Isnin, Oktober 03, 2011

menangis melihat kakinya

mataku melihat ke satu arah.
seorang lelaki sederhana tinggi di kaunter pejabat pos.
masih muda seperti ku, berbaju T hitam dengan seluar jeans biru.
bebola mataku tertumpu ke selipar lelaki ini.
tidak ku kenali akan beliau.
namun aku tersentak dan hatiku pilu secara tiba-tiba.
terasa ingin menangis di situ.

aku menoleh kepada tongkatku yang semakin lusuh sejak 6 bulan aku menggunakannya.
tongkat ini tidak sama seperti keperitan kakinya.
jelas aku terpukul dengan kelemahan diri ini.
yang kadangkala aku merungut dan tidak bersyukur dengan kaki yang serba kurang ini.
kaki yang hanya memerlukan sokongan tongkat untuk aku berjalan, tidak sama dengan diri lelaki itu.
kaki lelaki itu....

selipar jepun hijaunya melengkung dalam pautan tapak kakinya.
hanya tengah tapak kakinya yang memijak bumi.
hanya tengah tapak kakinya yang menahan tekanan badan.
hanya tengah tapak kakinya...
tumit dan jarinya melengkung ke atas.
terbayang akanku tulang tapak kakinya yang melengkung.
apalah aku ini yang masih tidak bersyukur...
menangis aku melihat kakinya.
menangis mengenang diri yang buat-buat tidak merasa nikmat Allah.
menangis diri ini yang senantiasa lupa untuk meluangkan masa untukNya.

p/s: bersyukurlah sebelum Allah menarik semua nikmat yang ada.

1 ulasan:

ainzoo berkata...

terkadang, kita lupa & tak hargai apa yang kita ada... tapi, apabila dah kehilangan, baru kita rasa kekurangan tu...

~peringatan untuk diri sendiri juga.