Sabtu, Ogos 15, 2009

oh.. asri rabbani

"terkedu lidahku untuk berkata2"
aku dapat sms dari umi aku.
- innalillahi wainna ilaihirajiun. ustaz asri rabbani meninggal dunia. dia jatuh ketika tengah buat show. katanya dia ada sakit jantung-
13 aug 2009 12.13pm

umi aku dapat sms dari sahabatnya, ustazah faridah.
suami ustazah faridah kawan baik ustaz asri. iaitu ustaz azhan.
memang terkejut, kerana umi abuya dan sahabat2, ada pertalian dengan ustaz asri.
meskipun mereka bukan mempunyai pertalian darah.
abuya ku pernah mengajar ustaz asri ni dulu.
umi ku beritahu aku, ustaz asri pernah digelar "biduan bertaqwa sepanjang zaman" sewaktu dia muda.
manakan tidak, ramai orang kagum dengan suara pemberian Allah kepadanya.
apatah lagi, dengan zuhud dan tawadduknya, asri rabbani.

aku yang masih kerdil ni, tidak mengenal dia dengan rapat berbanding abuya dan umi.
tapi aku yang melihat dia dari jauh pun mengerti kebenaran pujian umi abuya kepadanya.
maha suci Allah, yang menghidupkan dan mematikan.
tempatkanlah rohnya di kalangan orang yang beriman dan bertaqwa.

[al fatihah]

4 ulasan:

Unknown berkata...

hmm.. contohilah beliau.. dalam pada menghibur tapi bertaqwa

a berkata...

semoga roh allayarham digolongkan di kalangan mereka yang beriman.

Ummu Mukhlis berkata...

al-fatihah utk arwah ustaz..kenangan Nasyeed club iic swaktu last video shooting utk lagu raya 2mggu lpas masih jelas di ingatan..

jmput bertamu, utk update gmbar2 terbaru ihsan Nasyeed.com (NC)..

Unknown berkata...

syukran nu durrah