“Kesalahan memang kesalahan. Namun titik tolak kesalahan dan sikap atas kesalahan amat berbeza antara Iblis dan Adam.” Mufti perlis
Aku tertarik dengan ulasan mufti perlis dalam mingguan malaysia bertarikh 28september.
Korang ada baca tak?
Aku dulu selalu baca, tapi aku terdengar kata akhbar utusan ni berbaur politik. Jadi dah malas beli.
Kebetulan pula, pagi tu, aku duk jalan2 kat utusan online.
Terbaca dr asri punya tajuk artikel.
Pehal la tajuk dia cam lain macam. “kita zuriat adam bukan zuriat iblis”
Tergerak hati aku nak baca... aku malas sikit nak baca, sebab terlalu panjang..
Aku cuba cari isi penting. Selalunya dr asri akan kaitkan dengan politik...
Cari punya cari, mesti ada sebab mufti ni keluarkan artikel macam ni..
Kat bahagian pertengahan, baru aku sedar...
Isu sedekah zina... memang menarik. Aku copy dan save dalam word.
Insyaallah aku baca kemudian..
Aku cuba kuot yang mana menarik k:
“Iblis yang enggan memberikan penghormatan kepada Adam seperti mana yang Allah perintahkan. Bahkan dia mempertikaikan arahan tersebut. Lantas dia dihukum kufur dan dilaknat. Sementara Adam yang ditempatkan di syurga, kemudiannya telah ditipu oleh Iblis yang menyebabkan dia melanggar arahan Allah agar jangan mendekati pokok larangan. Kesannya, dia dihukum dengan ditempatkannya di atas muka bumi namun disertai dengan keampunan dan rahmat Allah.”
“Iblis menderhakai Allah atas kesombongan dan ketakburan. Dia bukan sahaja tidak taat kepada arahan Allah, tetapi dia mencabar peraturan atau hukum yang telah Allah tetapkan. Dia menganggap hukum itu tidak wajar, sekaligus dia mencabar kemutlakan hak Allah dalam menetapkan hukum. Sementara Adam melakukan penderhakaan disebabkan kecuaian, kesilapan dan mengikut perasaan sehingga melupai hukum...... Adam tidak pernah menyatakan bahawa kewujudan pokok berkenaan di syurga amat tidak sesuai dan boleh mengelirukan maka dia tidak patut dianggap bersalah... Sebaliknya, dengan penuh keinsafan dan perasaan kehambaan akur atas kesalahan diri lantas memohon keampunan dan taubat”
“Kisah Adam dan Iblis menjadi paksi dalam banyak episod kehidupan insan. Sebab itu dalam Islam sesiapa yang membuat dosa dan menghalalkan tindakannya maka dia menjadi kafir. Sementara sesiapa yang membuat dosa namun tidak menghalalkannya maka dia dianggap sebagai seorang fasik (ahli dosa), namun tidak membawa kepada kufur.”
“Saya amatlah terkejut apabila ada ‘orang politik’ yang sanggup menyamakan zina yang dia akui melakukannya dengan sedekah yang disuruh oleh Islam. Sanggup dia menghalalkan perbuatannya yang buruk itu atas alasan dia diumpan oleh orang lain, maka itu baginya macam sedekah yang jika ‘diberi boleh diambil’. Alangkah buruk perbuatan dan akidahnya. Dia samakan perkara yang Allah murka dengan perkara yang Allah suka”
“Selagi mana insan insaf bahawa kesalahan itu berpunca daripada kelemahan dirinya sendiri, dia mempunyai ruang untuk kembali dan bertaubat kepada Allah. Namun apabila insan yang melakukan dosa itu sombong dan bongkak dengan merasakan dia tidak bersalah atas perbuatannya, maka tempatnya bersama dengan Iblis yang menghuni tetap neraka yang amat dahsyat”
“Iblis berkata: Demi kekuasaanmu (Wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu (zuriat Adam) yang dibersihkan. Allah berfirman: Maka Akulah Tuhan Yang sebenar-benarnya, dan hanya perkara Yang benar Aku firmankan – Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan jenismu dan dengan orang-orang yang menurutmu daripada zuriat-zuriat Adam (yang derhaka) semuanya. (ayat 73-85).”
Cukuplah setakat ni... aku sedar kat sini..
Dalam kita cuba menjaga aib kita, jangan lah sampai kita sanggup menghalalkan larangan allah bagi menutup malu kita.
Jagalah percakapan kita, meskipun ia nampak remeh, tapi di sisi allah sangat besar maknanya, dan boleh dikatakan sebagai murtad.
Astaghfirullah... jauhkan lidah ku daripada berkata seperti sedemikian.
Sahabatku sekalian, mari insafi dan renungi diri kita.
Jangan sebab kita terlalu fanatik, kita menghalalkan semua, ingatlah, allah sentiasa memperlihat kita.
Raqib di bahu kanan dan atid di bahu kiri mencatat apa sahaja yang kita katakan.
Andai tersasul, insaflah, taubatlah.
Jangan hati kita buta dengan hasutan iblis. Ingatlah, kita adalah zuriat adam !!
[aku sedih mengenang umat kita taksub politik, mingguan malaysia, ahad, 28september2008]

Tiada ulasan:
Catat Ulasan