Rabu, April 27, 2011

ingatan buat diriku ep.6




episod 1 - permulaan {klik sini}
episod 2 - perjalanan {klik sini}
episod 3 - sesaat ini {klik sini}
episod 4 - angkat {klik sini}
episod 5 - hospital kajang
{klik sini}

episod 6 - solat

sebelum aku bercerita, aku tertarik dengan lagu band Gigi.
anda pernah dengar lagu mereka, 'beribadah yok'?
lagunya sedikit rancak, dengan lirik mengajak kita solat tanpa banyak alasan.
{klik sini band Gigi - beribadah yok!}

orang yang datang menziarah aku banyak tanya, bagaimana aku solat.
pasti sahabat2 pun ingin tahu.
sebelum aku bercerita perihal solat, mari lihat situasi berlaku.

1. aku kemalangan jam 1 petang, belum azan Zohor. di hospital kajang dalam keadaan perit dan menyakitkan, aku tak berdaya hendak berwudhu' dan duduk. tangan juga tidak mampu aku gerakkan. aku solat seperti biasa namun dengan menggunakan isyarat mata. dengan tujuan menghormati waktu. maksudnya, aku kena qadha' solatku selepas sihat atau mampu berwudhu'.

2. setelah diluruskan kaki aku dengan keadaan perit, aku keperitan amat lagi setelah diminta mengengsot dari katil ke katil. sebab? aku berat. aku segan nak menyusahkan mereka, tetapi engsotan sangat ..... {wallahualam}. di katil nombor 11 wad 1, hospital kajang. aku hanya boleh baring, tidak mampu lagi duduk. syukur sedikit, katil di wad ini boleh dinaikkan kepala katil. dan di atas katil inilah aku kencing dan berak, setiap pagi, pasti jururawat akan tukar cadar baru. jadi dikhuatiri tempatku bernajis. aku masih solat menghormati waktu, tetapi secara duduk. masih perlu aku menggantikan solatku ini apabila sihat.

hampir 10 hari aku telah qadha'kan solatku. kira2:
10 x 2 rakaat = 20
10 x 4 rakaat = 40
10 x 4 rakaat = 40
10 x 3 rakaat = 30
10 x 4 rakaat = 40
jumlah rakaat = 170 rakaat = 9 hari solat terawih 20 rakaat di bulan ramadhan.

3. aku telah disimenkan tangan kiri aku. menurut kata ini bukan simen, tetapi yang dibalut itu adalah Plaster of Paris (POP). kalau simen betul, memang berat. tangan kiri memang salah satu anggota wajib wudhu'. namun, doktor kata jangan basahkan POP ini. jadi aku telah mengambil waudhu' seperti biasa tetapi bila sampai tangan berbalut, aku lap anggota tayamum, dan tayamum sebentar. selepas selesai tayamum, barulah aku sambung wudhu' air pada kepala dan kaki. seterusnya melakukan solat duduk. sehingga kini aku belum mampu berdiri.

nak rujuk JAKIM pun leh {klik sini}

secara terus terang, sangat perit solat di kala sakit.
betapa nikmatnya orang sihat dapat bersolat.
sahabat2ku, solatlah kalian.
sangatlah nikmat ketika sihat untuk solat.
jangan sampai hilang nikmat itu!

bersambung....

1 ulasan:

ainzoo berkata...

Semoga Rabe` cepat sembuh. Kita akan hargai sesuatu apabila telah kehilangan sesuatu yang dimiliki. Itu lah manusia.

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. Sihat sebelum sakit.

Kita jadi insan yang leka dengan urusan dunia sehingga lupa untuk bersyukur. Ingatan juga untuk diriku yang terkadang lalai dengan urusan dunia.

Segala yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. Semoga kita semua menjadi hamba yang lebih beriman kepadaNya. Amin