masih teringat 16 hari yang lalu, pagi yang cukup gementar.
aku ingin menyiapkan persembahan multimedia subjek etnobotani.
menghantar umi ke sekolah, sempat memohon restu untuk membuat pembentangan yang baik daripada umi.
jam 7.50 pagi, tiba di makmal mikroskopi dan ilustrasi aras 3 bangunan biologi.
tidak seperti kebiasaan, aku hari ini sengaja tidak menegur Encik Ruzi di makmal palinologi (bersebelahan).
menghidupkan komputer riba (laptop) dan terus berlatih pembentangan.
hampir setahun tidak buat pembentangan di khalayak, lagi2 yang akademik.
di samping bercakap bahasa inggeris, aku khuatir.
ada istilah dalam pembentangan aku, yang aku sendiri tidak faham.
google.com banyak memudahkan aku, cuma tidak semua membantuku.
encik Ruzi menjengah masuk dan mengajak aku makan (seperti biasa).
kepala terus serabut, apalah soalan bakal diaju oleh kawan2 aku nanti.
Prof Madya Dr. Ahmad memang sengaja menggalakkan pelajar bertanya untuk dapat markah.
berdasarkan pengalaman kawan2 lain, memang soalan banyak tentang istilah yang pelik2.
perut berbunyi. akur. turun makan dulu.
aku masih punyai baki sejam 20 minit.
makan dah 20 minit, aku ternampak gula2.
beli 28 biji gula2 Choclairs untuk penyoal aku, hehe, nak ambil hati.
naik kembali, sejam berbaki.
aku terus Google.com istilah pelik2 dan masukkan dalam pembentangan.
dalam kekalutan mencari istilah, Dr. Noraini Talip panggil pula.
penyelia aku yang paling prihatin ingin berbincang dengan ku tentang permohonan geran.
geran? kira macam dana untuk projek penyelidikan pensyarah. akulah calon penyelidik bagi projek ini.
aku senyap dan terus mendengar sarana beliau.
syukur, setelah beberapa minit, Encik Ruzi masuk ke bilik Dr dan mengingatkan Dr tentang pembentangan aku.
Dr. beri kebenaran untuk aku bersiap.
"yes! aku berjaya" baki 15 minit lagi.
hanya ada satu istilah yang aku masih tak tahu.
tanpa berfikir panjang, aku terus ke Bilik Seminar di Bangunan Kimia.
aku terlewat, Prof Madya Dr. Ahmad sudah tiba dahulu.
aku peserta terakhir daripada 7 pembentang. gugup...
sempat aku mengemaskini Facebook.com.
Farhan Zainul Alam pengerusi pembentangan hari ini sangat versatil dan bergaya.
cemburu aku tengok dia.
tiba giliran aku, dengan poyonya aku membuka jaket yang dibeli di Padang Besar.
terserlah baju kemeja hijau kotak2 kecil yang paling sayang.
ada juga yang menyampah lihat lagak aksi aku.
teruslah aku memntang pokok pilihan kajian aku iaitu pokok Lelipan.
dalam bahasa latin - Pedilanthus tithymaloides.
aku cerita sebaran pokok ini, ciri bentuk daun, kandungan toksin dan faedah & ancaman.
kadangkala, ada ketar-ketar dalam nada suaraku. malu sungguh.
setelah selesai, aku menyarungkan jaket aku semula. motif?
entahlah, tetapi dalam jaket terkandung gula2.
aku buka kepada soalan, pelbagai soalan diaju seperti ingin membelasah aku.
terus terang, banyak soalan istilah, tapi aku sengaja tangguhkan jawapan.
perihal lain, tentang ubat dan kebaikan, ada yang aku tidak tahu, aku nyatakan tidak tahu.
pengakhiran pembentangan, aku serahkan gula2 pada semua.
dan aku mendapat tepukan, meskipun bagiku sangat lemah pembentangan kali ini.
bersambung.... {klik sini}
Tiada ulasan:
Catat Ulasan