Sabtu, November 14, 2009

anjing itu dilanggar kereta

"bangkai itu di tengah jalan”

Anjing itu dilanggar kereta.
Aku menunggang motorsikal dengan seorang perempuan.
Seperti setiap hari, aku pasti memastikan perempuan ini memboncengku.
Aku terpandang suatu makhluk, itu lazim bagiku.
Perempuan berjubah dan bertudung labuh, menguis bahuku, dan bertanya.
Angin menghalang suara umi kedengaran.
“yang tepi jalan tu babi ke anjing?”
Tersenyum sinis aku. “anjing”
Jawabku mudah, dan terus memecut laju.

Anjing itu dilanggar kereta.
Kerap kali ku menunggang motor ke sana sini.
Kerap kali juga ku melihat, kemalangan.
Ada yang melibatkan motor, kereta, malah pejalan kaki turut terbabit sama.
Aku bersyukur, aku tidak menyaksikan tika kejadian.
Aku menyaksikan selepas kejadian.
Pasti seram dan trauma kalau kemalangan berlaku di hadapan mata aku.
Almaklumla, aku pernah kemalangan juga.

Anjing itu dilanggar kereta.
Aku Nampak lagi dengan mayat si anjing itu.
Aku buat2 tak Nampak. Sebab aku fobia sikit.
Tapi dari jauh aku Nampak ia terbaring dengan kaku.
Ada darah tapi tak banyak.
Hari ni aku tak bau apa2.
Seperti alkisah lalu tentang
lori sampah itu bergerak.
Selepas 2-3 hari, pasti kawasan itu menikam kalbu seperti sampah.
Bau bangkai yang busuk berulat, memenuhi ruang udara di situ.
Aku menahan nafas, dan memecut laju.
Tidak sanggup ku hidung bau mayat itu.

Anjing itu dilanggar kereta.
Kemalangan itu berlaku awal tahun lepas.
Hampir setahun lebih.
Aku yang alpa dan cuai keluar simpang, telah dilanggar kereta Mercedez dari sebelah kanan aku.
Aku dapat rasa hentaman itu, tapi aku “hilang”…..
Aku sedar kembali dan aku sudah terbaring di tengah jalan.
Terdengar sayup2, pengawal UKM mengawal lalu lintas di pintu pavilion.
Henpon aku berdering, aku cuba bangun.
Ada orang bantu aku. Bawa ke tepi jalan.
“tak pape ke?” “Ok je bang”
Dipendekkan cerita, aku ke hospital serdang dengan ambulan UKM.
Tangan kananku retak dan disimen untuk sebulan.

Anjing itu dilanggar kereta.
Fobia bukan kerana tak boleh tengok bangkai atau mayat.
Tapi fobia sebab melihat kematian yang begitu menyayat hati pada si anjing itu.
Kerap kali aku melihat biawak yang terburai perut, pecah kepala dan penyek di jalan raya.
Hanya tinggal kulit biawak yang sesuai untuk perhiasan.
Apakah malang nasib haiwan ini dilanggar dengan tayar yang dibeban dengan besi.
Apakah salah ia nak melintas jalan tar itu?
Tar yang dibuat dari bitumen dari fosil dalam laut di Malaysia.
Tar yang memisahkan antara tanah dengan tanah.
Tar yang hitam gelap menutupi tanah yang menghijau.

Anjing itu dilanggar kereta.
Nyawa terbang begitu sahaja.
Syukur Alhamdulillah yang masih selamat.
Tetapi samakah badanku selepas dilanggar dengan sebelum dilanggar?
Pasti beza, dahulu, tiada yang kurang.
Pasti beza, kini, sengal2 sering ditanganku.
Raket skuash pun tidak mampu ku smash sekuat hati.
Bagi yang patah dan hilang anggota, pasti perit kehidupannya.
Parut telah mencalarkan tubuh yang cantik dan berseri.
Bagi yang pergi dari bumi, pasti pemergian amat menyakitkan.
Bagi si roh yang pergi menghadap Ilahi, matinya akibat kelekaan dan kealpaan manusia itu sendiri.
Sesalnya bukan sedikit, tetapi sesalnya besar impaknya.

Anjing itu dilanggar kereta.
Terus dilanyak dari sehari ke sehari.
Ada yang sempat mengelak, ada yang tidak sengaja.
Apakah malang nasib anjing ini dilanyak dan terus dilanyak.
Sayangnya tuhan pada anjing ini.
Diturunkan hujan selebat2nya.
Membasahi kujuran mayat itu.
Ah, tiada siapa yang mempedulikan mayat anjing ini.
Tiada ambulan yang mahu mengutip.
Tetapi ambulan gagak, mengambil mayat2 ini sedikit demi sedikit.
Gagak masih bersyukur dengan rezekinya itu.
Meskipun rezekinya adalah mayat.
Semut pun begitu, tuhan itu maha pengasih kepada semut ini.
Lalat dari jauh, datang menghurung.
Menghurung nyetttttttttttt… sambil berzikir.
Bakteria dan ulat, pun meratah rezeki yang ada.
Minggu berlalu minggu…
Mayat tadi hilang dari muka bumi Allah.

Anjing itu dilanggar kereta.
Mayat yang terkujur di jalanan.
Manusia yang pergi menghadap Ilahi.
Dimandi, dikafan, disolat dan ditanam (jika ia muslim).
Moga roh manusia ini dirahmati Allah dan ditempatkan di kalangan orang yang benar.
Kembalinya jasad ke tanah.
Setelah diri ini sekian lama berada di atas tanah.
Kini ia masuk ke dalam tanah dalam kadar yang lama.
Sehingga kelak ia dibangkitkan kembali.
Persoalan terus terlintas difikiranku….

Anjing itu terus dilanggar kereta.
binatang yang tidak berdosa mati dalam keadaan hina.
Hinanya dia dilanyak2, dan tidak dipedulikan.
Kewujudan mayatnya dibenci.
Alangkah sedih matinya sebegitu.
Apakah manusia diperlaku sebegitu?
Manusia yang berdosa mati dalam keadaan baik.
Baiknya dia dimandi, dikafan, disolat dan ditanam ke dalam tanah.
Kewujudan mayatnya diratapi dan disedihi.
Alangkah beruntungnya manusia jika nak dibandingkan dengan haiwan mati dijalanan.
Andai tiada perasaan simpati dan belas ikhsan dari setiap jiwa di bumi Allah ini, pasti…
Pasti, berjuta2 mayat manusia di jalanan, dilanyak2 oleh kereta.
Berjuta2 mayat manusia membusuki suasana persekitaran.
Sehingga Allah yang maha pengasih menyeru hujan untuk memandikan mayat ini.
Mayat dijalanan ini mungkin menjadi habuan rezeki gagak2.
Malahan, rezeki untuk ulat, lalat dan bacteria.
Apakah manusia sebegitu hina?
Allah tidak menghinakan manusia sebegitu.
Allah itu ar-rahman dan ar-rahim.
Dia yang mengajar qabil cara menanam habil melalui burung gagak.
[AlQuran 5: 31]
Jika Allah tidak mengajar ini, pasti mayat2 ini bertimbun dan membusukkan bumi.
Bersyukurlah kepada Allah, sedangkan haiwan yang tidak berdosa mampu berzikir kepada Allah.
Bersyukurlah kepada Allah, kita kelak pasti akan mati dalam keadaan yang terhormat.
Bersyukurlah kepada Allah, kita belum mati lagi.
Bersyukurlah kepada Allah, dan berdoalah agar kita tidak dimatikan seperti anjing itu.
Moga Allah terus merahmati kita semua.

[Barakatillah….]

Rabu, November 11, 2009

sesiapa pun boleh menegur

"aku tertarik dengan shout facebook"

shout tu berbunyi ~ andai seorang penagih dadah melarang kita mengambil dadah.. salah ke? setiap orang berhak menegur dan tegur yang mana silap asalakan kena caranya.

1. aku fikir, bila pulak dia ni jumpa penagih? (tapi mesti ni bukan perkara sebenar, hanya contoh)
2. aku fikir, kenapa orang ditegur tu nak sangat ambik dadah sehingga ditegur oleh orang yang pernah hisap?

yup, sesiapa pun boleh menegur. tapi kita kena menilai teguran tu dahulu, adakah ia benar atau tidak. jika benar, ubahlah diri itu, jika tidak abaikan sahaja.

sebab teguran itu banyak, dan boleh jadi ia berniat baik dan berniat jahat. sebab tu kita seboleh mungkin, MESTI ada ilmu untuk menegur orang. jangan main tegur je.

ini juga bergantung pada situasi dan keadaan. setiap situasi tu ada cara teguran yang sesuai dan perlulah berhikmah.

contoh, penagih ini tadi. ia menegur atas dasar pengalaman dia dan dia insaf. dan kita sepatutnya mampu berfikir dan tahu keburukan dadah tu, buat pe nak cuba?

contoh, pelumba haram yang dah insaf dan patah tangan, kuar TV dan merayu jangan sertai lumba haram, itu nasihat yang baik. agar kita tak terjerumus ke lembah hina dan bencana.

tetapi jika nonmuslim sendiri tegur kita tidak solat dll, apakah kita takmalu untuk berubah? buruknya bila orang bukan islam lebih faham dari orang islam. sebab tu, sebelum orang tegur, dan kita sudah tahu akan kebaikan itu, laksanakanlah segera, jangan sampai ditegur orang. dan jika kita tahu akan kesalahan yang telah dilakukan, segeralah berubah.

[banyakkan membaca. banyak teknik menegur dalam quran dan sunnah. seronok baca. iA.]

Selasa, November 10, 2009

lagu terbaik

"kali pertama aku dengar.. subhanallah"




pada awalnya aku mencari2 lagu arab nasheed di Youtube.com.
terjumpa dengan lagu Sami Yusuf terlebih dahulu.
kemudian, aku ternampak video bukhater.
terus aku klik, dan subhanallah, sangat lunak lagu ni.
dan bagi aku menyentuh hatiku.
"forgive me" lagu paling aku suka, sebab banyak memberi makna pada aku.
bagaimana kita yang sempurna lengkap ini, tidak bersyukur dengan Allah.
apakah kita lupa semua nikmat pada diri kita ini adalah dariNya.
dan apakah kita yakin ia kekal selamanya.

kalau teman2, ada lagu best selain daripada penasyid malaysia, opick, sami yusuf, zain bikha, bukhater, harap dapat dikongsi link dalam komen. syukran.

Ahad, November 08, 2009

logo yang keterlaluan


"aku tertarik dengan nama kappa"

aku melihat kawanku memakai jenama kappa.
aku tak ingat apa. rasanya selipar.
aku tertarik dan terngiang2 dalam otakku akan istilah kappa.
aku tidak mengerti masa tu.

aku pernah melihat logo kappa.
tapi aku tak persoal sebab aku tak merasa apa.
aku tidak terfikir apape pun.
tetapi semalam, hatiku terdetik.

mak aku buka tv1 untuk tengok keputusan bola sepak kelantan lawan negeri sembilan.
3-1.
sebab aku tak tengok penuh.
dan negeri sembilan naik pentas sebagai juara.
aku asyik melihat canselor aku menyarung pingat di kepala pemain.
tahniah aku ucapkan.
tetapi aku perasan sesuatu yang amat kontra.
baju jersi kuning negri sembilan dengan logo kecil hitam.
aku melihat betul2. macam pernah ku tengok logo ini.
masih aku tak teringat logo apa.
tapi aku nampak logo 2 perempuan tidak berpakaian bersandar dalam warna hitam.
setiap pemain memakai jersi yang sama dan logo ada pada lengan belah kiri.
aku bertambah musykil, kenapa logo ini?
teruknya.

esok pagi, aku beli utusan melayu.
aku tidak mengerti kenapa utusan meloya?
adakah sebab utusan bias kepada politik sebelah pihak?
wallahua'lam.
aku teringat, ye, tu logo kappa.
terus aku cari di google.
klik sini untuk wikipedia.
oo.. maksudnya ia adalah tulisan greek.
itu biasa bagiku. biasa dalam sains.
klik sini untuk wikipedia company
keterangan tentang logo.
kenapa perlu logo ini, gambar tidak berpakaian lelaki dan perempuan bersandar.
bagi aku itu gambar yang tidak patut.

seboleh mungkin, janganlah guna produk ini.
seolah2 kita beli produk ini, kita menyokong logo itu dan perlakuannya.
ye, aku tahu, pasti ada yang kata, tak de maknanya, atau logo itu tak memberi kesan pun.
memang ia secara luaran kita nampak ia tak memberi kesan.
tapi kesan dalaman ia memberi persepsi yang tidak baik pada masa akan datang.
logo itu seolah2 mempromosi aktiviti zina kepada semua, meskipun ia tidak jelas.
dan bila kita selalu melihat logo ini di mana2, ia sedikit sebanyak akan menganggap logo itu biasa di mata nanti.
dan selepas itu, kita akan menganggap ia boleh jika dilakukan oleh orang ramai di tempat terbuka.
contoh terbaik, filem barat yang berkapel dan bercium pada zaman dulu2.
kita anggap ia budaya barat, dan ia sering ditayang di TV dan wayang.
kini??
ia sudah dianggap biasa di kalangan kapel2 ini.
ini bukan biasa, ini jalan ke zina.

awaslah kalian, ini hanya pandanganku.
terpulang pada kalian untuk memilih hakikat kebenaran.
benda kecik boleh menjadi besar kelak.
sentiasa awas dengan hal2 ini.
takutlah kepada Allah dan api nerakaNya.

[mohon maaf jika ia merugikan mana2 pihak, tapi jika aku salah fakta tolong beritahu, tapi aku yakin]

Jumaat, November 06, 2009

Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?


Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?
Pernahkah bumi tersilap putar mengelilingi matahari?
Pernahkah di atas bukit ada laut?
Pernahkah padi makan tikus?
Semua alam ini pasti mengikut fitrah kejadiannya.
Fitrah?
Fitrah tu sifat semulajadi.
Jika bumi itu dicipta untuk berputar maka ia akan berputar mengikut kadar yang ditetapkan.
Jika bukit itu fungsinya untuk berada di darat dan air tawar yang ada di sana, mana mungkin laut boleh wujud di sana.
Jika padi itu makanannya adalah air dan cahaya, mana mungkin ia makan daging.
Dan mana mungkin juga harimau makan nasi.
Semua ala mini diciptakan dengan tujuan tertentu.
Sebab itu ala mini ada pelbagai rupa dan tugas yang berbeza.
Lihatlah, bumi itu terciptanya bulat, dan bukannya petak.
Jika ia petak, pasti kapal akan musnah di bucu bumi.
Lihatlah, bumi itu tercipta untuk beredar mengelilingi matahari.
Jika ia tak beredar, mana mungkin Malaysia ada malam.
Lihatlah bukit itu ada di setiap tempat dan Negara.
Jika bukit tiada, semua rata, fuh, bosannya hidup. Pasti hidupan di tanah tinggi akan mati.
Lihatlah padi itu mengeluarkan beras setelah dituai.
Jika ia tidak mengeluarkan beras, kita nak makan apa?
Lihatlah harimau itu makan daging.
Jika harimau itu makan sayur, siapa nak menyeimbangkan ekosistem?
Setiap alam itu pasti ada tujuan penciptaannya.
Setiap alam itu pasti ada fungsinya.
Malah, mereka sempurna fitrah kejadiaanya.
Mereka tak pernah ingkar akan aturan oleh tuhan penciptanya.


Apakah manusia pernah melakukan kesilapan?
Mengapa itu terjadi?

Khamis, November 05, 2009

Lori sampah itu bergerak

“ko ni macam sampah lah!”

Lori sampah itu bergerak.
Setiap kereta yang berada di belakangnya pasti akan cepat2 memotong lori itu.
Lagi2 kereta yang penghawa dinginnya rosak.
Tapi malang bagi motor.
Kondisi nya beroda dua tanpa pelindung kedap bau.
Nak tak nak badan yang kecil ini pasti terhidu juga bau lori ini.
Dengan semangat memotong lori ini, dengan pulas throttle (betul ke?) sehabis baik.
Mencelah dan terus mencelah di celahan ruang antara kereta dan lori.
Tapi malang lagi buat penunggang basikal.
Adik2 muda, berkayuh ke sekolah, dihon gajah yang tak mandi.
Pasti terkejut beruk adik muda ini.
Nak memotong, apakan daya? Minyak tiada untuk dipulas.
Terpaksa tangan yang wangi ini menutup hidung.
Sampai bila adik muda ini harus menahan nafas.
Lebih dari 3 minit b0leh arwah.
Terpaksa juga dibau lori ini.
Alangkah malang lagi, makcik yang menjual nasi lemak di jalanan.
Pagi yang sejuk dan segar, dinodai dengan bau yang meloyakan.
Nasi yang baru dimasak untuk sedikit keuntungan di pagi hari, terkesan sama.
Lori sampah melintas bukan hanya melintas semata2.
Tetapi, lori melintas dengan meninggalkan kesan yang agak lama di persekitaran itu.

Lori sampah itu bergerak.
“Ko ni macam sampah lah!”
Lalu digelak kawan sekeliling.
Aku kerap kali dengar perkataan itu.
Ia nada gurau senda tapi sangat menikam kalbu.
Meskipun aku tak pernah digelar sedemikian.
Tapi aku sakit mendengar istilah itu.
Tak lekang dari telingaku juga, “babi kau”.
Gurau yang santai, tapi pedih menelannya.

Lori sampah itu bergerak.
Alangkah malang siapa yang mendekati lori sampah itu.
Tetapi apakah kita pernah terfikir orang yang membawa lori itu?
Apakah ia menutup hidung seperti kita menutup hidung?
Penghawa dingin lori itu pasti tidak berfungsi. Rosak teruk agaknya.
Bagaimana pemandu dan pekerjanya mampu mengharung semua itu?
Tidakkah mereka merasa jijik melakukan semua ini?
Mengapa mereka sanggup melakukan kerja yang sejijik ini?
Apakah tidak ada pekerjaan lain lagi untuk mereka?
Selerekah mereka makan makanan dengan bau yang menjijikkan ini?

Lori sampah itu bergerak.
Gurauan yang mengumpamakan seseorang dengan sampah dan babi, sangat melampau.
Apakah mereka ingat dengan gurauan sebegitu hina, meninggikan kasta mereka?
Hebat sangatkah mereka di dunia ini, sehingga mampu menghina orang lain.
Apakah dia tidak dicipta dari air mani bapaknya?
Sehingga mampu menghina orang lain dengan babi atau sampah.
Awaslah, gurauan menghina bukan untuk bahan gelak tawa.
Tapi gurauan menghina adalah untuk menghinakan diri ke lembah yang teramat hina.
Wahai si penghina, pengeji dan pencela, renunglah diri sebelum mengatakan orang lain babi dan sampah.

Lori sampah itu bergerak.
Terus bergerak dan meninggal pergi kawasan kediaman kita.
Kawasan menjadi hening seketika.
Setelah tengah hari, suasana menjadi tenang dan damai.
Tiada bau dan pandangan yang menyakitkan.
Syukur Alhamdulillah.
Selang beberapa hari, lori sampah datang lagi.
Sekali lagi, kita menutup hidung.
Sekali lagi perenggan pertama aku ulangi.


Lori sampah itu bergerak.
Bergerak setelah mengaut si penghina, pencela dan pengeji pergi dari kawasan yang menjijikkan.
Si penghina itu berhimpit2 dengan sampah2 yang lain.
Si pengeji itu terpelosok dalam timbunan sampah paling bawah.
Si pencela itu dipenyek oleh sampah yang busuk lagi meloyakan.
Lori sampah itu berhenti.
Membawa turun ketiga2 dengan terhormat.
Ke kawasan yang selayaknya untuk mereka.
Kawasan yang dinamai tempat pelupusan sampah.
Maka lena lah mereka di sana sehingga mereka sedar akan dirinya.

Lori sampah itu bergerak.
Alangkah mulianya mereka.
Tanpa mereka, pasti longgokan sampah itu pasti melimpah ruah di kawasan kita.
Sampah2 yang dibuang oleh kita sendiri, dihurung oleh lalat.
Jika dibiarkan dengan lebih lama, pasti berulat dan berlendir.
Mulianya pemandu dan pekerja sampah yang tangkas berkerja.
Tidak mempedulikan kata orang, dan bau longgokan sampah.
Yang pasti ia melakukan kerja murni, untuk menyara hidupnya.
Hinakah mereka si pengutip sampah?
Jika kita hinakan mereka, siapa yang memberi kerja ini pada mereka?
Jika tiada sampah tiadalah mereka.
Jadi, siapa yang membuang sampah? Kita.
Ya, pasti hina lagi orang yang membuang sampah untuk diberi kepada yang dihina.
Sesungguhnya kita ini adalah insan biasa yang tiada beza.

Lori sampah itu berlalu pergi.
Maha Suci Allah yang Maha Adil.
Pantaskah kita menilai seseorang itu baik kah atau hina kah?
Siapa kita untuk menilai dia ini baik dan hina?
Kita adalah sama di sisi Allah.
Yang membezakan kita, adalah dengan iman dan taqwa.
Hina di sisi Allah itu adalah untuk mereka yang engkar suruhan Allah, meyukutukan Allah, dan bermuka2 dengan Allah.
Maka tempat mereka itulah, di tempat pelupusan sampah (neraka jahanam).
(QURAN 49:11)



[Masih belum terlambat untuk mengESAkan Allah
Anutilah Islam dengan menghayati sepenuhnya.
Kenal Islam itu. Siapa tuhanNya, malaikatNya, RasulNya, KitabNya, KiamatNya dan Qada QadarNya.]

Ya Allah berikan ku kekuatan


Ya Allah ya Tuhanku.
Dikau lah yang Maha Agung dan Maha Tinggi.
Kaulah yang menumbuhkan epikotil pada biji benih sehingga menjadi anak pokok.
hujan yang Kau turunkan kadangkala lebat dan renyai, memberi nafas baru buat anak pokok itu.
cahaya yang Kau salurkan menerusi matahari, menyegarkan anak pokok untuk menumbuhkan tunas baru.
dari situlah, ia sedikit demi sedikit sabar dan tabah memanjang dan membahagi kepada sebatang pokok yang cantik.
daunnya yang hijau, Kau menghidupkan fungsi stomata dan menjana tenaga pokok itu untuk menjalankan fotosintesis.
sedikit demi sedikit, karbon dioksida yang kita hembus, di sedut ke dalam stomata.
masuk dalam pigmen kloroplas.
Kaulah yang menggerakkan enjin kloroplas untuk menukarkan karbon dioksida kepada oksigen dan glukosa untuk tenaga pokok itu.
Maha Suci Engkau.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menulis blog ini.
agar dapat ku manfaatkan untuk diriku dan renungan sahabat2ku.
berkatilah kami semua sebagaimana Kau berkati seluruh hidupan yang selalu berzikir kepadaMU.