Selasa, September 28, 2010

Al-Kisah Fatih ep.3

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah paling lama seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Fatih ep.3

Kehausan tekak Fatih kian terasa. Jarum jam tangan Fatih menunjukkan pada nombor 6 dan jarum minit pada nombor 4, masih berbaki 9 minit dan 45 saat untuk bertemu di kaunter informasi. Pertemuan yang sangat dinantikan sejak dua tahun yang lalu. Tangan kiri ingin mencapai kembali novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ karya Nor Atiqah Ghazali, namun, hatinya masih tidak tenteram dengan situasi Noraini yang semakin berpakaian seksi untuk melayan nafsu lelaki. Fatih tidak mahu merosakkan pertemuan yang dinantikan ini diselaputi dengan hati yang resah. Novel diletakkan dengan rapi di dalam beg sandangnya, lantas bangun daripada bangku berdekatan dengan restoran Secret Recipe. Masih berbaki 9 minit, kaki melangkah melalui lorong kecil bersebelahan restoran McDonald dan menembusi ruang legar utama KL Sentral. Pelbagai ragam manusia yang lalu lalang dan keluar masuk daripada stesen komuter KTMB menuju ke destinasi masing-masing. Esok bermula kembali hari untuk semua bertungkus-lumus mencari rezeki dan menuntut ilmu. Pasti cuti selama dua minggu masih belum puas dinikmati.

Air mineral botol kecil berjenama Cactus berpenutup biru dibeli Fatih dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan gaya hidup di Kuala Lumpur. Punca air dari Taiping ini sangat melegakan. Syukur Alhamdulillah, nikmat yang tidak terhingga. Masih berbaki lima minit, Fatih tidak pasti hendak melakukan apa pada tika ini.

Pilihan yang ada:

  1. Membaca novel yang meresahkan

  2. 2. Melihat ragam orang lalu lalang

  3. 3. Memadam SMS yang lama tersimpan dalam telefon bimbit

Mana yang perlu Fatih lakukan untuk mengisi masa yang ada? Adakah mahu dibazirkan begitu sahaja?

Selasa, September 21, 2010

Al-Kisah Fatih ep.2

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah paling lama seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Fatih ep.2

Telefon bimbit Fatih berbunyi. Tangan kanan Fatih yang memegang novel ‘Tersungkur di Pintu Disko’ diletakkan di tepi bangku. Matanya kini teralih kepada telefon bimbit. Kiriman pesanan ringkas (SMS) daripada Iskandar. Hatinya serba gelisah tadi bertukar menjadi gembira. Jelas senyuman manis pada wajah Fatih.

“lagi 10 minit abang tiba di KL Sentral, tunggu di kaunter informasi ye”

Abang Iskandar yang baru 10 hari tiba di Malaysia, sangat dirindui oleh Fatih. Hampir 2 tahun hilang khabar berita, Fatih kehilangan perhubungan dengannya. Di saat kerinduan semakin malap, telefon bimbit berdering daripada nombor yang tidak dikenali.

“Assalamualaikum Fatih, apa khabar?”

“Waalaikumussalam warahmatullah, Alhamdulillah sihat. Hmm.. siapa ya?”

“takkan tak kenal suara abang?”

Fatih terpinga-pinga. Senyap seketika, sambil otak cuba menafsir gerangan pemanggil.

“ni abg Iskandarlah!”

“ya Allah, abg! Dekat mana ni? Rindunya………….”

“abg baru balik ke Malaysia. Fatih di mana?”

“Fatih di Hentian R&R Sungai Perak dalam perjalanan pulang ke kampong halaman. Kenapa lama menyepi? Rindu sangat kat abang!”

“maaf sangat-sangat Fatih, abang sibuk sangat di Turki. Kalau Fatih di KL beritahu abang, boleh kita bertemu?”

“Baik… rindu sangat kat abg. insyaAllah kita akan bersua.”

“InsyaAllah. Hati-hati memandu dik. Assalamualaikum warahmatullah.”

“baik abang! Waalaikumussalam warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh.”

Panggilan ditamatkan dalam suasana malam yang ceria menjelang Hari Raya Aidil Fitri. Tersenyum ke telinga. Aisyah melihat anaknya dengan curiga.

“amboi, panjangnya senyuman anak umi ni?”

“Umi tahu siapa yang telefon Fatih tadi? Abang Iskandar.”

“oh, abang angkat Fatih yang belajar di Turki?”

“ya, betul tu umi. Abg Iskandar baru pulang di Malaysia, dia nak jumpa Fatih. Boleh tak umi, Fatih nak jumpa abang Iskandar nanti?”

“boleh, nanti sampaikan salam pada Iskandar ya.”

“baiklah umi”

Tangan kanan Fatih memegang erat telefon bimbit, sambil matanya terus bersinar melihat nombor telefon yang tertera di skrin tadi. Ibu jari terus menekan kekunci telefon bimbit dan menyimpan nombor abg Iskandar. Hendaknya hubungan kerinduan ini tidak terputus lagi.

bersambung.....

Isnin, September 20, 2010

Al-Kisah Fatih ep.1

Salam Ukhuwah Mahabbah Fillah daripada penulis:

  1. kisah ini adalah untuk tujuan: muhasabah diri dan tidak bermaksud untuk menghina atau mengutuk mana-mana pihak. Janganlah terasa ye.
  2. kisah ini akan dikemaskini (update) mengikut idea penulis. insyaAllah setiap seminggu akan dikemaskini. bersabarlah dan ingatkan penulis.
  3. digalakkan untuk sahabat2 memberi idea-idea tambahan untuk menambah mutu kisah ini. komenlah ye.
  4. maaf juga, jika kisah ini membosankan dan penuh bunga-bunga dalam penulisan ini.
  5. semoga anda memperoleh manfaat. doakan kita sentiasa dirahmati Allah dan senantiasa dalam bimbingan Allah.
  6. ini adalah idea asal Mohd Arrabe' Ahmad Baei. mohon sahabat2 yang dirahmati Allah tidak menjadikan penulisan ini sebagai modal keuntungan sendiri (buat novel dengan meniru, tetapi tidak salah untuk mengambil idea ini dan mengubahsuai). jadikanlah ia untuk keuntungan bersama (nyatakan nama saya atau link blog ataupun maklumkan kepada saya melalui e-mel aliflamrabayaain@gmail.com

Al-Kisah Fatih ep.1

Fatih menanti dengan tenang sambil bibirnya tertutup rapat. Bola matanya berulangkali memfokus ke kanan dan kembali ke kiri dengan kepala tetap menghala 45 darjah tunduk. Otaknya terus berimaginasi sambil hati terus beremosi. Perubahan seorang anak perempuan yang beriman kepada Allah dalam keadaan ditinggalkan oleh bapa yang panas baran setelah diceraikan akan isterinya yang punyai tekanan mental.

Perubahan untuk menjadi ketua keluarga dalam sekelip mata untuk menyara 2 orang adiknya yang masih bersekolah rendah. Tingkatan lima baginya amat memeritkan dan meresahkan. Keputusan SPM seperti diduga hampir mematahkan semangat anak gadis ini. Sebagai ketua keluarga secara tiba-tiba menjadikan dia semakin kesempitan. Pekerjaan di Pasaraya Mydin tidak cukup untuk memenuhi keperluan hidup mereka bertiga. Pertemuan dengan kawan setingkatan dalam tempoh tidak sampai lima bulan sesudah persekolahan, punya mampu mempunyai kereta dan wang berganda membuat beliau tertanya-tanya. Hotel lima bintang menjadi tempat pertemuan dengan santapan bertaraf antarabangsa
membuat hati gadis ini meronta inkuiri. Perkongsian demi perkongsian menjadi kaya dalam sekelip mata, membuat gadis ini terus menerus berfikir dan berfikir.

Di titik persimpangan antara dua jalan yang patut dipilihnya. Antara memenuhi keimanan kepada Allah atau memenuhi keperluan masa depan adik-adiknya. Fatih mengurut-urut dadanya terus tertanya-tanya, sambil hati terus berharap akan pilihan keimanan kepada Allah oleh gadis ini. Namun jelas tidak, seminggu berlalu dengan penuh kerunsingan, gadis ini bertekad untuk mengikut jalan seperti kawannya itu. niatnya murni tetapi jalannya telah salah. Masa terus berlalu, adik-adiknya memperoleh keperluan secukupnya untuk persekolahan, tempat tinggal dan makan minum. Fatih terus tidak sabar menanti kesudahan akan kehidupan gadis malang ini.

Apakah masih ada sinar keimanan dalam hati gadis ini setelah dilacurkan sedemikian rupa? Mampukah dia bangkit kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepada Allah? Apakah gadis ini punya teman untuk memberi kekuatan buat gadis ini berubah kembali?

Khamis, Ogos 26, 2010

warawiri lelaki


Bismillahirrahmanirrahim.
Salam Ramadhan sahabat2ku, meskipun sudah separuh bulan berlalu. Semoga kehangatan Ramadhan bersama kita sentiasa.

setelah seminggu aku bertangguh menulis kisah, memikirkan perkongsian yang tidak seberapa.
hanya berdasarkan penilaian pandangan mata, mungkin sedikit daripada mata hati.
aku melihat satu isu yang hangat pada masa kini, tahukah kalian?
seringkali paparan akhbar, isu bunuh dan buang anak paling laris.
menjadi bualan di bibir setiap insan. sama ada yang menghina dan ada yang menggeleng.

Warawiri lelaki. bahasa percakapan Jawa berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ketiga.
tertarik dengan perkataan warawiri yang bermaksud 'berjalan ke sana ke mari tanpa tujuan'.
aku lelaki yang normal pernah sesekali warawiri.
mencari2 halatuju untuk aku bergerak, namun ketika dulu aku tidak ketemu tujuanku.
warawiriku menjejaskan kewarasanku.
kerana aku tidak mengerti apa yang aku mahukan dalam hidup ini.
teringatku mengamuk dalam kementalan yang sakit.
Darjah 6 yang aku duduki bersepah, kerana rajukanku.

Warawiri lelaki. semakin ramai yang terus hidup tanpa tujuan.
melihatkan isu yang rencam dan mengancam, semuanya berpunca daripada diri aku.
kenapa mesti aku yang patut dipersalahkan?
sahabat2ku, aku adalah lelaki.
lelaki itu sepatutnya tidak warawiri, sewajibnya lelaki itu menjadi pemimpin kepada wanita.
tetapi aku tidak berjaya memimpin wanita bagi pihak lelaki.
akibatnya, ramai wanita termengandung setelah berzina dengan lelaki.
akibatnya, ramai wanita terpaksa melahirkan bayi yang haram.
akibatnya, ramai wanita terbeban dengan dosa zina sendirian.
akibatnya, ramai wanita dicemuh dan dihina akibat zinanya sendiri.
mangsanya? bayi yang haram yang dikandungkan oleh ibu yang berzina dengan lelaki.

warkah cinta buat rohku.
aku adalah lelaki. beruntungnya aku menjadi lelaki yang tidak warawiri.
alhamdulillah...
diri yang sedar ini perlu membela dan melindungi wanita.
satu azam - menutupkan aurat semua wanita.
aurat itu adalah kemaluan/harga diri.
menutupkan aurat wanita yang pada tubuh itu adalah wajib!
apatah lagi menutupkan aurat wanita yang dipandang hina oleh semua lelaki.
mengubah pandangan nafsu seks semua lelaki terhadap wanita.
agar mengangkat aurat/harga diri wanita di tempat yang dilindungi dan dihormati.
bagaimana dengan lelaki lain yang masih terus warawiri?
hanya satu... kembali semula kepada kesempurnaan akidah kepada Allah.
caranya?

[WCBR-warawiri lelaki]

Khamis, Ogos 19, 2010

tahu syukur

sejuk malam,
hujan lebat,
kilat menyabung,
guruh bergempita,
gelap gelita,
air membumi,
akar meresap,
xilem menyedut,
haus hilang,
bangkit esok,
panas terik,
beri tenaga,
berfotosintesis,
lahir oksigen,
untuk manusia,
yang alpa,
juga manusia,
tahu syukur.

Ahad, Ogos 08, 2010

serius & penat

aku mendengar dengan teliti ucapan Ustaz Siddiq Fadzil tentang seseorang pemimpin itu perlu bersedia untuk serius dan penat. jika kita tidak merasakan penat, kita bukanlah pemimpin yang baik. aku merenung diriku kembali, apakah aku telah melaksanakan tugasku dengan baik.

aku teringat kembali kepada sahabatku dari Persatuan Pelajar Islam Melaka (PEPIM), Redzuan yang menyatakan bahawa seseorang telah beritahu beliau bahawa apabila kita dilantik menjadi pemimpin seolah2 kita telah melangkah setapak ke api neraka. Tersentap aku dan terasa sangat mendalam maksud itu.

Nauzubillahiminzalik. berat peranan pemimpin. tetapi jika tidak aku, siapa lagi? insyaAllah, dengan sahabat2 di sekelilingku, aku yakin. Allah bersama kita semua selagi kita masih ingin bersamaNya.

[muhammad ar-rabi' - WCBR]

Jumaat, Ogos 06, 2010

Bulan Rindu


nak berkongsi satu puisi yang bagiku menarik dan menyentuh hati. karya Fatimah Syarha dalam majalah Solusi 10. terasa apa yang penulis cuba sampaikan. harapanku, inilah yang kita sama2 impikan dengan bulan rindu ini. bila kita sudah bertemu, peluklah Ramadan erat!

bulan rindu

"ahlan wasahlan, ramadan!"
kau bulan kerinduan
hadirmu dinantikan
penyiram jiwa gersang, membersih dosa bersarang

apabila...
malam pertamamu menjengah
bertiup al-mutsiiratu dari Arasy
menggerakkan pohon2 syurga
terdengar sayup-sayup merdu suara
tak pernah terdengar oleh telinga
berbisik si bidadari
kahwinkanlah daku
dengan hambamu yang berpuasa

pintaku,
angin mutsiiratu yang dingin
membelai segala kepayahan
memujuk segala kesedihan
meyejukkan dalam indahnya pengabdian

oh, ramadan...
hadirmu penuh keberkatan
sarat rahsia keindahan
melimpah nur kebaikan
memancar cinta ar Rahman

ramadanku
kau bagaikan pesta ibadah
mengajar nafsuku bermujahadah
tiap saatmu terkandung hikmah
memekar kuntuman hidayah

alangkah indahnya hidup
andai malam mu ku hiasi tahajjud
hayati al quran penuh takjub
zakat dihulur bersama zuhud
amal berganda setinggi Uhud

ramadanku
tawaran demi tawaran kau sajikan
buat perindumu yang beriman
membentang samudera keampunan
bernaung kasih tiada tepian

ramadan
setahun ku merindu
kau kini milikku
hari-harimu pantas berlalu kuatkanlah aku ya Rahman
mengaut segala ganjaran
berpisah dengan keredaan.