Ahad, Mei 12, 2013

tidak perlu lelah mengejar cinta

Alhamdulillah dalam bulan Mei ini aku telah pergi 3 majlis perkahwinan:
4 Mei - anak Pak Long Mat di Melaka
10 Mei - anak Wak Sukaimi di pekan Bangi
12 Mei - sahabat sekolah Fauzan di SMJ4.

kerap kali bertanya pada diri, bila aku boleh tamatkan pengajian sarjana? dalam fikiranku, selagi aku belum mampu untuk menamatkan pengajian ini, jangan mimpi hendak berbelanja besar dan mencari isteri. andai sekarang ini pun masih ditanggung oleh ibu bapa dan pensyarah, tak payah nak beratkan kepala nak fikir bab perkahwinan.

sejenak bila membaca novelet tarbiah karya penulis kegemaranku Fatimah Syarha dan gabungan penulisan bersama Dr. Farhan Hadi, aku rasa Dr. Farhan Hadi harus aku jadikan contoh terbaik buat diriku. aku melihat penulisannya di dalam Cintaku kerana Agamamu sangat baik daripada kaca mata seorang lelaki. pengkisahan bagaimana beliau perlu fokus dalam pembelajarannya sebelum fikir soal mencari calon isteri.

"Aku belajar daripada pengalaman orang lain, bukan memilih kepahitan yang sama untuk belajar. aku tidak mahu semua ini akan merosakkan harapanku dan juga harapan keluargaku. aku sedar, tinggal selangkah sahaja lagi untuk aku menjadi seorang doktor perubatan. maka, aku mesti teguh dengan cintaku pada ilmu dan perjuangan"
- petikan tulisan daripada novelet CHCCKA. Dr. Farhan Hadi.

Fauzan dan aku 
satu lagi ayat daripada penulis novel ini yang sangat aku setuju
"cara yang paling selamat dan mudah untuk aku sampaikan padanya ialah dengan berusaha menjadi soleh. usaha itu pula bukannya mudah. aku mestilah berusaha supaya mampu menjadi imam, meyiapkan ekonomi, meneguhkan akhlak dan melatih tanggungjawab. terngiang-ngiang kata bonda sewaktu memotivasikanku, "jika kita mengejar ilmu, kita tidak perlu lelah mengejar cinta manusia. gadis solehah mana yang sanggup menolak pinangan doktor yang soleh"
- petikan tulisan daripada novelet CHCCKA. Dr. Farhan Hadi.

LakaranMusimBunga

Tiada ulasan: