Aku tengah menghafal bahasa mandarin, sambil tgk tv.
Fuh... aku tak boleh fokus. Ada movie hindi tgh ditayangkan di tv3..
Aku tengok pada awalnya macam kelakar.. rupanya ada pengajaran yang patut kita ambil.
Tajuk dia “Lage Raho Munna Bhai” tak pasti apa maksud dia.. hehe
Tapi pelakon dia sanjay dutt dengan ?? (heroin dia)
Sinopis dia camni..
“In this sequel to the highly successful and much appreciated Munnabhai MBBS , the affable goon Murli Prasad Sharma aka Munna and his trusted aide Circuit are employed by Lucky Singh who's an unscrupulous builder . Munna is in love with the voice of a radio jockey named Jahnvi . He gets to meet her in person after winning a radio contest , and decides to learn about Mahatma Gandhi's life and principles to win her heart . But then something happens which is quite inexplicable : Munna begins to see Mahatma Gandhi in person , who wants to help him . Later , when Jahnvi's house is seized by the corrupt Lucky Singh , Munna embarks upon using Gandhi's principles of truth and non-violence to bring about a change in Lucky Singh's heart . Written by Soumitra “
Yang aku nak tarik kalian semua, tentang “...and decides to learn about Mahatma Gandhi's life and principles to win her heart”
Bagaimana Munna ni nak pikat hati kekasih dia dengan guna prinsip yang dipegang mahatma gandhi.
Mesti kalian kenal siapa Mahatma Gandhi. Pejuang kemerdekaan India yang menjaga prinsip kejujuran.
Aku dari cerita ni, baru aku kenal MG ni. Mak aku ceritalah, yang MG ni kemungkinan anak orang kaya tapi dilatih hidup susah.
Pernah beliau naik keretapi kat India kelas 3 (kelas murahan la). Ditanya dia kenapa? MG jawab “ sebab takde kelas ke empat”
Wow... hebatnya MG ni.bebalik pada Munna ni, dia dapat pikat kekasih dia, dengan prinsip MG.
Dia juga berjaya ubah orang Mumbai dengan prinsip MG iaitu kejujuran.
Munna ni nampak MG, dan MG ni berjaya membuatkan Munna kagum dengan prinsip MG dan mencontohinya.
Dahulunya, dia ni kaki samseng, tapi bila dia mencontohi MG, dia da tak belasah orang, tapi dia guna taktik kelembutan dan psikologi.
Memang menarik... apa signifikannya kepada kita??
Kalaulah orang hindu begitu mengagungkan MG ni dengan prinsip kejujuran.
Sehingga menggantung gambar MG, mengagung2 MG.
Bagaimana kita? Kita da tahu nabi muhammad tu keperibadiaannya tinggi.
Satu dunia mengakui akhlak muhammad terpuji.
Boleh tak kita jadi seperti munna?? Terbayang rasulullah dan mencontohinya.
Dengan mencontohi rasulullah, kita mampu mengubah masyarakat dengan akhlak kita yang tinggi seperti rasulullah.
Bagaimana MG boleh mempertahankan negaranya, tanpa perkataan kesat tapi hanya melalui kejujuran.
Nabi kita, apatah lagi. Dengan berhikmah. Tapi kita??
Renung2kan sahabat.. aku pun cuba bersama.
Cintai rasulullah, kita akan rasa rasulullah bersama kita, kita membawa imej rasulullah.
Pamerkan akhlak kita yang terpuji. Subhanallah.
[aku terbayang kalau MG sebegitu jujur, bagaimana rasulullah agaknya. Rindunya aku padamu.. 27 september2008, tv3 jam 5 petang]