Khamis, Oktober 30, 2008

nak tolong orang pun payah..aduhai

“kita selalu disuruh buat kebaikan, amar makruf. Zaman sekarang? Buat baik dibalas jahat. KEJAM !!!”

Aku baru je balik dari rumah ustazazh faridah hantar lebihan makanan rumah terbuka tadi.
Sampai di rumah, duduk di sofa, tv terbuka. Oh bulletin utama.
Ic budak tu 91**** nama mustakim bin minsawi (tak ingat sangat nama dia)
Sedih cerita dia ni.
Dia tgh lepak ngan kawan dia di dataran merdeka. Rasanya tgh duduk atas motor kot.
Ada lak peragut ni ragut beg orang berdekatan situ.
Mustaqim ni nampak la dan cuba nak tolong. Aku tak pasti apa dia buat dengan peragut tu.
Tapi ada geng peragut ni nampak dan meluru ke motor dia dan tendang motor dia. Jatuh dan meninggal dunia.
Arwah………………..
Rasa budak tu baru je tingkatan 5, entah2 SPM.
Sedih nya, nak tolong orang, tapi orang lain pulak menolong mencabut nyawa kita.
Ya allah, rahmatilah roh anak muda ini, semoga kau menempatkan beliau di jannah.
Ganas betul jenayah sekarang, kalaulah kerajaan fokus pada masalah ni, dan lupakan sebentar pergaduhan dan pembangunan.
Janganlah nak ambil tindakan selepas anak kamu yang kena nasib yang sama seperti mustaqim.
Ingatlah, nurin dah dibunuh. Sharlini pun masih belum dijumpai.
Nyawa anak muda amat berharga. Berilah perhatian kepada remaja dan anak muda kita, wahai kerajaan…..
Bersama kita kejut gergasi yang besar ni dari terus terleka !!!

[bulletin utama 29 oktober2008, 8.05 malam]

2 ulasan:

Nor Farhana Bt Nordin berkata...

Dunia hari ini...
terasa pelik andai tiada dimuka berita kes pembunuhan kes ragut kes rompakan dan berbagai lagi....
manusia semakin hilang pedoman???
Ya Allah engkau lindungilah kami...

Unknown berkata...

tapi, bila dah selalu keluar berita, kes rogol, bunuh, terbakar...
seolah2 dah menjadi imun kepada kita kan??
macam tak terkejut sangat..
nak rasa sedih pun payah.. ish3..