“aku masih ‘free’. Aku pernah pergi gereja, masjid dll. Aku cuma tunggu orang beritahu ttg agama masing2 je, mana yang aku rasa terbaik aku sertai” kata MSA.
Astaghfirullah, aku terkejut dengar apa yang disampaikan oleh MSA.
Benarlah apa yang aku fikirkan tentang dia ni. Tak sangka aku, dalam kita ramai2 beragama islam, masih ada yang tak pasti kenapa dia peluk Islam.
Kawan aku ni MSA. Melayu beragama islam. of coz la melayu ialah islam.
Tapi aku tak nak dan tak mahu kata MSA ni murtad. Dia masih dalam pencarian jalan hidup.
Pemikiran dia ni agak pelik, dan aku pun susah nak faham.
Zaman sekarang ni (terutama di Malaysia) islam tu diwarisi. Dan penguasaan dan pengamalan tentang islam amat kurang.
Sebab tu, umat islam sekarang rapuh dan seolah-olah tak macam beragama islam.
Ibu bapa tak mengajar ttg cara solat, puasa, hukum hakam islam dan segalanya ttg islam.
Remaja jadi tak keruan. Tak tahu apa guna mereka peluk islam.
Mungkin diorang hanya peluk islam sebab melayu kena islam, kalau tak masyarakat akan benci dan buang mereka.
Jadi, mungkin dari zahiriah mereka adalah islam, solat, puasa dll. Tapi, akidah mereka? Wallahua’lam.
Adakah mereka yakin allah tu ada? Adakah mereka sudah dipengaruh dengan doktrin barat?
Adakah mereka sudah terpengaruh dengan pemikiran logik? Adakah mereka tahu hala tuju mereka?
Aku kasihan melihat MSA, dia tidak terdedah kepada islam. Dia hanya tahu islam pada permukaan. Kenapa?
Takde orang bimbing dia. Sekarang, dia hanya mengkaji sendiri. Semua agama dia cuba dalami (terutama kristian).
Pernah satu hari dia macam berselisih pendapat dengan aku.
“boleh tak kita di dalam rumah kita bersifat ekslusif tetapi bila kita diluar, kita bersifat terbuka (dalam konteks agama)”
Agak kompleks untu difahami kan? Maksudnya: sekarang ni kita lihat banyak perbalahan agama,
biarlah kita menganggap agama yang kita anuti itu adalah benar hanya dizahirkan dalam hati kita sahaja atau kelompok kita sahaja.
Tapi bila kita bergaul dengan orang beragama lain, kita lebih terbuka (jangan menuduh agama orang lain) = liberal).
MSA menganggap liberal tu satu cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah antara agama.
Hakikat sebenar, islam lebih adil daripada liberal, tapi ramai yang tak jelas tentang cara islam. Kenapa?
Konsep kesamarataan dalam pelbagai agama tidak patut timbul. Islam, adalah cara hidup (addin), kenapa kita mesti mengatakan agama mereka setaraf dengan kita?
Islam lebih lengkap dan menyeluruh. Tapi kenapa masih ada yang berpemikiran liberal?
Banyak persoalan yang timbul dalam benak hati aku. Bagi aku, dalam konteks sekarang, kita tak boleh salahkan 100% kepada ibubapa.
Juga kepada kerajaan juga tak patut dipersalahkan, remaja apatah lagi.
Kita sudah terlalu biasa dengan soalan ini, dalam ceramah, dalam motivasi, dalam karangan SPM.
“apakah faktor yang mempengaruhi gejala sosial”?
Kita perlu ubah pemikiran sebegini, jangan suka menuding jari. Kalau nak lihat salah orang memang banyak. Tapi pernah tak kita menuding jari kepada diri kita sendiri?
Sahabat sekalian, aku mengingatkan untuk diriku jua.
Dalam kekelumitan MSA terhadap hala tuju hidupnya, kita tak boleh salahkan ibu bapanya.
Kita juga tak boleh terus mengatakan dia sesat. Dia masih termangu-mangu. Mungkin semua remaja sepertinya sekarang.
Apa tindakan kita?
Ingat konsep islam, iman, ihsan.
Apabila kita bersyahadah, bermakna kita sudah bersedia menurut perintah Allah. Kita lakukan solat, puasa, haji, zakat.
Lakukan dengan penuh ikhlas dan khusyuk kepada Allah.
Kita akan merasai kemanisan iman. Kita akan yakin kepada Allah, malaikat, rasul, kitab, kiamat dan qada dan qadar.
Indahnya kemanisan iman, hanya dirasai oleh individu yang benar-benar taat kepada perintah allah.
Ihsan pula, dalam setiap langkah, kita seolah-olah melihat allah, atau yakinlah allah melihat kita. Kita akan berasa tenang dalam setiap perbuatan kita.
Insyaallah, kekukuhan 3 teras islam ini dalam diri kita, nescaya, kita mampu untuk membina keperibadian muslim yang unggul.
Tidak mustahil, keperibadian ini dapatlah digunakan untuk berdakwah kepada rakan kita seperti MSA.
Jika kita rasa tidak mampu, bimbing dia, bawa dia bertemu dengan orang yang lebih arif dan pakar.
Atau, pamerkan islam itu satu agama yang lengkap dan syumul. Tidak susahkan?
Jadi, kita tak perlu menuding jari pada sesiapa untuk melakukan perkara sebegini mudah, kerana, kita sendiri mampu mengubah masalah ni.
Bayangkan kita dah kahwin. Kita tarbiyah isteri, anak. Kemudian, andai kita jadi ketua masyarakat. Bring the islam inside.
Andai lagi kita jadi perdana menteri, ayuh, tegakkan pemerintahan islam.
Meskipun lama lagi, tak salahkan kalau kita mula dari usaha kita yang kecil ni?
Janganlah, kita hanya menanti orang yang buat semua ni untuk kita. Insyaallah, kita bersama.
[aku bawa MSA bertemu dengan akhi yang lebih arif, 9 malam di FSSK UKM, 27 oktober 2008]
2 ulasan:
bkn salah sesiapa pon robeck...
huhuhuhu...
let's me be me, let's me find my way...(really need ur help but let's me decide) huhuhu
p/s: i'm asking 4 ur open-ness (iye.. jer ayat aku nich) huhuhuh
insyaallah syam.. aku akan bantu kau apa yang aku mampu..
jangan segan nak tanya aku, k.. maaf lambat cek komen ni..
Catat Ulasan