Khamis, Ogos 27, 2009

perhambaan kepada kemerdekaan

"aku diminta untuk mengulas sedikit berkenaan pengisian kemerdekaan yang ke 52 tahun ini"

perhambaan kepada kemerdekaan.
aku melihat bahawa erti kemerdekaan yang boleh difahami semua adalah, suatu keadaan di mana kita tidak dikawal atau tidak dikongkong oleh mana-mana pihak luar yang telah memperlakukan kita seperti hamba mereka.
sebab itu, aku meletakkan tajuk untuk pos blog yang aku lama tak kemaskini adalah perhambaan kepada kemerdekaan.

sememangnya kita dijajah pada zaman dahulu.
tetapi istilah dijajah, tidak memberi kesan mendalam. (bagi aku la..)
aku melihat penjajahan kita dahulu seolah-olah sistem perhambaan.
di mana, si penakluk/ penjajah menggunakan kita seolah-olah kita ni hamba, untuk bekerja untuk mereka mengaut hasil kekayaan muka bumi kita dahulu.
setelah habis dikaut, digali, dan dibawa pulang ke negara mereka, barulah mereka berikan sijil kemerdekaan kepada kita.
peribahasa yang aku tak ingat sangat, "madu dihisap, sepah dibuang"?
kedatangan mereka tak diundang, dan terus mengambil segala harta yang kita ada, sehingga maruah kita gugur, dan hancur. itupun mereka, masih belum puas.

kerakusan si penjajah, mengingatkan kita kepada sistem perhambaan pada zaman dahulu kala.
lihatlah zaman Firaun laknatullah. bagaimana dia menggunakan hambanya dengan begitu kejam untuk mengangkat batu-batu blok untuk membina piramid.
bagi hambanya yang engkar, akan disebat dan diseksa.
begitu juga zaman jahiliah arab, bagaimana hamba abdi yang memeluk agama Islam, Bilal bin Rabah, diseksa oleh tuannya sendiri.
hak seorang hamba dinafikan. haknya diserah kepada tuannya.
apabila Islam itu datang, maka, segala syarat sah ibadah, hanya sah untuk orang yang merdeka.
bagaimana hamba ini gembira apabila dibebaskan dan dimerdekakan?

begitu juga zaman penjajahan, kita juga diseksa, dan menjadi orang suruhan mereka.
mengutip ufti, cukai, merogol gadis-gadis, menyeksa penentang dsb.
ini semua tidak lari dari konsep perhambaan.
namun, Alhamdulillah, semua rakyat telah dimerdekakan dari perhambaan ini.
syukur, kita mampu berdiri dan bangun dengan begitu cepat dengan rahmat dari Allah SWT.
juga melalui usaha tokoh-tokoh negarawan kita.
tanpa idea, dan gagasan dari perdana menteri kita yang terdahulu, merangka dan merencana Malaysia sehingga gah di mata dunia.

namun kini, kita sekali mulai dijajah...
jajahan melalui ekonomi, globalisasi, media barat, makanan.
ini smeua kita tidak sedar akan penjajahan sebegini.
bagaimana kita begitu bergantung kepada produk-produk luar.
sehinggakan apabila ekonomi dunia meleset, kita juga turut menerima kesan impaknya.
kita tidak mampu untuk membina teknologi canggih seperti barat.
malahan, dari sudut perfileman pun tidak sehebat mereka.
impaknya kelak, akan membuatkan kita dijajah melalu pemikiran dan pergantungan kepada barat dan negara-negara hebat.
dan tidak mustahil, perhambaan pemikiran akan melanda kelak.
aku teringat kartun spongebob, yang plankton mempengaruhi minda semua penduduk kampung, untuk memusuhi Krabby Patty.
ini suatu ancaman yang bahaya.

jadi apakah peranan kita sebagai pelajar??

6 ulasan:

Abu Khalid berkata...

Salam akhi

Hepat doh bila cakap tentang kemerdekaan manusia

Tentang kemanusiaan manusia,

Tapi tiba-tiba plankton jadi isu.. hehe.. mungkin ada benarnya

Kita sedang dijajah pemikiran kita. Lihatlah bagaimana mundurnya bangsa kita dalam pemikiran mereka..

a berkata...

arrabe,

memang menakutkan.
bila dilihat generasi sekarang.
termasuklah diri sendiri.
yang kadangkala tergelincir dek arus kemodenan dunia.
tersenyum aku baca part plankton tu.
tapi ada rasionalnya be'.
aku cadangkan ko baca laman web ni.
berkenaan konspirasi barat/dajjal.
sila rujuk link nya di blog aku.
banyak benda yang pemimpin/rakyat Malaysia/Islam tak sedar dan terlepas pandang.

p/s: pembetulan. pepatah sebenar, 'habis madu, sepah dibuang'. sepah ialah beehive yang dah dipotong supaya senang hisap madu. aku pernah sekali je hisap the fresh honey from the beehive tualang. memang kaw! :p

Unknown berkata...

ooo... thanks shahrul.
aku pernah tengok kawan aku hisap bunga waktu kecik, aku tak dapat rasa madu apa yang diorang buat tu. hehe. sedih tul. alhamdulillah sekarang aku beli yang botol punya.. senang je..

afiqah24 berkata...

"perhambaan kepada kemerdekaan"

hakikat sebenar perhambaan adalah bilamana seluruh jiwa raga diserahkan pada Yang Maha Mencipta.
Ya,betul >hamba kepada kemerdekaan, namun kebebasan itu dibatasi dengan syariatNya. :-)

Noru Amran berkata...

salam robe'.
kata2 dari seorang penyajak sebelum beliau mengundurkan diri masa malam ambang merdeka kat dectar semalam.

"Humbankan bantal mimpimu kerana merdeka hanya akan kekal jika kau tidak tidur."

Unknown berkata...

nice cahaya..
simple but a big word..