"andai kita tidak dapat mengawal emosi, binasalah kita"
aku tak dapat lupakan minggu ni. hati aku masih sakit dan pedih.
berat hati untuk menceritakan. tapi aku mengharapkan kalian, jangan menghinaku.
ini semua kelemahan kita bersama juga. sebagai pengajaran, ambillah ia.
aku amat menyayangi dia sebagai sahabatku. H aku namakan.
meskipun baru kenal tak sampai setahun. tapi aku terasa dia seumpama sahabat yang ku cari.
aku dari dulu sejak kecil mencari sahabat yang memahami diriku.
aku tak mengerti erti persahabatan.
aku tak pernah mengalami proses persahabatan.
aku dari kecil keseorangan. umi memang menjaga pergaulan aku, takut aku tersalah pilih sahabat.
aku mencari cari, aku terus berdoa.
aku tak tahu macam mana bersahabat.
aku dahulu pendiam. aku memang kurang pandai bergaul.
sehingga ke sekolah menengah. aku tak tahu macam mana nak bersahabat.
sewaktu tingkatan 1, aku ingat, rahsiaku kunci persahabatan.
tapi tidak. aku tak merasai erti persahabatan.
ada kawan karib. baik sangat dia. tapi aku tak faham dia.
dia lain minat dengan aku.
aku masih berdoa untuk sahabat yang memahami ku.
aku masih mencari.
mulai tingkatan 4 aku bangkit dari kesunyian, aku sibukkan diri.
mungkin aku sibukkan diri, orang akan lebih suka bersahabat dengan aku.
mungkin niat aku agak menyimpang, aku masih tidak ketemu sahabat.
aku hampir menangis.
aku hanya ketemu erti kepimpinan dan budi bahasa.
di matrikulasi, aku masih aktif dengan harapan sama, agar aku tak kesepian.
aku benci kesepian, aku akan fikir bukan2 dan syaitan akan mainkan emosi aku.
aku terus sibuk dan sibuk.
aku bertemu seorang sahabat. N. teramat baik. sehingga aku berasa aku tak layak berkawan dengan dia.
ku masih cuba berdamping dengan N. tapi tak boleh.
aku banyak berubah kerananya. syukur aku bertemu dengannya.
tapi N pergi belajar di suatu tempat yang jauh.
aku dengan duniaku dia dengan dunianya.
terasa macam penangan yang hebat. sms, email tak dibalas.
aku rasa sedih sangat.
mencari sahabat suatu keperitan. aku penat.
tapi aku masih berdoa....................................................
di universiti, aku tak fikir dah erti persahabatan.
aku nak fokus belajar. aku nak fokus ibadah.
tapi aku tak faham kenapa aku masih sibuk dengan persatuan.
mungkin aku benci kesepian...
baru baru ni, aku rasa erti persahabatan semula. . . .
hati aku agak gembira, mungkin ini sahabat yang aku cari...
tapi hati aku cemburu.... terasa pelik, kenapa aku jadi macam ni.
aku cuba lawan hasutan syaitan.
adakah kerna dia berlainan jemaah, aku tak patut bersahabat dengan dia?
aku cuba lawan, arh, itu semua hanya emosi.
ya allah... hatiku pedih. rasa macam nak pecah hati ni nak kawal emosi yang memberontak.
aku cuba tahan. sudah lama aku tahan menangis, hampir 2 tahun.
sehingga hatiku keras, keras macam BATU !!
akhirnya aku berjaya, aku menangis tika sujud menghadapMU.
ya allah, aku perlukan sahabat. aku dambakan sahabat yang memahami kesunyian ku ini.
jika kau tak membenarkan sahabat untukku, benarkan untukkku bertemu jodohku.
aku tak sanggup bersendirian lebih lama..
aku takut aku hanyut di sebalik hasutan syaitan.
aku bercerita bukan untuk kalian kasihan, tapi inilah hati manusia.
andai kita lupa Allah, hati akan terus memberontak.
sesungguhnya Allah bersama kita...
[aku menangis sebagai seorang hamba yang lemah, 25 oktober 2008]
4 ulasan:
Assalamualaikum wbt....
la tahzan innallaha ma ana....
" Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang2 yang paling tinggi drjatnya jika kamu orang2 yang beriman "
Ali-Imran:139
hehehe... ana citer kat msej fs kot...
sabar yer....
doa dan dambakan cinta Nya...
in sya Allah....=)
waalaikumsalam
fuh.. syukran...
payah nak lawan perasaan ni..
insyaallah, ana masih dalam proses pembaikian diri.
perlukan masa yang banyak, tapi sekang ni musim exam, tekanan skit.. hehe..
tawakal kepada allah...
Yup2... betul tu...
time2 exam nih memang payah...
sampaikan kat meja exam pun boleh menangis dik kerana perasaan nih....
astaghfirullah hal adzim....
syaitan sentiasa berbisik yang tak baik pada kita...
moga Allah bantu kita....
wah.. anti danak habis ye periksa.??
aduhai... ana baru nak bermula...
yang da lepas tu, kita tawakal k..
jangan putus asa !! chaiyok !!
Catat Ulasan