terus kembali ke tempat solatnya.
dan menyahut salam imam.
ayahnya melihat anaknya masih bersolat.
alhamdulillah.

kanak-kanak itu di masjid.
kini aku semakin membesar dan mengerti.
kenapa ayahku mengajak ku solat bersama di waktu ku masih kecil.
ayahku marah jika aku asyik bermain dalam masjid.
rupanya ada sebab ayahku melarang.
ayahku yang baik tetapi tegas dalam hal-hal ibadatku.
dia tak memanjai aku seperti kanak-kanak lain.
sebab itu aku tidak berani mengganggu solat ayahku dan makmum lain.

kanak-kanak nakal di masjid.
aku tidak mengerti kenapa zaman kecilku dan zaman besarku, kanak2 itu berbeza.
zaman kecilku, kanak2 tidak berani melintasi lapisan saf.
zaman kecilku, kanak2 tidak berani mengganggu ayah2nya solat.
zaman besarku, kanak2 itu dengan sengaja melangkaui saf2 makmum.
zaman besarku, kanak2 itu dengan sengaja menjerit2 dalam masjid.
aku masih tidak mengerti.
aku pasti ini bukan salah kanak-kanak itu, kerana mereka masih kecil.
kanak-kanak ini memang wajar di bawa ke masjid untuk mendidik mereka dan melatih mereka rajin ke masjid.
akan tetapi ia juga perlu dididik oleh ibu bapa mereka dengan tegas, agar tidak mengganggu orang yang sedang bersolat.
tidak salah hendak bermesra dengan kanak2, tetapi mesra itu perlu ada ketegasannya.
dari didikan tentang adab2 di masjid ini kepada kanak2 ini, akan membuatkan mereka lebih menghormati masjid dan sentiasa memuliakan rumah Allah.

[jadilah ayah yang tegas bukan ayah yang garang dan lembut]

koleksi ~ www.apabilaituterjadi.blogspot.com

syurga neraka bukan urusan kita


syurga neraka bukan urusan kita.
hanya Allah yang tahu di manakah penghujung kita.
kerana Allah itu adalah tuhan kita.
tiada tuhan melainkan Allah.

kawanku mengadu tentang pensyarahnya yang mengatakan:
"orang yang menulis tangan kiri masuk api neraka"
kawanku itu menulis tangan kiri dan amat terasa dengan kata-katanya.
apakah berdosa orang yang tangan kidal?
apakah orang tangan kidal minta ia dijadikan kidal?
adakah Allah ada menyatakan dalam AlQuran bahawa orang kidal masuk api neraka?
adakah Rasulullah ada menyatakan orang tangan kidal bukan dari ummatnya?

bagi aku pensyarah ini teramat ego dan sombong.
sehinggakan berani menentukan syurga neraka seseorang.
tanpa ada nas dan dalil tentang orang kidal masuk api neraka.
Ya Allah perbetuli pensyarah ini, tunjukkanlah beliau jalan yang benar.

kepada kawanku ini.
"janganlah dikau mencerca atau menghina insan ini"
kerana dia adalah guru kita.
hormatilah dia sebagai penyampai ilmu, tetapi terimalah yang baik sahaja darinya.
yang mana buruk darinya, tinggalkan ia.

[berhati2lah dalam berkata2]

Jumaat, Disember 11, 2009

jamal jee abdullah

"apa orang cina buat di masjid?"

jam 12 tengahari, aku keluar dari masjid UKM.
seorang cina memanggil aku, dalam muka yang resah.
kenapa dia panggil aku? hatiku bertanya.
dia terus berbicara.
aku tak mengerti...
"nak jumpa pegawai tapi dia kata harini cuti"
fahaman aku yang pertama ~ dia nak jumpa pegawai pusat islam.
tapi pegawai itu tak ada, sebab hari ni selangor cuti.
"saya nak minta sumbangan dari masjid tapi dia tak bagi"
dengan muka yang amat penat dan muram, dia keluarkan sijil dan kad.
aku belek, oh, ada surat sumbangan dari jabatan agama islam.
dan kad muallaf dari MAIWP.

"saya baru muallaf dalam 8 bulan, kena buang keluarga"
aku baca nama pada sijil tuh, jamal jee bin abdullah.
fahaman aku yang kedua ~ dia ni muallaf dan nak minta sumbangan.
pastu ada pakcik ni nak masuk masjid, dia tunjuk tangan isyarat "jangan"
muallaf ini perasan, dan kata "saya susah dik, boleh kerja, tapi tangan patah, tengok gigi saya"
jamal jee cuba menerangkan yang dia bukan datang meminta2.
aku yang melihatkan keadaan jamal, terus terkilan dengan sikap masyarakat kita.
pantang orang minta tolong, terus tolak bermati-matian.
sedih aku lihat keadaan muallaf ni.

"saya musafir dik, takde tempat tinggal"
kalau nak ikut hati, nak aje aku bagi tempat tinggal dan makanan.
tapi aku tak mampu.
aku hanya minta nombor telefon.
akan aku carikan bantuan.
dia ada nombo tapi hanset takde, sebab dia jual untuk cari makan.
aku tinggalkan nombor aku padanya.
dia mengucap depan aku, dengan yakin.
maha suci Allah, moga beliau terus kekal ISLAM.

[moga Allah merahmatimu dan menjagamu.]