Jumaat, Oktober 31, 2008

kisah sang mutarobbi di baituna bersama kittuna

“innama a’malu binniat…. Setiap perbuatan itu perlulah dengan berniat”

Agak panjang tajuk kali ni. Takde pape sangat pun sebenarnya.
Tapi aku tertarik dengan sang mutarobbi. Kenapa? Hmm…
Sang mutarobbi = akhi H. rahsia nama sebenar. Nama dia sedap sangat, cemburu aku.
Alkisah, bermula… aku nak exam lagi 3 hari. Tiap minggu aku akan ada pengisian.
Mana aku patut pilih? Exam atau pengisian? Pengisian camne?
Pengisian kerohanian, ala2 dakwah dan tarbiyah bersama akhi H.
Aku rasa jiwa aku masih kosong, dan aku nak penuhi dengan bunga bunga islam dan da’wah.
Minta kebenaran dari umi, solat magrib di masjid islah seksyen 7.
Jumpa akhi F (seorang lagi akhi) lama tak jumpa dia. Rindu gak.
Opss, terus aku pecut 111 km/j. tak mahu lambat.. aku tundukkan badan, ala2 pelumba motosikal.
Syukur aku selamat sampai. Pengisian di baituna. Where is it? Hehe, rahsia gak..
Sesampai di sana, eh sang mutarobbi ni ada kittuna. Comeynye…
Kittuna = kucing la.. hehe.. bebulu lebat warna putih, design muka dia cam perompak yang comey.


Hehe, sang mutarobbi bercerita ttg mug yang cantik. Menarik gak cite dia. Camni…..
Andaikan mug tu boleh berkata2… pada asalnya mug yang cantik ni, berasal dari tanah liat..
Diambil oleh seorang hamba allah, dipenyek2, diuli, ditambah air, sehingga tanah liat tu menjadi lembut.
Mug tu ceritalah keperitan ketika itu, sehingga kelemasan.
Kemudian, tanah yang dah dibancuh tadi dibentuk dengan mesin yang berputar tuh.
Habis ditonyoh tenyeh sana sini, kemudian dia dikeringkan dan dijemur.
Tak cukup dengan tu dimasuk pula dalam oven, pada suhu yang tinggi. Menjerit kesakitan mug tu.
Setelah dibiar kepanasan dalam oven tu sekian lama, barulah mug tu dikeluarkan. Maka terhasillah mug yang amat cantik itu.
Sekian… hehe.. aku fikir apa pengajaran dia ye??
Bagi aku, kita dicipta oleh allah ke muka bumi dengan pelbagai kepahitan dan rintangan yang terpaksa kita lalui.
Adakah patut kita berputus asa?? Bersabarlah kita menghadapi semua ini. Tentu ada ganjaran yang besar daripada allah kelak.
Subhanallah, ya sang mutarobbi. Kisah anta menarik dan menusuk hati ana.
Dalam aku tekanan menghadapi peperiksaan, jangan sesekali berputus asa. Meskipun, kita da agak terlewat dalam mengambil tindakan.
Ingatlah allah disamping kita. Terkisah juga hadis nabi “innama a’malu binniat” disampaikan oleh fizi..
Setiap perbuatan kita, meskipun nak melangkah satu langkah kehadapan, ingatlah allah, niatkan kerana Allah.
Dalam pada kita sibuk studi las minit, ingatlah allah. Niat yang baik tu pasti diberkati allah.
Subhanallah, indahnya islam. Akhi H asyik minta maaf atas terkasar bahasa, pelik…
Padahal, kami tak pernah kecil hati. Tapi aku rasa ada maksud dia disebalik maafnya tu??
Apa dia ye??? Hmm.. sang mutarobbi menangis dalam solatnya.
Semoga allah memberkati usahanya, dan ya allah berkatilah ilmunya kepada kami.
Aku balik dalam keadaan tergesa, 111km/j lagi. Aku lalu sebelah lori, subhanaallah…
Berdegup jantung aku.. ntah apa yang membuat aku meluru begitu cepat.
Selamatkan aku ya allah daripada malapetaka dan nahas di jalan raya.


[dari rumah sang mutarobbi (baituna) di tingkat 4, 9.30 malam, 30oktober 2008]

2 ulasan:

Nor Farhana Bt Nordin berkata...

Assalammualaikum wbt....
syukran ya sahabat...
at least dalam kegelisahan dan kegusaran ana....
alhamdulillah... seronok baca tazkirah yang disampaikan oleh mutarobbi enta....
subhanallah....
cerita yang ringkas namun besar pengertian dan maknanya....

ni sedkit je nak kongsi....
jika kita fikir kita ada masalah kita patut berlapang dada s\dan menerimanya....
ada 1 analogi.... segenggam garam itu andai kita letak dalam segelas air...
pasti akan terasa kurang enaknya....
kan?
tetapi cuba kita letak disungai?
apa yang kita akan rasa?
masih jernih air sungai tu terasa kan....
so disini....
bila ada masalah kite takyahlah pendam and asyik fikir...
cube selesaikan dan ambil pendekatan2 len utk selesaikannya...
macam ikut usrah takpun jumpe sahabt untuk kongsi pengisian...
in sya Allah...
ana masih mencuba dan mencuba...

~La tahzan innallaha ma ana~

Unknown berkata...

huhu...
analogi sendiri ke?
menarik..
sama macam cerita ikan di lautla kan??
meskipun di laut masin, tapi tetap ikan tu tak masin. kan??

insyaallah, carilah sahabat yang boleh memahami.. amin..