Isnin, Ogos 31, 2009

merdeka untuk akan datang

"past present and future"

merdeka untuk akan datang.
bukan untuk merdeka yang dahulu.
sememang yang lepas itu lepas.
yang sudah berlaku biarkan ia berlaku.
tetapi yang kita perlu fikirkan sekarang, untuk merdeka pada masa akan datang.

seringkali kita memandang ke belakang.
melihat perkara yang lepas dan berbalah.
tetapi kurangkali kita melihat yang belakang untuk maju ke hadapan.
melihat pelbagai onak duri yang dulu, dan khuatir ia berulang kembali.
khuatir dan terus khuatir.
tetapi langkah mengubatinya tiada dan amat kurang.

kita selalu melihat kegemilangan islam pada zaman dahulu.
kita hanya tayang dan bangga.
tapi penerapan usaha kita ke arah zaman itu bangkit kembali tiada.
kita selalu melihat dan hampir bosan membaca sejarah malaysia.
kita hanya baca dan bangga.
tapi penerapan untuk terus merdeka di masa hadapan teramat sikit.

yang ada, penerapan untuk maju dalam ekonomi
yang ada, penerapan untuk terus membangunkan luar bandar.
tapi itu semua adalah materialistik yang hanya menjdai penghias kepada sesuatu negara.
tetapi teras negara itu langsung tidak diendah dan diperhati.
teras negara itu ialah rakyatnya.
hati rakyat itu tidak dipaku dan ditanam perasaan maju ke hadapan.
hati rakyat hanya dipupuk untuk mengikuti dan menyokong semata2.
jika tidak disokong, pembangunan tidak akan dijalankan di situ.
terus menerus, mundurlah masyarakat.

merdeka untuk akan datang.
1 malaysia sangat bagus ideologinya.
tapi penjelasan tidak diperinci, hanya kabur2.
negara perpaduan sangat bagus ideanya.
tapi, pelaksanaan tiada.
apa nak dibimbang tentang perpaduan?
rakyat dah bersatu padu, cina india, kadazan, iban, dayak dengan melayu semua dah bersatu.
yang tak bersatu pemimpin.
sibuk nak satukan orang, tapi dia sendiri duduk berbalah.
pemimpin punca segala2nya.
dia yang penyebab bersatu dan tidak bersatu.
pemimpin juga punca merdeka itu kekal atau tidak.
merdeka untuk akan datang bukan bermula dari kami.
tapi bermula dari pemimpin yang adil dan prihatin kehendak rakyat.

merdekakah kita untuk akan datang?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju..
kiranya anak-anak adalah kain putih,
ibu bapa yang mencorakkan..
begitulah juga pemimpin..
yang menjadi akar,
tempat semua anak pokok dan dahan berharap.
mati akar, maka jatuhlah pokok.
dan begitulah ibaratnya negara, rakyat serta pemimpinnya.
satu akar sahaja tidak akan mampu untuk menampung anak anak pokok serta dahan dan batang kayu yang berbagai bagai macam berat dan bentuk.
Apatah lagi pabila dipukul angin H1N1.
x paham apa yang mereka(pemimpin) perjuangkan..
Adakah mahu perjuangkan parti, atau agama?
Andai agama yang menjadi teras utama, justeru, mengapa tidak bersatu, seperti saranan agama yang menyeru kita supaya berjemaah??

Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad berkata...

Salam Ramadhan & Salam Kemerdekaan.
Ramadhan mendidik umat untuk kembali kepada fitrah agar manusiawi mengecapi kemerdekaan dalam erti kata yg sebenar, merdeka jasadi & merdeka rohani..

Ur Bro..

Abg Tg

Unknown berkata...

syukran sahabat wa akhi..

nurul berkata...

jalur gemilang adalah lambang/sinonim dgn Malaysia.. spt spt alquran(kandungannya) dan islam, apakah maknanya jika sst lambang tsb sudah tidak dihormati dan tidak diangkat lagi.. ?

sama2lah kita kibarkan jalur gemilang.. walaupun nilainya cuma seringgit..apa dlm hati terzahir pd perbuatan..