setiap detik dan masa yang sedang dilalui adalah untuk kita manfaatkan. sentiasalah mencari peluang dan ruang untuk menambah bakti diri. paling mudah, amalkan senyuman di wajah, pasti tersinggah di mata, lantas, ternukil di hati.
Selasa, April 26, 2011
ingatan buat diriku ep.3
episod 1 {klik sini}
episod 2 {klik sini}
aku tersedar, aku membukakan mataku.
aku lihat jalan raya yang hitam kelabu dekat di pipiku.
aku sedar, aku teringat aku di atas jalan raya.
jalan raya, jalan besar. aku di jalan besar!
aku terbaring mengiring di bahu kiri.
sambil kaki kanan di atas kaki kiriku. aku cuba.
aku cuba untuk berdiri dan berlari ke tepi.
aku sedar sesuatu, kakiku kebas, tidak terasa apa.
aku cuba lagi untuk merasai kakiku...
aku tidak merasakan kakiku.
apakah aku lumpuh? Allah..................
aku kelu, akalku buntu.
hatiku meruntun aku ingat yang satu, Allah.
berserah pada Ilahi, lidah lafaz Allahuakbar berkali2...
kerap juga aku mengucap syahadah.
'la ila ha illallah, muhammad rasulullah'
aku takut sangat...
seorang diri di atas jalan raya.
apakah nyawaku di sini akhirnya?
beribu kali lintasan akalku mencemaskan aku.
cemas...
bersediakah aku mati pada masa ini?
cukupkah amalanku untuk aku bertemuNya?
apakah ada kereta menyusul melanggar aku yang terbaring ini?
apakah aku.... dan adakah aku... ?
segalanya terfikir sesaat selepas kemalangan ini.
aku hanya sempat menangis, mengingati mati menanti.
merasa luluh segalanya, segala apa dosa terimbau.
hanya sesaat ini aku ada untuk mohon keampunan padaNya.
hanya sesaat ini aku ada untuk mohon pertolongan padaNya.
mengharap belas kasihan Allah di saat ini.
mengharap masa hidup dipanjangkan Allah lagi...
mengharap masih ada harapan untuk aku memohon keampunan kepada Allah.
sesaat ini aku menangis dan merayu.......... kepada Allah yang satu.
bersambung ....{klik sini ep4}
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan