“setiap yang berlaku pasti ada hikmah, meskipun pahit, redhalah dengan ketentuan Ilahi”
Jumaat, 24 oktober 2008. Aku di UKM.
Berat hati nak pergi masjid awal. Jam 1130 pagi aku di sana.
Aku tertidur. Jam 1 di tangan. Ada panggilan dari umi.
Kenapa umi call ye?? Takpela. Nanti lepas solat aku call.
“selalu umi akan call aku, untuk suruh balik atau minta belikan sesuatu”
Jam 2 petang. Aku call umi. Terkejut aku dengar, kereta ayah aku kena pecah.
Pecah bahagian cermin. Duit RM1000++ hilang.
Aku pelik. Mana pulak datang duit tu?
Aku balik sekitar jam 4.30 petang, umi agak tak tenang.
Aku pun risau. Cerita begini, buya (ayah aku) keluar pergi bank pagi tadi.
Keluarkan RM 1000(duit rukun tetangga) di maybank bangi.
Ayah aku memang suka simpan dalam beg yang selalu dibawanya.
Mungkin perompak ni ekori ayah aku. Ayah aku pegi ambil umi di sekolah KAFA.
Pastu umi, ajak pegi warta untuk beli barang sikit. Dah beli barang..
Bila sampai kat kereta, pecah dan hilang duit tu. Memang kebetulan buya tak bawak beg berisi duit tu.
Pak guard situ pun tak tahu hal ni. Berderai cermin pecah.
Subhanaallah. Mungkin ada cara diorang guna untuk ambil duit tu. Sebab siren kereta tak bunyi.
Umi agak serba salah dalam hal ni, aku cuba tenangkan.
Aku cerita perihal aku kemalangan awal tahun 2008. Aku tak pernah salahkan sesiapa, aku redha.
Alhamdulillah, banyak hikmah aku dapat. Aku mengerti betapa penting tangan ku ini.
Keluargaku bertambah erat, aku lebih berhatihati. Subhanaallah, umi tenang.
Aku risau, macam mana nak bayar balik, keluarga dahla tak berkemampuan.
Nak tanggung hal ni lagi.. semoga allah melimpahkan rahmat dan rezki yang bermanfaat kepada kami.
Ada kawan buya cakap, hikmah abuya tak bawa duit tu masuk pergi warta.
Kalau tak mesti perompak tu melakukan sesuatu yang lebih buruk yang boleh mengancam nyawa buya.
Syukur sangat2... alhamdulillah.
25 oktober 2008 keesokannya, keadaan menjadi reda, kami hanya berserah kepada Allah.
Aku gerak ke kolej ungku omar untuk gi beramai2 ke umah Hakim ibnu zulkafli.
Seronok gak bergerak beramai2. Jimat minyak dan eratkan silaturrahim sesama PMFST.
Jauh jugak perjalanan ke cheras batu 2 setengah. Lebih kurang 40 minit. Mungkin sebab sesak lagi kan.
Rumah apartment kot, agak tinggi 18 tingkat. Kawalan keselamatan yang begitu ketat.
Fuh... rumah yang sederhana, dan sejuk mata memandang.
Kami disambut oleh zikri ( yeke nama adik hakim ni??) SPM tahun ni. Jurusan sastera kot.. haha lupa..
Hakim ni ada 8 adik beradik. 4 laki 4 perempuan. Dia anak yang kedua. Ada kembar perempuan.
Kitorang gi kat aras 3a. Ada kolam dan taman permainan.
Tak tahu nak buat apa.. sementara tunggu zohor. Aku berborak dengan faiz fpend pendidikan islam.
Aku selalu nampak dia ni kat masjid UKM tapi entah, segan nak tegur, macam kurang peramah je.
Tapi alhamdulillah, dia jenis pendiam, tak banyak cakap (sama perangai cam hakim)
Kita kena layan dia baru dia layan. Heh. Yem pun ada, lama aku tak borak ngan ibrahim.
Lepas zohor, naik rumah hakim makan. Sedap tapi pedas. Aku kalau da pedas, kurang selera nak makan yang lain.
Nyesal lak makan sambal ayam. Fuh.. kalau tidak mesti aku dapat makan nasi impit dan meehoon sup.
Wah.. rugi rugi.. aku kalo beraya umah orang tak suka reramai, sebab aku tak puas nak melayan orang.
Jadi, agak kekok nak berborak dengan famili tuan rumah. Tapi ayah hakim memang baik.
Huhu... turun lagi. Aliadi, yus, afiq, hazani pergi mandi kolam. Wah bestnya.
Aku bosan. Malas nak basahkan badan. Aku keseorangan sebentar. Melihat keindahan langit dan melihat hiruk pikuk kota.
Aku duduk di gelongsor budak. Henpon aku jatuh. Tak leh on.. aduhai......
K la.. tamat. No mood to talk. Balik aku bawa motor. Rempit la.. geram aku.
Tapi aku rasa sejuk hati dalam rumah hakim. Thanks hakim ibnu zulkafli.
[2 versi cerita, 24 dan 25 oktober 2008, rumah ST8-2-2, dan rumah Hakim ibnu zul, masa yang sama =petang]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan