“jauh perjalanan, luas pemandangan” = lagi jauh kita merantau di negeri orang, gerenti lebih banyak benda kita dapat buat, kan?
KENAPA AKU TERSEKAT DI RUMAH???
Tajuk ni mungkin macam tak kena kan?? Macam ni cerita nya…
Aku dah nekad, pada semester depan (tahun 2 pengajian di UKM) aku nak duduk rumah.
Aku taknak lagi duduk di dalam kolej. Terutama rahim kajai.
Aku kecewa sangat. Sebab? Pertama, aku semester ni takde roommate. Alasan pihak kolej, blok renovate.
Geram giler, baik je aku duduk rumah, duduk sorang gak.
Aku memang dari dulu nak duduk luar, sebab aku nak cari teman. Tapi sem ni tak dapat.
Leceh tul, sunyi je aku rasa kat bilik sorang tu… dahla aku benci sunyi !! (rujuk artikel blog aku 3 hari lepas)
Kedua, yuran mahal. Aku sem ni memang perit sangat. PTPTN kena potong hampir RM1500.
Dan bayar yuran pengajian UKM dah hampir RM 1000 lebih. Baki tinggal ratus ratus.
Bayar duit kolej dah RM 600 kot. Boleh pula dia tambah yuran kolej las minit tanpa beritahu dulu.
Makin pokai aku. Aku terpaksa hutang kat umi duit.
Ketiga, aku hampir tiap hari balik, sebab?? Umi nak gi sekolah, takde pengangkutan.
Jadi duit minyak RM8/4hari + duit kolej sehari RM5.50. fuh, tak sanggup aku untuk satu sem akan datang.
Aku rasa insaf sangat, aku tak dapat berniaga dengan baik, tak dapat beli buku.
Mungkin aku boleh duduk je kat kolej lain, tapi aku masih tak mampu.
Aku cadang nak simpan duit tu untuk bayar hutang umi. Takpela.. aku rela ulang alik tiap hari ke rumah untuk jimat duit.
Aku hari tu ada cuba minta JPA, mungkin rezeki takde. Tak dapat.
Aku tak sabar nak tunggu hujung bulan 12 tahun ni. Nak duit PTPTN…
Aku 2 bulan ni da pokai. Aku segan dah minta kat umi… pokai nye !! kisah keretaku pecah (artikel kelmarin) pun menambah kesedihan.
Tapi kan, dalam proses percubaan aku di rumah, entahla, aku rasa jiwa aku macam tersekat.
Bukan apa, aku rasa sunyi balik. Almaklumla aku anak sorang. Jadi takde adik beradik untuk buat bising.
Aku tak dapat senang2 pegi menuntut ilmu agama. Kalau dulu, aku selalu gak keluar Gombak dll
Tapi sekarang balik lewat malam pun umi dah risau.
Nak dekat exam ni, lagi kehidupan aku mencabar.
Dengan rumah terbuka nya lagi.. aduhai…
Bila boleh belajar ni.. lagi 4 hari je ni..
Waaaaaaaaaaaaaaaaa… tak bersedia…
Gundah gulana hati aku. Rasa tersekat pergerakan aku.
Aku terbayang, kalau aku duduk kat USM ke (jauh skit merantau), mungkin aku lebih berdikari.
Hmm… tapi kan, bila fikir balik, siapa nak teman umi??
Abuya kerja sampai lewat malam. Huhu.. mungkin ada hikmahnya.
Mungkin, kita yang tak pandai kawal masa bila duduk di rumah kan??
Insyaallah, aku akan cuba bahagikan masa untuk menelaah pelajaran, mendalami islam dan bersama keluarga.
Tapi pantang aku, TV !!! camne nak elak tgk TV !! wah.. geram geram. Nafsu3.. ish3…
[aku risau exam nak dekat, 7.20 pagi, bilik aku, 29okt2008]
5 ulasan:
syok duk rumah..tapi yelah adik beradik kak ramai..hehe. TV tu lah faktor utama duk umah..kena positifkan diri..TV tu utk tgk berita dan perkembangan semasa remaja dan belia sekarang melalui filem dan drama..dan juga melalui drama dan filem tu bantu kita kenal masyarakat kita hari ini. so awak leh fikirkan langkah mengatasi masalah remaja juga dgn drama..heheheh. wat skrip.leh masuk duit tau robe'. Hehehe.
hehe... tul gak.
tapi rasa cam membazir masa je tengok movie.. terutama yang berjeler2.. sejam tu rasanya leh buat macam2.. geram geram geram.
tapi bila fikir balik, banyak jugak tv membantu dalam membina sahsiah diri. kena pandai tapis nilai cerita dia kan kak??
skrip?? nak bagi kat sapa kalau dah siap kak??
kalu dah wat skrip, boleh bagi kat Ustaz Abu Hasan Morad... Pengarah Urusan Galeri Ilmu, juga penulis Cinta Madinah..dll.
Mungkin boleh bagi kat dia..takpun boleh bekerjasama dengan IKIM ..depa kan ada wat pertnadingan penulisan skrip drama islam..? tak silap lah.
Tapi , kalu ada, cabangnye banyak je..lagipun keliling kita ni banyak artis..personaliti..RTM pun ada TV3 pun ada..
Dunia hari in...perlu usaha pasti ada ruangnya.Yang penting pandai rebut peluang.
thanks doli.
aku da fikir masak2.
alhamdulillah aku akan ambil risiko duduk rumah.
lebihan duit pinjaman aku, boleh disimpan untuk benda lain.
bab melatih berdikari tu, susah skit.. hehe.. sebab aku tak pernah duduk jauh dari mak aku.dan mak aku pun cam taknak bagi aku berdikari.. aduhai.. aku masih tak reti seterika baju. sebab mak aku nak tolong seterika kan.. huhu.. segan lak nak cerita..
tapi aku rasa, aku akan join juga persatuan kat u, supaya sofskill aku meningkat.. amin..
papepun thanks
rimbunanhati: wah.. cam menarik je...
insyaallah. nice idea kak.
cuti sem robe cuba menulis..
Catat Ulasan